Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hari ini dah Raya ke 6 dah ... Masih lagi ramai yang buat rumah terbuka kan... Jemputan pun masih banyak lagi dalam senarai... Semalam kami ada tertinggal 1 jemputan... Huhuuu... Ampun sesangat... Ingatkan hari ni.. Huhuu.. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur kami akan pergi ya... Ampun sekali lagi …
Macam mana dengan suasana hari raya kat tempat anda semua? Pasti sungguh meriahkan.. Rasanya hari ni dah ramai yang dah balik dari kampung.. Jadi berhati-hati di jalan raya tau... Yang dah sampai kat rumah tu... Pasti penatkan... :). Banyakkan berehat tau…
Semalam Diana buat sarapan agak berat sedikit... Diana masak nasi Lobak Merah, Nasi Ayam, Ayam Ros Pandan, Sayur dan juga Telur Mata Lembu…
Baik la... Jom kita semak resipi Ayam Ros Pandan dari dapur Che Mat Gebu yang sangat sedaaaaap ni... Memang dah ramai yang mencuba resipi ni kan... Ingat nak masak sekali lagi semasa buat rumah terbuka kali kedua nanti... Insyaallah... Buat Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikan resipi nie kat sini pula ya.. Terima kasih Che Mat Gebu..
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Kisar Halus
Cara-Cara
- 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
- 2 batang serai, dititik
- 2 helai daun limau purut
- 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
- 1 cawan air
- 1 camca besar gula melaka
- 2 camca besar bawang goreng
- Sedikit gula
- Garam secukup rasa
- 1 batang kayu manis
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan
- Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan-Bahan Kisar Halus
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato merah
- 7 biji cili merah
- 2 biji buah keras
- 1/2 inci halia
- 1/3 inci lengkuas
- 1 camca besar sos tomato
Cara-Cara
- Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal-embal ( lembap-lembab jangan garing sangat ). Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
- Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.