Monday, January 20, 2014

~ Resipi Ayam Panggang Madu...

Sheery Dream Cakes | 8:49 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang.... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Ayam Panggang Madu yang sangat mudah untuk disediakan... Ianya sedap dimakan bersama nasi putih panas atau nikmatinya bersama mee kegemaran anda. Ok lah.. Apa kata kita tengok resipinya...

AYAM PANGGANG MADU

Bahan-Bahan
  • 3 keping paha ayam _ buangkan tulangnya
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 tbsp Oriental BBQ Sauce Life
  • 1 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp jus halia
  • 1 tbsp madu
  • Sedikit gula jika suka

Bahan-Bahan Lain
  • Sedikit madu + sedikit air


Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap dan perap selama 30 minit atau lebih.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air sehingga paras ayam. 
  3. Rebus ayam sehingga ayam empuk dan kuahnya kering. Tutupkan api. 
  4. Kemudian keluarkan ayam dari periuk dan susun ayam tadi di atas rak besi pemanggang. 
  5. Sapukan ayam dengan campuran madu dan air. Taburkan biji bijan di atas ayam. Ketepikan. 
  6. Panaskan oven pada suhu 200°C  dan masukkan ayam ke dalam oven. Bakar sehingga ayam keperangan.
  7. Setelah ayam masak, keluarkan dari oven dan potong ayam mengikut citarasa masing-masing.
  8. Hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 17, 2014

~ Resipi Kek Batik Nutella Cream Crackers...

Sheery Dream Cakes | 8:49 PM | 5 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga hari ini semuanya sihat sejahtera hendaknya.. Baiklah.. Entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Kek Batik Nutella Cream Crackers.. Tidak banyak bezanya dari resipi-resipi kek batik yang lepas sebenarnya.. Cuma kali ini Diana bubuh nutella dan cerelac... 

Ok lah.. jom kita semak resipinya pula...


KEK BATIK NUTELLA CREAM CRACKERS  


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan gula kastor _ boleh dikurangkan
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan Nestle cerelac ( gandum & madu )
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 6 tbsp nutella 
  • Nutella secukupnya untuk melapis kek
  • Cream Crackers Hup Seng secukupnya 

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian  masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan cerelac. Pukul adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan 6 tbsp nutella dan pukul sebati.
  6. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat. ( Boleh tengok  DI SINI cara memasaknya ).
  7. Tutupkan api dan ketepikan.
  8. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  9. Kemudian susun cream crackers di atasnya. Sapukan nutella di seluruh cream crackers dan lapis lagi dengan sedikit adunan kek. Ratakan.
  10. Ulang langkah no.9 sehingga adunan habis.
  11. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.

::  Sapukan nutella  sebelum melapis adunan kek  ::




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 15, 2014

~ Sangat Sedap!.....

Sheery Dream Cakes | 2:30 PM | | | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua... 

Hari ini Diana hendak kongsikan gambar kek coklat yang dimasak oleh anak Diana, Er-er dan anak saudara Diana, Ery... Wah bukan main rajin lagi mereka malam tadi.. Sanggup buat kek coklat ini waktu malam... Kenapa?


Ini lah sebabnya... Hehehee.. Buku 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib... Terima kasih buat Chef Akak Hanieliza kerana menghasilkan buku ini... Isi kandungannya memang best tau.. Banyak resipi yang menarik dan berbaloi untuk dicuba... Resipi yang mudah dan sedap!! Pasti ramai yang sudah memiliki buku ini kan... Ermm.. Kepada sesiapa yang belum memiliki buku ini, apa tunggu lagi... Jomlah beli ya.. 


Nampak tak betapa lembut dan lembabnya kek coklat ini? Ini lah salah satu resipi yang terdapat di dalam buku Buku 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib tu... Kan dah cakap dah tadi... Memang berbaloi-baloi memiliki buku ni... :). 







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Entri SBK 2 :: Ayam Masak Oren...

Sheery Dream Cakes | 10:57 AM | | 2 Comments so far

~ Entri asal dibuat pada : December 18, 2013...  


AYAM MASAK OREN

Bahan-Bahan
  • 400 gm isi ayam ( Diana guna bahagian peha ayam ) _ dihiris kecil
  • 5 tangkai cili kering _ dipotong 1/2 inci panjang
  • 1 ulas bawang putih _ diparut
  • 1 tsp halia parut
  • Minyak secukup kegunaan 

Bahan-Bahan Perap 
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix 
  • 1 biji telur
  • 1/4 tsp parutan kulit oren 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan A ( digaul rata )
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1 1/4 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1/2 tsp lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos 

  • 3 tbsp mayonis
  • 1/2 cawan jus oren
  • 1/2 tsp parutan kulit oren
  • 1/4 cawan sos cili thai
  • 1 tsp cuka
  • 1/4 cawan air
  • Garam jika perlu
  • Gula perang secukup rasa 

Cara-Cara 

  1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih. 
  2. Saluti ayam dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng ayam hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili kering hingga berubah warna.
  4. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Setelah terbit aromanya bolehlah dimasukkan bahan-bahan sos dan biarkan ianya mendidih seketika.
  5. Sesuaikan rasa dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Taburkan biji bijan panggang di atas ayam ketika menghidang.
  7. Hidang bersama nasi putih panas.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>