Wednesday, March 29, 2017

~ Resipi Ayam Panggang Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Beberapa hari lepas hujan membasahi bumi Labuan. Pagi kelmarin dan hari ni mentari pagi bersinar lagi. Namun awal pagi tadi sesekali awan mendung berarak kembali menyelubungi sinaran mentari. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas menikmati  kurniaan Allah S.W.T. Syukur di atas segala rezekiNya. 

Baiklah.. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Ayam Panggang Lada Hitam kegemaran kami sekeluarga. Untuk resipi ni Diana lebih suka membuang tulang ayam tu sebelum di perap bersama bahan perapan. Hendak memasak bersama tulangnya pun boleh. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. Untuk perapan ayam panggang ni Diana sememangnya suka menggunakan Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix.  Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-Bahan A
  • 4 keping paha ayam _ buangkan tulangnya, dipotong kepada 2 bahagian dan dikelar
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix
  • 1/4 tsp McCormick ginger ground
  • 1 tsp McCormick chicken seasoning
  • 1 tsp 5 spice
  • 2 tsp sos tiram
  • 1 biji limau nipis _ ambil jusnya
  • Gula

Bahan-Bahan B
  • 2 cawan air
  • Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Limau nipis 

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Masukkan ayam ke dalam peti ais. Perap selama 4 jam.
  2. Keluarkan ayam dari peti ais dan masukkan ayam ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air dan kacau rata. Masak di atas api sederhana sehingga ayam masak dan kuahnya kering.
  3. Tutupkan api dan keluarkan ayam tadi. Susun ayam di atas dulang pembakar.
  4. Taburkan Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix pada keseluruhan ayam.
  5. Bakar ayam di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C sehingga ayam garing.
  6. Keluarkan ayam dari oven dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun ketumbar.
  7. Perahkan jus limau nipis di atas ayam semasa menghidang jika suka.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, March 28, 2017

~ Resipi Mee Udang Goreng...

Sheery Dream Cakes | 11:20 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat pagi dan apa khabar semua? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Pagi ni Alhamdulillah.. Sang mentari bersinar di pagi hari. Moga segala urusan dipermudahkan ya. Anak-anak pun sudah mula bersekolah minggu ni selepas seminggu bercuti. Lalu lintas jalan raya pastinya kembali sibuk kan. 

Hari ini masak apa untuk sarapan? Diana masak bihun goreng tetapi entri hari ni mee goreng pula ya. Hehehe.. Gambar mee goreng ini minggu lepas punya sarapan sebenarnya. Maklumlah.. update blog pun agak lamabt buat masa ni. Apa-apa pun jom kita semak resipi mee goreng ni…


MEE UDANG GORENG

Bahan-Bahan 
  • 1 bungkus Mee Cap Udang ( Mee Laksa/Wide Noodle ) Kilang Mee Ban Soon S/B _ direndam di dalam air hingga mee lembut dan toskan 
  • 70 gm daging ayam kisar Ayamas _ boleh digantikan dengan hirisan daging ayam
  • 2 batang sosej _ dipotong menyerong
  • 1 biji bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas, bersihkan, toskan dan ditumbuk kasar
  • 3 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tsp karamel pekat klasik Loon Kee
  • Daun kucai _ dipotong 1 inci panjang
  • Serbuk cili atau cili padi yang ditumbuk
  • Cili merah _ dihiris
  • Daun bawang _ dihiris
  • Garam 
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah serta bawang putih. Tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan cili padi atau serbuk cili. Gaul dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan gula dan tumis seketika.
  4. Masukkan daging ayam kisar dan sosej. Gaul dan setelah ayam masak, bolehlah dimasukkan sos cili, sos tiram , garam dan karamel pekat. Gaul rata.
  5. Masukkan mee dan sedikit air. Gaul sentiasa sehingga kering. 
  6. Akhir sekali masukkan daun kucai serta hirisan cili merah dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  8. Angkat dan hidang.








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, March 27, 2017

~ Mohon Ampun Dan Maaf...

