Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam minggu ni sebenarnya Diana agak sibuk sedikit... Alhamdulillah.. Sibuk tu rezeki namanya kan.. :). Segala urusan dah hampir selesai.. Maka hari ni bolehlah online sekejap..
Baiklah.. Untuk kali ni Diana nak kongsikan resipi ulangtayang sebenarnya. Dulu pernah dah Diana kongsikannya di sini.. Cuma masa tu resipinya Diana hanya berikan resipi campak-campak sahaja. Oleh kerana beberapa hari ni agak sibuk , maka masak pun yang mudah-mudah saja. Nak sediakannya pun tak susah.. Jom semak resipinya.

SALAD AYAM
Bahan-Bahan A
- 500 gm isi ayam _ dipotong kecil ( Diana guna paha ayam yang telah dibuangkan kulit dan tulangnya )
- 2 tbsp tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 1 tsp serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-Bahan B
- 1/2 biji bawang bombay _ dihiris halus
- 2 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong 12
- 1 batang serai _ dihiris halus ( ambil bahagian yang putih sahaja )
- 1 biji cili merah _ buangkan bijinya dan dihiris halus
- 1 - 2 biji cili padi _ dihiris ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
- 2 tangkai daun sup atau daun ketumbar _ dihiris halus
- 3 tbsp jus limau kasturi
- 2 1/2 tbsp sos cili Maggi
- 1 tbsp sos tomato
Bahan-Bahan lain
- Daun salad
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata.
- Perap selama 30 minit - 1 jam ( Diana perap selama 1 jam ).
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak.
- Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Kemudian satukan kesemua bahan-bahan B di dalam mangkuk besar.
- Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang bersama daun salad.