Monday, January 9, 2012

~ Durian Pancake / Kuih Dadar Durian...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | | 15 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam pasti ramai yang duduk depan TV tengok rancangan MasterChef Malaysia Akhir kan... Diana pun tidak melepaskan peluang tu.. Tahniah buat Dr Ezani kerana telah dinobatkan sebagai juara musiam pertama MasterChef Malaysia.. Tahniah juga buat Wahidan kerana berjaya masuk ke peringkat akhir.. 

Hari ni Diana nak cerita tentang Kuih Dadar Durian  ni.. Diana buat pada sabtu lepas... Memang sedaaap sangat.. Simpan lagi dalam peti ais sebelum dimakan.. Aduuh!! Sepotong memang tidak cukup.. Cuma kulit Kuih Dadar Durian yang Diana buat ni tak berapa cantik.. Huhuuu... Tak licin macam orang lain buat.. Mungkin juga kerana Diana tukarkan pes pandan tu kepada daun pandan.. Hehehee.. Itu lah kan.. Pepandai nak ubah resipi.. Oleh kerana ada sedikit lagi stock durian.. Pagi ahad tu diana buat lagi ( tapi tak ambil gambar pun sebab nak cepat.. sebab ada jemputan kat majlis perkahwinan ).. Pagi tu Diana guna jer pes pandan dan hasilnya kulit kuih tu licin dan cantik.. Nak ulang ambil gambar memang virus M melanda... Tak apa lah kankan.. Tayang gambar yang sedia ada ni pun ok juga eh? Yang penting kesedapannya tu masih sama..


Untuk resipi ni Diana ambil dari dapur AlongRoz... Seperti yang Along maklumkan.. Memang sedap rasa gabungan kuit dan intinya tu.. Memang rugi kalau tak mencuba.. Sedaaap!!!. Terima kasih buat Along dan KakWan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih..



DURIAN PANCAKE / KUIH DADAR DURIAN

~ Untuk Kulitnya...

:: Resipi Oleh ~ KakWan @ Citarasawan ( TQ )


Bahan-Bahan Untuk Kulit
  • 250ml Susu Cair
  • 100g Tepung Gandum
  • 1/4 st Garam
  • 3 biji Telur
  • 1 sb Mentega Cair
  • 1 sb Pes Pandan 


Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kulit ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Tapis.
  2. Ambil sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali menjadi dadar nipis.
  3. Biarkan sehingga masak sebelum diangkat.
  4. Buat semua sehingga habis.


~ Untuk Inti Krim Durian...

:: Resipi Oleh ~ AlongRoz @ HomeKreation ( TQ )


Bahan-Bahan
  • 200ml Whipping Cream ( whipped ) 
  • 10 ulas isi durian



Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Letak satu senduk inti krim durian ke atas sekeping kulit ( yang Diana buat ~ bubuh 1 senduk inti krim durian dan sedikit isi durian ) dan lipat seperti bantal.
  3. Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
  4. Buat sehingga habis.
  5. Hidangkan segera atau disejukkan dahulu.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 8, 2012

~ Ayam Sos Plum Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 5:15 PM | 8 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Entri kali ni Diana nak kongsikan resipi  SBK yang pernah d siarkan di dalam Majalah Aroma Dec 2011. Terima kasih sekali lagi buat Akak Siti Dimiati dan semua yang terlibat. Resipi Ayam Sos Plum ni Diana cipta khas buat Majalah Aroma.. Dulu pernah juga Diana kongsikan resipi Ayam Sos Plum Versi 1 di sini... Nak tengok versi 1 tu klik kat  SINI  yer... 

AYAM SOS PLUM


Bahan-Bahan 

  • 1/2 ekor ayam ( 650 gm ) _  dipotong kecil
  • 200 gm nenas kiub dalam tin _ dipotong 2
  • 3 biji cili padi _ dipotong 2
  • Sedikit daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Perap

  • 2 tsp sos lada hitam Life
  • 2 tsp gula
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur ( dipukul ringan )
  • 3 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung ubi kayu
  • Garam secukup rasa

Bahan A ( Dicincang halus )

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji cili merah

Bahan B

  • 3 tbsp sos plum Loon Kee
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 4 tbsp syrup nenas dalam tin

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama sos lada hitam, gula, minyak bijan, serbuk lada putih dan garam secukup rasa selama 30 minit.
  2. Kemudian gaulkan ayam bersama baki bahan perap ( telur, tepung kastard dan tepung ubi kayu ). Gaul rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A dan cili padi sehingga wangi dan sedikit garing. Ambil 1 1/2 tbsp bahan yang ditumis tadi dan ketepikan.
  5. Kemudian masukkan nenas kiub dan bahan B. Gaul rata dan setelah mendidih bolehlah sesuaikan rasa.
  6. Tutupkan api dan tuang di atas ayam goreng yang telah disusun di atas pinggan.
  7. Taburkan daun sup / ketumbar cincang dan 1 1/2 tbsp bahan tumis tadi di atas ayam semasa menghidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 6, 2012

~ Congo Bars Di Majlis Pertunangan Anak Saudara...