Sheery Dream Cakes | 12:22 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selama Diana blogging sejak 2011 hinggalah ke saat ini 2017, sudah 2 kali Diana terpadam komen-komen dengan TIDAK sengaja. Ianya memang memberi kesan yang agak menyedihkan pada diri Diana. Kali pertama Diana TER deleted komen-komen dengan tidak sengaja pada tahun 2013 di blog lama Diana ( SBK@Melley Mey's Kitchen ). Sebanyak 12 entri komen-komen yang ada Diana deleted dengan tidak sengaja.. Huhuuuu… Berpuluh-puluh komen hilang.. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. 

Minggu lepas perkara yang sama berlaku sekali lagi.. Ada 5 komen kalau tidak silap Diana telah ter deleted dengan TIDAK sengaja. Masa tu Diana hanya buka blog melalui phone. Hendak klik publish tetapi rupanya tertekan pula delete. Al-maklumlah jari kita ni agak gebu. Huhuhuuu…. Ianya umpama masa yang telah berlalu.. Tiada cara untuk putar semula masa yag sudah berlalu.. Begitu jugalah dengan komen-komen yang Diana telah deleted dengan tidak sengaja tu.. Bila google adakah tidak cara untuk kembalikan komen tu.. Memang ada caranya jika komen-komen tu ada juga dihantar ke email kita. Malangnya bila Diana tengok email Diana, memang tiada masuk pun komen tu. Jadi memang tidak dapatlah dikembalikan komen-komen tu. Diana ingin memohon ampun dan maaf kerana telah deleted komen-komen anda dengan TIDAK SENGAJA.. MAAF SEKALI LAGI…

TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI. 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, March 25, 2017

~ Resipi Mee Sup Daging...

Sheery Dream Cakes | 11:18 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Alhamdulillah bersiaran kembali bersama Mee Sup Daging pada hari ini. Mee Sup Daging ini Diana masak minggu lepas sebenarnya. Tapi hari ni baru berkesempatan buat entrinya. 

Jika hendak memasak sup daging, resipi yang biasa Diana guna  ialah resipi dari Dapur Tanpa Sempadan. Memang itulah permintaan ahli keluarga Diana. Terima kasih Che Mat Gebu. Untuk Mee Sup Daging ini pun Diana rujuk dengan resipi yang sama walaupun tidak 100% sama. Jom kita tengok resipinya.


MEE SUP DAGING

Bahan-Bahan
  • 700 gm daging _ dipotong ikut suka dan dicuci bersih ATAU boleh dipotong besar-besar kemudian dihiris selepas dimasak
  • 22 biji bebola daging ( Diana guna jenama Ramly )
  • 1 batang lobak merah _ dipotong 4
  • 4 helai daun limau purut _ dikoyak-koyak
  • 1 pokok daun ketumbar _ dipotong kasar-kasar
  • 1/2 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1 tsp lada hitam berperisa
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Sedikit lada hitam dan lada putih kisar
  • 2 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit sos ikan ( optional )
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Air secukup kegunaan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 2 inci halia
  • 3 tbsp bawang goreng

Bahan-Bahan Dititik / Ditumbuk kasar
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas 

Bahan-Bahan Lain
  • Mee pilihan ( Diana guna Shanghai Noodle _ dimasak seperti arahan pada bungkusan )
  • Taugeh _ dicelur
  • Sayur sawi _dicelur
  • Daun bawang _ dihiris
  • Cili merah _ buang bijinya dan dihiris 
  • Daun sup dan daun ketumbar _ dihiris
  • Bawang goreng


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan masukkan serai, lengkuas serta bawang besar hiris. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging, air secukupnya, lobak merah, daun limau purut, daun ketumbar yang dipotong kasar, bahan-bahan kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, lada berperisa Aji Shio, lada hitam berperisa Aji Shio, kayu manis, bunga cengkih dan  bunga lawang. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api dan renih sehingga daging empuk. Jika air berkurangan tambahkan air.
  4. Kemudian masukkan bebola daging, masukkan kiub pati ayam, garam, kicap cair, sos ikan, lada hitam dan lada putih kisar. Kacau rata dan biar sehingga bebola daging masak.
  5. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  6. Hidang bersama mee pilihan, taugeh, sayur sawi, hirisan cili merah, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun ketumbar.
  7. Sedap juga dimakan bersama sedikit cuka hitam.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>