Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...
Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua di atas ucapan tahniah dan doa anda semua.. Alhamdulillah moga kita semua akan dirahmati olehNya.. :)
Baik ler.. Di atas permintaan... Entri kali ini Diana hendak terangkan bagaimana proses suntingan gambar yang Diana buat selama ini.. Jika ada kesilapan di dalam entri ini nanti... Kepada yang sudi tu tolong lah perbetulkan ya.. Hehhee... Maklum la ilmu photography yang Diana ada ni hanya la sedikit.. mak budak baru belajar... :). Jadi kalau boleh sama-sama lah kita belajar ya.. Masih banyak lagi yang Diana perlu pelajari dalam bidang ni..
Setelah siap mengambil gambar.. Seperti yang anda dah tahu, Diana ambil gambar tu dalam format RAW. Dulu di awal Diana berjinak dengan format RAW ni.. Diana fahaminya dengan cara = RAW bermakna MENTAH..Jadi, Diana umpamakan ia seperti makanan.. Misalnya ayam yang mentah. Sebelum ianya dinikmati kita perlu untuk memasaknya terlebih dahulu kan.. ;). Lepas tu baru lah boleh dihidang dan dinikmati.. Begitu juga halnya dengan format RAW ni. Raw files harus melalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum kita dapat melihat hasil sebenarnya.. Diana guna Lightroom untuk proses file RAW ni.. Apa yang Diana buat adalah seperti di bawah ya..

- Import gambar ke Lightroom ( LR )..
- Kemudian pergi ke Develop dan klik Crop Overlay.. Lepas tu klik crop & straighten ( Diana guna 2 x 3 / 4 x 6 ).. Dah siap semuanya boleh klik Done.
- Lepas tu pergi ke User Presets.. Tengok kat bawah Navigator tu ya.. Pilih Preset yang anda nak guna tu.. Presets ni anda boleh membelinya atau download secara percuma online.. Tapi yang menjadi fav Diana ialah LR Presets dari ( klik untuk ke blog The Bell Sisters ) → The Bell Sisters.. Iaitu LR Whiped Cream LR Preset ( KING Pack ) = £37.99 GBP dan Soft Afternoon Glow Lightroom Preset ( DELUXE Pack ) = £37.99 GBP.. Harga yang Diana letak nie adalah harga pada masa dan ketika Diana buat entri ini ya.. Harganya mungkin akan berubah-ubah tau.. Jika anda suka buat presets sendiri lagi baik kan.. ;).
- Klik kat Adjustment Brush.. Kat sini anda boleh ubah Exposure, Brightness, Contrast, Saturation, Clarity dan Sharpness sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
- Kemudian pergi ke Basic Panel.. Di sini Diana hanya tambahkan atau kurangkan Temp, Exposure, Brightness and Contras.
- Kemudian Diana tambahkan Clarity, Vibrance dan Saturation.
- Lepas tu, pergi ke Tone Curve. Diana setkan Point Curve kepada Medium Contras. Diana lebih senang guna fungsi " Adjust tone curve by dragging in the photo" . Tapi boleh juga hanya guna fungsi kat bawahnya tu yer.. Tengok kat Region : Tambah atau kurangkan atau biarkan macam tu sahaja setting untuk Highlights, Lights, Darks dan Shadow. Lebih senang guna bahagian ni bagi yang baru bermula.
- Setelah itu, tambahkan atau kurangkan Noise Reduction dan Detail. Bermain dengan kedua setting ni ya.
- Untuk Contras Diana biasanya akan set kepada " 0 " sahaja.
- Lepas tu ubahkan Sharpening.. Ubahkan Amount, Radius, Detail dan Masking. Di sini kita perlu gandingkan juga dengan setting Noise Reduction tadi ya. Kena bijak bermain dengan Noise reduction, Detail dan Sharpening. + atau - kan sehingga mendapat hasil yang kita ingini atau kita berpuas hati dengan hasilnya.
- Kemudian, Diana akan + atau - kan jumlah Highlight Priority kat Effects.
- Lepas tu baru la Diana Export image tu ( Setting untuk nie nanti kita sambung ya.. ).