Tuesday, November 1, 2011

~ Sizzling Mee...

Sheery Dream Cakes | 8:47 AM | 20 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Sebenarnya malam tadi nak update resipi Sizzling Mee ni.. Tapi disebabkan hujan lebat + guruh + petir sambung menyambung... terus tak jadi nak update malam tadi.. Tu yang terus offline tu.. Tak berani nak online lelama. 

Semalam Diana masak Sizzling Mee.. Dulu pernah tengok resipi Sizzling Mee kat dapur Akak Nor.. Memang masa tu terliur habis tengok gambar mee tu tau... Heehee... Resipi asal Sizzling Yee Mee nie dari Lilydvalley @ MyR.. Memang best resipi ni... Terima kasih kat Lilydvalley kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula ya. Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Lilydvalley @ MyR ( TQ )
:: Sumber Dan cnp Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

SIZZLING MEE

Bahan-Bahan 
  • 2-3 sanggul ( gulung ) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan _ ( Diana pula guna Mee Mat Salleh )
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering - potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia - hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain. Tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak-banyak...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, October 30, 2011

~ Salt Cheese Crackers Cream Cake...

Sheery Dream Cakes | 10:00 AM | 24 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Rindu dari Diana... 

Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Sebenarnya hari ni Diana masih lagi dalam bercuti berblog tapi... disebabkan sayang Diana kepada anda semua Diana update ler 1 entri pada hari ni.. Lagi pun ada permintaan dari seorang kawan kat BBM ( Blackberry Messenger ) yang nak resipi nie secepat mungkin.. Nak buat kek ni hari ni katanya.. :). Ada juga permintaan dari kekawan kat fb kalau tak silap Diana kan..

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Bersiaran bersama resipi Salt Cheese Crackers Ceam Cake.. Kek ni lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cheese Persona.. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahannya ya... Resipi kali ni Diana ikut dari blog Emiza's Life... Cuma kuantiti menteganya tu Diana kurangkan sedikit.. Ampun ya Emiza... Halal ya.. Terima kasih buat Emiza kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni..  Izinkan Diana pula kongsikannya di sini Emiza... Terima Kasih..  


:: Sumber Dari ~ Emiza's Life ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ skybluemelleymey ( Dalam tulisan merah )



SALT CHEESE CRACKERS CREAM CAKE

( Diana buat 2 kali adunan di bawah )

Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega _ ( Diana hanya bubuh 125 gm mentega )
  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan gula aising
  • 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
  • 2 bungkus Khong Guan salt cheese crackers _ ( Diana guna salt cheese crackers + biskut marie perisa coklat Jenama Lee secukup kegunaan )
  • 1 cawan susu segar atau susu jenis lain _ ( Diana guna susu segar )

Cara-Cara
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu. 
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas... *** Yang Diana buat seperti versi Ryo ~ Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping salt cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun d dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5.. *** Untuk lapisan biskut yang terakhir, Diana pula guna biskut marie berperisa coklat yang dicelup di dalam susu segar suam ).
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah  kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. *** Akhir sekali Diana buat seperti versi Ryo juga ~ taburkan dengan serbuk biskut marie berperisa coklat yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis ).
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.


*** Biskut yang Diana gunakan tu seperti di bawah ini ya... 






















BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, October 22, 2011

~ Carrot & Banana Cupcake...

Sheery Dream Cakes | 10:22 AM | 22 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Pagi ni cuaca agak cerah kat sini.. Sekarang ni setiap petang cuaca memang tak elok kat sini.. Hujan dan ribut.. Kepada sesiapa yang memandu balik dari kerja tu berhati² ketika memandu tau.. Penglihatan sangat terhad dan jalan raya pasti licin kan.. Dan juga kepada yang berniat nak ke laut tu sebelah petang atau malam.. Lebih baik ditangguhkan terlebih dahulu.


Berbalik kita kepada cerita Carrot & Banana Cupcake ni.. Waaahhh!!! Sangat ler sedapnya C&BCC ni... Resipi dari Akak Nor cayang... Sekali membakar cupcake ni.. Irfan asyik berulang alik masuk dapur... Apa taknya... Punya ler wangi.. Harum jer semasa membakar tu... Irfan tak sabar² nak makan.. Asyik tanya dah siap ker belum... Heeheee... Kuat betul godaan cupcake ni yer Akak Nor.. :). 