Sheery Dream Cakes | 9:25 AM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Ni nak cerita tentang Congo Bars yang Diana buat untuk hantaran pertunangan anak saudara Diana pada 01hb Jan 2012 lepas... Dah banyak kali Diana buat Congo Bars ni.. Ianya memang sedap... Tu yang tak jemu buatnya.. Memang dah ramai dah yang mencuba resipi ni kan... Dah la sedap... Senang pula nak buatnya tu... 


Terima kasih kat tuan empunya resipi dan terima kasih juga kepada Akak Nor... Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya.. Untuk kali ni Diana ada juga tukar sedikit bahannya... Halal ya.. Apa kata kita tengok resipinya... 

:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011



CONGO BARS


Bahan-Bahan
  • 220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
  • 150 gm mentega
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanila
  • 315 gm tepung serba guna
  • 2 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 gm serpihan coklat
  • Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
  • Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
  5. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
  6. Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
  8. Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.


Congo Bars ni Diana simpan di dalam bekas plastik macam ni sahaja.. Sebenarnya nak beli bekas yang lain.. Tapi sekembalinya Diana dari Sarawak hari tu.. Diana tengok kedai yang menjual bekas tu dah tutup... hanya buka selepas 01hb Jan... Huhuuu... Sedangkan pertunangan tu pada 01hb Jan... Nak tak nak beli saja bekas ni.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, December 15, 2011

~ Braised Chicken...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Beberapa hari tak dapat bersiaran.. Bertambah lagi la menu yang tertangguh menanti giliran untuk dikongsikan di sini . Huhuuu... Pagi khamis yang melesukan bagi Diana.. Ermmm... Lebih tepat lagi ianya minggu yang amat melesukan... Buat sebaris ayat.. Lepas tu termenung banyak... Sambung lagi dan termenung semestinya.. Hahhaaaaa.... Bila nak habis eh?  


Ok, tak nak la melayan kelesuan ni berpanjangan.. Nanti 1 entri ni berjam-jam baru siap.. Pagi ni Diana nak kongsikan resipi Braised Chicken yang Diana masak beberapa hari yang lepas... jadi ayam ni dah lama licin ya. ;). Hubby sememangnya suka makan braised chicken bersama halia, Qi Zi dan Red Dates... Diana lagi la suka makan red dates ni... Suka sesangat.. 


Sekarang masa untuk selongkar resipinya.. Diana biasanya akan masak menggunakan Amway Thermel Cooker .. Tapi nak masak di atas dapur biasa pun boleh .. Cuma mungkin ada kelainan sedikit dari segi rasanya tu.. Jika menggunakan Thermel Cooker ni keaslian / kemanisan sesuatu makanan tu tidak akan hilang... Sedap rasanya.. Jom tengok cara penyediaannya...

::  Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker d atas dapur biasa.. Panaskan minyak d dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi.. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan ::

 ::  Kacau rata dan tutupkan penutup periuk dalaman.. Renih selama 15 minit di atas api sederhana ( Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ya )  ::

::  Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutup ya ).. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).. Setelah 2 jam baru boleh buka penutupnya tu atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki ::

::  Setelah 2 jam atau lebih boleh la dibuka penutupnya dan gaul rata.. Sedia untuk di hidang  ::

BRAISED CHICKEN

Bahan-Bahan 
  • 1.3 kg ayam _ dipotong kecil
  • 1 tbsp qi zi
  • 25 biji red dates
  • 100 gm halia muda _ dihiris kasar
  • Sedikit minyak zaitun

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap pekat Yot
  • 1/2 tbsp gula
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tbsp tepung jagung + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan ( Jika menggunakan Thermel Cooker bubuh 3 tbsp air sahaja )

Cara-Cara
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya tu ).
  5. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ). 
  6. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  7. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  8. Kacau dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


::  Update ~

Memasak menggunakan kaedah dapur biasa...
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  4. Tutup penutup periuk dan renih sehingga ayam empuk di atas api kecil.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>