Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Petang tadi Diana buat ler cupcakes untuk dibawa pergi e kenduri jiran... Sebenarnya ni Diana buat ikut resipi Kek Batik Arora.. Oleh sebab Diana nak bawa pergi kenduri malam nanti.. Diana bubuh dalam cawan kertas.. Jadi ler cupcakes pula.. Hehehe.. Yer ler kan.. Kalau bubuh dalam cawan kertas ni ianya lebih senang dan sesuai untuk dihidang untuk tetamu.. Tadi Diana buat 2 adunan resipi Kek Batik Arora ni.. Kalau ikutkan resipi asal kek nie mempunyai 5 perisa yang berbeza.. Tetapi Diana hanya bubuh 4 perisa jer sebab bubuh dalam cawan kertas tu.. Rasanya kalau bubuh dalam cawan kertas tak perlu ler bubuh banyak warna sangat kan.. Kek ni memang lembut dan sedap... Dah ramai dah mencubanya kan.. Rata-rata mengatakan kek ni sedap.. Tu yang tak tahan tu tengok.. Memang dah lama tergoda cuma belum ada kesempatan lagi nak buat..
Baik ler.. Terima kasih buat Cida kerana sudi berkongsi resipi ni... Terima kasih juga kepada semua yang telah mencuba kek ni kerana membuatkan Diana tergoda dan teruuus tergoda.. Hehhehee.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer... Terima kasih...
:: Resipi Oleh ~ Cida @ De Nuanza ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Abang Ady @ Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes, Akak Ita @ masam manis, Akak Ummi @ Home Sweet Home, Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan, Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku, Akak Sheila @ Nshafeareen & Quinnie @ qasehqu quinnie ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Abang Ady @ Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes, Akak Ita @ masam manis, Akak Ummi @ Home Sweet Home, Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan, Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku, Akak Sheila @ Nshafeareen & Quinnie @ qasehqu quinnie ( TQ )
KEK BATIK ARORA
Guna loyang bulat 8 inci
Bahan-Bahan
- 250 g mentega
- 100 gram gula castor
- 1/2 cawan susu pekat manis _ ita letak 3/4 cawan ( Diana pun bubuh 3/4 cawan )
- 250 g tepung gandum
- 6 biji telur
- 2 sudu teh baking powder
- 5 jenis pewarna dan perisa
- 1 sudu teh ovalette
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 160 - 180 °C .
- Sediakan loyang ukuran 8 inci.
- Griskan loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan baking paper.
- Satukan tepung gandum dan baking powder..Kemudian diayak _ ketepikan.
- Dalam bekas mixer.. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang dan memutih.
- Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi ) hingga habis.
- Tutup mixer.. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
- Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
- Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit - 1 jam atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna.
- ** Cara Diana pula.. bubuh adunan berselang seli dengan warna dan perisa berbeza ke dalam cawan kertas dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang digunakan ).