Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Akak guna format apa ya? RAW atau JPEG? Itulah soalan yang sering ditanyakan. Selain soalan perlukah saya menggunakan setting RAW untuk gambar yang hendak saya ambil?Atau lebih cantik dalam format JPEG untuk gambar makanan? Persoalan ini sememangnya tiada kesudahannya sampai bila-bila.
Secara peribadi Diana lebih suka mengambil gambar makanan dalam format RAW. Memang agak leceh sedikit sebab kena melalui banyak proses terlebih dahulu. Kena edit bagai kan.. Tetapi yang seronoknya kita akan dapat hasil karya yang kita sukai. Kenapa Diana suka ambil gambar dalam format RAW? Anda boleh baca di ENTRI INI.
Sebenarnya jika anda lebih serasi dengan format JPEG, ambillah gambar tu dalam format JPEG. Jika anda lebih suka melalui proses mengedit gambar, ambillah gambar dalam format RAW. Terpulanglah pada diri masing-masing ya.
Gambar di bawah merupakan gambar yang sama, cuma mempunyai berlainan effect sahaja. Anda suka dramatic look dalam dark food photography? Anda boleh cuba cara Diana ni. Klik DI SINI.
Ooo ya.. Apa yang Diana tulis ni merupakan pendapat peribadi Diana sahaja ya. Jika salah tolong perbetulkan. Maklum lah.. Mak budak baru belajar.. Hehehehee... Banyak ilmu food photography yang perlu Diana pelajari lagi. Diana pun belum mahir lagi dalam bidang ni. Entri ni hanya untuk menjawab persoalan yang sering ditanyakan pada Diana selama ni.