Friday, January 6, 2012

~ Congo Bars Di Majlis Pertunangan Anak Saudara...

Sheery Dream Cakes | 9:25 AM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Ni nak cerita tentang Congo Bars yang Diana buat untuk hantaran pertunangan anak saudara Diana pada 01hb Jan 2012 lepas... Dah banyak kali Diana buat Congo Bars ni.. Ianya memang sedap... Tu yang tak jemu buatnya.. Memang dah ramai dah yang mencuba resipi ni kan... Dah la sedap... Senang pula nak buatnya tu... 


Terima kasih kat tuan empunya resipi dan terima kasih juga kepada Akak Nor... Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya.. Untuk kali ni Diana ada juga tukar sedikit bahannya... Halal ya.. Apa kata kita tengok resipinya... 

:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011



CONGO BARS


Bahan-Bahan
  • 220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
  • 150 gm mentega
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanila
  • 315 gm tepung serba guna
  • 2 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 gm serpihan coklat
  • Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
  • Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
  5. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
  6. Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
  8. Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.


Congo Bars ni Diana simpan di dalam bekas plastik macam ni sahaja.. Sebenarnya nak beli bekas yang lain.. Tapi sekembalinya Diana dari Sarawak hari tu.. Diana tengok kedai yang menjual bekas tu dah tutup... hanya buka selepas 01hb Jan... Huhuuu... Sedangkan pertunangan tu pada 01hb Jan... Nak tak nak beli saja bekas ni.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, December 15, 2011

~ Braised Chicken...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Beberapa hari tak dapat bersiaran.. Bertambah lagi la menu yang tertangguh menanti giliran untuk dikongsikan di sini . Huhuuu... Pagi khamis yang melesukan bagi Diana.. Ermmm... Lebih tepat lagi ianya minggu yang amat melesukan... Buat sebaris ayat.. Lepas tu termenung banyak... Sambung lagi dan termenung semestinya.. Hahhaaaaa.... Bila nak habis eh?  


Ok, tak nak la melayan kelesuan ni berpanjangan.. Nanti 1 entri ni berjam-jam baru siap.. Pagi ni Diana nak kongsikan resipi Braised Chicken yang Diana masak beberapa hari yang lepas... jadi ayam ni dah lama licin ya. ;). Hubby sememangnya suka makan braised chicken bersama halia, Qi Zi dan Red Dates... Diana lagi la suka makan red dates ni... Suka sesangat.. 


Sekarang masa untuk selongkar resipinya.. Diana biasanya akan masak menggunakan Amway Thermel Cooker .. Tapi nak masak di atas dapur biasa pun boleh .. Cuma mungkin ada kelainan sedikit dari segi rasanya tu.. Jika menggunakan Thermel Cooker ni keaslian / kemanisan sesuatu makanan tu tidak akan hilang... Sedap rasanya.. Jom tengok cara penyediaannya...

::  Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker d atas dapur biasa.. Panaskan minyak d dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi.. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ::

 ::  Kacau rata dan tutupkan penutup periuk dalaman.. Renih selama 15 minit di atas api sederhana ( Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ya )  ::

::  Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutup ya ).. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).. Setelah 2 jam baru boleh buka penutupnya tu atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki ::

::  Setelah 2 jam atau lebih boleh la dibuka penutupnya dan gaul rata.. Sedia untuk di hidang  ::

BRAISED CHICKEN

Bahan-Bahan 
  • 1.3 kg ayam _ dipotong kecil
  • 1 tbsp qi zi
  • 25 biji red dates
  • 100 gm halia muda _ dihiris kasar
  • Sedikit minyak zaitun

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Yot
  • 1/2 tbsp gula
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tbsp tepung jagung + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan ( Jika menggunakan Thermel Cooker bubuh 3 tbsp air sahaja )

Cara-Cara
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ).
  5. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ). 
  6. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  7. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  8. Kacau dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


::  Update ~

Memasak menggunakan kaedah dapur biasa...
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dan renih sehingga ayam empuk di atas api kecil.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, December 6, 2011

~ Telur Kukus Cendawan & Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:11 PM | 9 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Tak nak banyak membebel untuk kali ni ya... Sebelum kita semak resipi telur kukus ni, Diana minta maaf sebab tak dapat lagi BW kat semua blog.. Hanya BW mana yang tersempat saja beberapa hari ni.. Nanti Diana akan cuba BW juga mana yang tersempat ya.. 