Sekali dah masak cupcake ni.. Irfan makan 3 biji tanpa creamcheese frosting tu ( Diana guna saiz cup yang besar sedikit )... Tak sabar dia nak tunggu sejuk... Katanya.. Mummy esok buat lagi yer.. Mummy buat sikit la.. Sedaaaap panas² ( Maksud Irfan sedap dimakan semasa masih panas cupcake ni.. hehehe ).. Tak cukup tu.. dah siap Diana bubuh toppingnya tu.. Irfan makan lagi 1 biji cupcake ni.. Sekali makan 4 biji..  Tak per ler kan.. Esok² buat lagi.. Kena buat 2 adunan ler lain kali.. :)


Akak Nor cayang.. Terima kasih yer kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula yer akak... 

:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

CARROT & BANANA CUPCAKE
Menghasilkan 14 biji cupcake 

Bahan-Bahan
  • 150gm tepung gandum *
  • 1 1/2 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu teh garam * ( *diayak )
  • 170gm carrot yg disagat
  • 50gm badam ( optional ) ~ dicincang dan disangai sekejap
  • 2 bj telur A
  • 95gm gula perang
  • 100ml minyak sayur / bunga
  • 2 biji pisang ~ dilecek ( lebihkurang 1 cawan )
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Papercup secukupnya

Car
a-Cara

  1. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan carrot dan gaul rata.
  3. Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat ( ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih).
  4. Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
  5. Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula / senduk kayu.
  6. Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
  7. Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. ( lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim )
  8. Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170°C sehingga masak ( lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup ).
  9. Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul² sejuk sebelum diletakkan frosting / topping keatasnya.

:: NOTE ~
  • kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
  • bakar dgn suhu 175 - 180°C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
  • cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
  • kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
  • minyak sayur / bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
  • sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


~ CREAMCHEESE FROSTING...


:: Resipi Oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 125gm creamcheese
  • 60gm butter
  • 60gm gula icing ~ ayak

Cara-Cara
  1. Pukul cheese dengan butter hingga kembang.
  2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.

# ni utk spread atas kek tp kalau nak deco / bentukkan apa-apa boleh tambah gula icing supaya lebih kental.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 18, 2011

~ Resipi Kek Batik Coklat...

Sheery Dream Cakes | 10:12 PM | 27 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya masa singgah kat dapur Izah hari tu.. Memang Diana tergoda tengok Kek Batik Coklat nie.. Memang nampak sedap sangat.. Terima kasih buat Izah & Mylla kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya.. 

Kepada sesiapa yang belum mencubanyanya tu bolehlah cuba ya.. Resipinya ada di bawah..


Resipi 1 adunan ni tak lah banyak sangat. Ingatkan banyak sangat 1 adunan tu.. Rupanya ok jer kalau buat 1 adunan.. Sebab... Heeheeheee.... Irfan sukaaaaaa sangat makan Kek Batik Coklat ni... Nasib baik kan... Irfan ni memang peminat setia coklat la katakan.. Tapi Kek Batik Coklat ni Diana pun suka makan... Kami berdua yang habiskan kek ni.. Sampai Irfan tak cukup 1 adunan ni.. Jadi buat lagi 1 adunan dalam minggu yang sama tu.. Hehehe... 



::  Mula² cairkan mentega di dalam kuali... Masukkan susu pekat manis dan milo sedikit demi sedikit.. kacau sehingga sebati dan milo hancur..  ::


::  Setelah itu masukkan serbuk koko.. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul.. :: 


::  Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.. Susun lagi biskut marie dan lapis lagi dengan adunan coklat.. Buat begini sehingga adunan habis  ::



:: Resipi Oleh ~ Mylla @ My Resipi ( TQ )
:: Sumber ~ Izah @ Izah Muffin Lover,  Hasue @ I Love My Life  &  Mas @ Duniaku  ( TQ )


KEK BATIK COKLAT


Bahan-Bahan ( 1 kg )
  • 200gm milo
  • 250gm mentega
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Biskut meri secukupnya

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang kecil sekali.
  3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur.
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.
  5. Setelah pekat, boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis.
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  9. Potong dan siap untuk dihidangkan. 


::  Ini versi biskut yang disusun  ::








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>