Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semalam pasti ramai yang duduk depan TV tengok rancangan MasterChef Malaysia Akhir kan... Diana pun tidak melepaskan peluang tu.. Tahniah buat Dr Ezani kerana telah dinobatkan sebagai juara musiam pertama MasterChef Malaysia.. Tahniah juga buat Wahidan kerana berjaya masuk ke peringkat akhir..
Untuk resipi ni Diana ambil dari dapur AlongRoz... Seperti yang Along maklumkan.. Memang sedap rasa gabungan kuit dan intinya tu.. Memang rugi kalau tak mencuba.. Sedaaap!!!. Terima kasih buat Along dan KakWan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih..
DURIAN PANCAKE / KUIH DADAR DURIAN
- 250ml Susu Cair
- 100g Tepung Gandum
- 1/4 st Garam
- 3 biji Telur
- 1 sb Mentega Cair
- 1 sb Pes Pandan
Cara-Cara
- Masukkan kesemua bahan-bahan kulit ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Tapis.
- Ambil sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali menjadi dadar nipis.
- Biarkan sehingga masak sebelum diangkat.
- Buat semua sehingga habis.
~ Untuk Inti Krim Durian...
:: Resipi Oleh ~ AlongRoz @ HomeKreation ( TQ )
Bahan-Bahan
- 200ml Whipping Cream ( whipped )
- 10 ulas isi durian
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
- Letak satu senduk inti krim durian ke atas sekeping kulit ( yang Diana buat ~ bubuh 1 senduk inti krim durian dan sedikit isi durian ) dan lipat seperti bantal.
- Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
- Buat sehingga habis.
- Hidangkan segera atau disejukkan dahulu.