Assalamualaikum dan bertemu kembali...
Untuk entri kedua ni Diana ingin sajikan dengan resipi dari CMG... Resipi diberi nama Ayam Laksamana... Wah klasik gitu nama resipi ni kan... Rasanya tersangat la sedaaapnya. Anda pasti akan jatuh cinta dengan resipi ni.. Percayalah...
Ayam Laksmana ni dah lama sangat dah habis... Diana masak pada awal bulan nie. Masak pada 3hb April hari tu.. Terlupa pula nak kongsikannya di sini.. Sesiapa yang pernah cuba Ayam Ros Pandan resipi CMG juga... Lebih kurang macam tu ler rasanya.. Ayam Ros Pandan tu memang dah menjadi resipi fav kami sekeluarga... Dan yang terbaru ni pula Ayam Laksamana ni pun dah termasuk dalam senarai menu fav kami sekeluarga.. Anak-anak memang suka sangat makan ayam ni... Tak henti-henti mereka memuji kesedapannya. Terima kasih CMG kerana berkongsi resipi-resipi yang sedap... Izinkan juga Diana kongsikan resipi Ayam Laksamana ni di sini ya.. Terima kasih...
:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )
Cara Membuatnya
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

AYAM LAKSAMANA
Bahan-Bahan
Bahan Kisar Halus
- 1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit garam
- 1 camca besar gula melaka
- 1/2 cawan sos tomato
- 3 camca besar sos cili
- 1 senduk nasi cili kisar
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 genggam kismis
- 1 camca besar bawang goreng
- 1 pokok daun ketumbar, potong kasar-kasar
- Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan
Bahan Kisar Halus
- 2 biji bawang besar saiz sederhana
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 2 batang serai, hiris halus
- 3 biji buah keras
- 1 camca besar ketumbar
- 1 camca teh jintan kasar
- 1 camca teh jintan halus
- 1/2 biji pala, diparut ( nutmeg )
Cara Membuatnya
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap-lembap saja. Angkat dan tos, ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan kismis, gaul rata-rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...