Entri kali ni Diana nak kongsikan resipi Telur Kukus Cendawan & Ayam.. Resipi yang simple saja sebenarnya ni... Jom tengok resipinya..

Bahan-Bahan

A
  • 3 biji telur _ dipukul ringan dengan garpu
  • 50 gm daging ayam kisar
  • 2 keping cendawan shitake kering _ direndam dalam air panas dan dihiris nipis
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air suam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa


B
  • 2 tbsp udang kering _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • Sedikit minyak zaitun


C
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 2 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 1/2 - 2 tsp gula


Hiasan
  • Daun bawang
  • Cili merah cincang


Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan terlebih dahulu.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bahan B ( udang kering bersama serbuk cili ) sehingga garing. Angkat udang kering dan toskan.
  3. Di dalam kuali dan minyak yang sama, masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan gula dan kicap cair. Setelah sebati tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
  4. Masukkan kesemua bahan² A dan udang kering yang ditumis tadi ke dalam mangkuk.. Gaul rata.
  5. Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan kukus selama 15- 20 minit atau sehingga telur masak di atas api sederhana. Jangan menggunakan api besar untuk mendapatkan permukaan telur kukus yang cantik.
  6. Angkat dan tuangkan bahan C yang telah di tumis tadi di atas telur kukus.
  7. Hias dengan daun bawang dan cili merah.
  8. Hidang ketika ianya masih panas.

:: Update ~ Telur Kukus Cendawan & Ayam nie boleh dimakan macam tu saja atau makan bersama nasi.. Nak makan bersama roti pun boleh.. Tak pernah lagi makan bersama roti tapi tak salah mencubakan.. ;)  ::


::  Untuk Perencah Pati Ayam... Diana gunakan Tumix Brand ya  ::

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, December 5, 2011

~ Resipi Ayam Pulut Kukus...

Sheery Dream Cakes | 6:48 PM | | 12 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali  d entri kali ni bersama menu ayam lagi.. Hehehhe... Asyik² tayang menu ayam kan.. Ish Ish Isshhh!!... Sabar jer ler kan :D.. Tapi tak apa ler yer.. Walaupun masih dengan menu ayam.. Namun resipinya lain²  ;). Kali ni Diana nak kongsikan resipi Ayam Pulut Kukus .. Ada cerita d sebalik terciptanya resipi ni dulu... 

Semasa d awal usia kandungan anak Diana yang ke dua.. Diana mengidam nak makan pulut kukus ala² Chang Ayam ( Rice Dumpling )... Nak buat memang tak larat masa tu sebab masa mengandung memang Diana sering loya.. Memang banyak kerja kena d buat kalau nak buat Chang tu.. nak cari daun lagi.. bersihkan daun lagi... Sepanjang mengandungkan tu siang malam memang tak senang duduk d buatnya sampaikan usia kandungan dah 9 bulan pun masih lagi muntah².. Tapi masa usia kandungan 6 bulan memang Diana buat Chang Ayam tu sekali.. Diana teringin nak makan sangat... Setiap kali Diana mengandung.. Tiada istilah malas atau tak suka memasak... Bertambah rajin pula ke dapur.. Hehhehee... Maka tercipta ler Ayam Pulut Kukus ni... Apa kata terus jer kita selongkar rersipinya..


::  Ni antara bahan yang d perlukan  ::


::  Pertama sekali halia dan bawang putih d tumis hingga garing bersama minyak bijan.. Kemudian masukkan cendawan dan goreng seketika.. Masukkan ayam dan gaul rata.. Masak 1 - 2 minit..  ::



::  Setelah itu masukkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.. Masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata. ::



::  Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana guna pengukus elektrik ).. Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.  ::





AYAM PULUT KUKUS

Bahan-Bahan
  • 1 keping peha ayam _ dipotong kecil
  • 1 cawan beras pulut _ dicuci dan toskan
  • 2 keping cendawan shitake kering _ direndam dalam air panas dan dihiris nipis
  • 1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ direndam dalam air panas dan dihiris halus
  • 2 inci halia _ dibersihkan dan ditumbuk kasar bersama kulitnya.
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit Garam


Bahan-bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 3 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/3 cawan air


Cara-Cara
  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan di dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua-dua jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bahan-bahan A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ).
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>