Monday, September 26, 2011

~ Kek Kukus Lapis Coklat & Oreo..

Sheery Dream Cakes | 7:53 PM | | 25 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Wah laju pula buat entri baru lagi kan nak.. Haahaaa... Bukannya apa, sebab risau esok Diana tak sempat nak update pula.. sekarang ada sedikit masa ni terus update mana yang termampu. Kek ni punya lah lama baru nak update... Kek pada hari raya pertama... Lama dah  kan... Ni dah penghujung Syawal baru nak update resipinya... Masa ambil gambar ni pun kelam kabut masa tu.. Masa tu Diana memang sibuk sangat... Tu yang hanya sempat kek ni posing macam ni.. Heeheee... Tak apa lah kan.. Asal ada kenangan nak dikongsikan di sini.. Jom semak resipinya..



KEK KUKUS LAPIS COKLAT & OREO

Bahan-Bahan 
  • 10 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 400 gm mentega
  • 1 cawan cream creackers yang d kisar _ ( Diana guna brand Hup Seng )
  • 2 cawan Nestle cerelac gandum dan madu
  • 250 gm susu pekat _ Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 100 gm jem buah-buahan
  • Oreo secukupnya _  buang krim tengahnya dan dihancur kasar
  • Coklat pilihan secukupnya
  • Pewarna pilihan

Cara-Cara
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga kembang _ ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama kuning telur sehingga sebati.
  4. Campurkan adunan putih telur dan gula tadi dan pukul sebati.
  5. Kemudian masukkan susu pekat, nestum, cream crackers dan jem buah-buahan. Pukul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ( Terpulang kepada citarasa masing-masing ).
  7. Warnakan dengan warna pilihan berlainan pada setiap bahagian.
  8. Setelah itu, ambil sedikit adunan pada 1 bahagian tadi dan kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  9. Taburkan biskut oreo hancur di atasnya. Lapis dengan 1 lagi adunan  warna berlainan. Kukus sehingga kek masak. Cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  10. Ambil lagi sedikit adunan kek warna berlainan dan kukus sehingga kek masak. Cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  11. Susun coklat di atas permukaan kek dan lapis dengan adunan warna berlainan. Kukus sehingga kek masak. Cucuk juga dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  12. Buat begini sehingga adunan habis.
  13. Masa mengukus kek ni dalam 4-5 jam lamanya dengan menggunakan api sederhana.
  14. Simpan semalaman di dalam peti ais sebelum dipotong.
  15. Jangan lupa didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih semasa mengukus kek.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, September 25, 2011

~ Udang Goreng Berempah...

Sheery Dream Cakes | 6:17 PM | 19 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Bosan sungguh rasanya petang nie.. Jumaat lepas Diana masak Udang Goreng Berempah ni.. Resipi asal menggunakan sotong... Resipi ni datangnya dari dapur Akak Nor ... Masa ternampak entri Sotong Goreng Berempah tu.. Terus teringin nak mencubanya... Sememangnya sedap resipi ni...  Seperti yang Akak Nor beritahu di entri tu, InsyaAllah hasilnya menjilat jari.. Memang menjilat jari tau.. Hehhehe... Suka sesangat... Terima kasih Akak Nor kerana berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak... Terima kasih...

:: Resipi oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Nama resipi asal ~ Sotong Goreng Berempah

UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan
  • 500gm sotong _ ( Diana guna udang )
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 in halia ~ dihiris
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 biji tomato ~ dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara-Cara
  1. Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dihiris hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
  6. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
  7. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
  9. Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
  10. Angkat dan hidangkan panas-panas.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sbb tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 24, 2011

~ Kek Kukus Lapis Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 4:46 PM | 16 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bersua kembali di entri hari ni. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi kek kukus. Bagi peminat Horlicks memang sesuailah dengan kek ni. Tetapi Diana bukanlah penggemar Horlicks. Diana buat kek ni untuk anak-anak Diana yang suka sangat dengan Horlicks. 

Ingin mencubanya? Anda boleh semak resipinya di bawah ya.



KEK KUKUS LAPIS HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 1 2/3 cawan mentega
  • 1 2/3 cawan gula halus 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 2 cawan horlicks
  • 240 gm jem buah-buahan
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah jambu dan kuning


Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian ~
  5. ~ 1 bahagian dicampurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.
  6. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu.
  7. Ambil sedikit adunan horlicks dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  8. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan jem. Kukus sehingga adunan kek masak.
  9. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  10. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  11. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa juga jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. Tetapi untuk adunan horlicks ini, ianya agak lambat sedikit masak. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.
  12. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman sebelum kek ini dipotong dan dihidangkan.
  13. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2jam lamanya menggunakan api sederhana. 
  14. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih.

::  Telur tu tak perlu dimasukkan satu persatu.. masukkan kesemuanya sekali  ::


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Ayam Goreng Sunquick Telur Masin...

Sheery Dream Cakes | 8:45 AM | 7 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni dah Sabtu. Tak terasa betapa cepat sungguh masa berlalu kan. Macam baru saja hari Isnin, dah hari Sabtu hari ni... Baik la, apa kata kita terus tengok resipi Ayam Goreng Sunquick Telur Masin ni. Ni pun entri tertangguh juga ni... Tak habis-habis dengan entri tertangguhnya .. 


Ayam goreng ni boleh juga dimakan macam ni sahaja... Tak perlu dimasak dengan kuning telur masin tu pun dah sedap di tekak kami. Anak-anak Diana memang suka makan yang bergoreng tu dan memang tak sentuh pun yang dimasak dengan kuning telur masin tu.. Makan yang ni pun mereka sudah cukup.. Meratah pun best juga masa ianya masih panas lagi.. Jom tengok resipinya..


AYAM GORENG SUNQUICK

Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam _ d buang kulitnya dan d potong kecil _ ( 1 ketul peha ayam boleh d potong 4 )
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 2 tbsp sunquick 
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp perencah pati ikan bilis
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • Gula 
  • Garam

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap selama 1 1/2 - 2 jam.
  2. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam tadi sehingga masak kekuningan ( terpulang la nak garing atau pun tidak ya ).
  3. Angkat ayam dan toskan.
  4. Sedia untuk d hidang.

::  Yang ni pula ayam yang telah dimasak bersama kuning telur masin  ::


AYAM GORENG SUNQUICK TELUR MASIN

Bahan-Bahan
  • 12 ketul kecil ayam goreng sunquick 
  • 4 biji kuning telur masin _ dikukus dan dilecek
  • Sedikit mentega / minyak masak
  • 1 tbsp sunquick
  • 1 biji cili merah _ dicincang
  • 1 cili hijau _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • Susu cair secukup kegunaan ( mengikut citarasa masing-masing )
  • Gula dan garam secukup rasa ( jika perlu )

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega / minyak masak. Tumis bahan-bahan cincang dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan kuning telur masin yang telah dilecek dan gaul rata.
  3. Tambahkan sunquick dan susu cair. Gaul dan setelah mendidih masukkan ayam goreng.
  4. Gaul dan sesuaikan rasa.
  5. Jika perlu tambahkan sedikit gula dan garam.
  6. Angkat dan hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>