Sunday, February 20, 2011

~ Ayam Sos Plum..

Diana @ Melley Mey | 10:45 PM | |

Resipi nie agak sama dengan  Isi Ikan Masak Sos Plum  yer... Cuma tukarkan beberapa bahan jer.. Sukatan untuk memasak ayam dan ikan nie sama jer tau... Kalau kat  Isi Ikan Masak Sos Plum tu i cuma letak resipi campak² gitu kan.. So untuk memudahkan lagi.. hari nie i letak ler sukatannya yer.. Selamat mencuba..





Bhn²
800 gm ayam _ d potong kecil²
300 gm nenas yang telah d kupas kulitnya _ d potong kecil²


Bhn² A
4 ulas bawang merah _ d cincang
3 ulas bawang putih _ d cincang
2 inci halia _ d cincang
2 tangkai cili merah _ d cincang


Bhn² B
3 tbsp sos plum
2 tbsp sos tomato maggi ( kalau tak suka sos tomato boleh kurangkan kepada 1 1/2 tbsp yer )
1 tbsp sos tiram maggi


::  I guna Sos Plum yang nie  ::
Bhn² Perap
1 tsp sos lada hitam Life
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Perapkan ayam bersama bhn² perap selama 30 minit atau lebih ( i memang suka perap lama².. hehhehe.. kekadang 30 minit dalam suhu bilik.. lepas tu 2 - 3 jam kat peti ais ^_^ ). Kukus ayam sehingga masak.. Susun ayam d atas piring dan ketepikan.
  2. Sementara itu.. Panaskan sedikit minyak.. Tumiskan bhn² A sehingga naik baunya dan sedikit garing. Ambil separuh daripada bhn² A tadi _ ketepikan.
  3. Masukkan nenas dan bhn² B. Gaul rata.
  4. Setelah nenas layu.. angkat dan tuangkan d atas ayam kukus tadi.
  5. Hidang dengan nasi putih.





1 comments:

kasihredha said... Reply

akak tak pernah guna plum sauce ni...sure sedapkan.