Showing posts with label CoretanKu. Show all posts
Showing posts with label CoretanKu. Show all posts

Monday, March 27, 2017

~ Mohon Ampun Dan Maaf...

Sheery Dream Cakes | 12:22 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selama Diana blogging sejak 2011 hinggalah ke saat ini 2017, sudah 2 kali Diana terpadam komen-komen dengan TIDAK sengaja. Ianya memang memberi kesan yang agak menyedihkan pada diri Diana. Kali pertama Diana TER deleted komen-komen dengan tidak sengaja pada tahun 2013 di blog lama Diana ( SBK@Melley Mey's Kitchen ). Sebanyak 12 entri komen-komen yang ada Diana deleted dengan tidak sengaja.. Huhuuuu… Berpuluh-puluh komen hilang.. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. 

Minggu lepas perkara yang sama berlaku sekali lagi.. Ada 5 komen kalau tidak silap Diana telah ter deleted dengan TIDAK sengaja. Masa tu Diana hanya buka blog melalui phone. Hendak klik publish tetapi rupanya tertekan pula delete. Al-maklumlah jari kita ni agak gebu. Huhuhuuu…. Ianya umpama masa yang telah berlalu.. Tiada cara untuk putar semula masa yag sudah berlalu.. Begitu jugalah dengan komen-komen yang Diana telah deleted dengan tidak sengaja tu.. Bila google adakah tidak cara untuk kembalikan komen tu.. Memang ada caranya jika komen-komen tu ada juga dihantar ke email kita. Malangnya bila Diana tengok email Diana, memang tiada masuk pun komen tu. Jadi memang tidak dapatlah dikembalikan komen-komen tu. Diana ingin memohon ampun dan maaf kerana telah deleted komen-komen anda dengan TIDAK SENGAJA.. MAAF SEKALI LAGI…

TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI. 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, July 24, 2016

~ Salam 19 Syawal 1437H...

Sheery Dream Cakes | 1:22 PM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih tidak terlambat untuk Diana ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini.. Maaf Zahir & Batin... Lamanya tidak bersiaran.. Alhamdulillah... Hari ini dapat juga bersiaran dengan Red Velvet Cake walaupun tanpa resipi yang dikongsi bersama anda semua... 

Tiada apa yang hendak dicoretkan lagi.. Apa kata kita cuci mata dengan gambar kek ni ya.. Moga kita bertemu lagi di entri yang akan datang... In Shaa Allah..



 
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, August 27, 2014

~ Salam Sayang...

Sheery Dream Cakes | 8:11 AM | | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Entri tanpa resipi… Hehehee… Tiada resipi yang hendak dikongsi bersama anda semua di entri ini… Hanya gambar donut yang dibeli sahaja untuk tatapan anda semua…

Donut ini Diana beli… Sekali lagi Diana tekankan di sini.. Donut yang di beli ok... dan ketika itu ada masa terluang sedikit.. Sedang menikmati donut.. timbul idea hendak ambil gambar donut ini walaupun hanya donut yang dibeli… Ada yang kisah ka? Ermm… Jangan mengaku sendiri buat donut tu sudah la eh… ;). Cuma gambar donut ini memang asli dari SBK… Bukan gambar beli atau gambar curi dari mana- mana blog ya.. Ianya milik SBK sendiri...

Begini lah Diana.. Walau sudah jarang berblog.. Namun hobi ambil gambar tetap tidak dapat dipisahkan dengan diri ini… Pantang ada sesuatu yang memikat di mata ini.. Pasti akan ambil gambar untuk dibuat kenangan… Sebab idea yang muncul ketika itu tidak akan sama dengan idea di masa akan datang.. Percayalah!!!

Sudah jemur pakaian tak pagi ini? Kepada yang belum jemur pakaian tu.. Jom jemur pakaian.. Jangan pula jemur donut tau.. Heheheee… Gurau.. ^_^




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, August 13, 2014

~ Rindunyaaa & Mini Red Velvet Cake…...

Sheery Dream Cakes | 5:08 PM | | | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu… Buat masa sekarang ni Diana agak sibuk sedikit.. Blog pun sudah lama tidak berupdate… Hari ni ada sedikit kelapangan.. Alhamdulillah dapat juga bertanyakan khabar anda semua… Rindunya kat semua orang...

Hari ini sudah 17 hari kita bersama bulan Syawal 1435… Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk bernafas di bumi Allah ini… 

Diana percaya masih ramai yang membuat jamuan hari raya di rumah masing-masing kan… Cuma mungkin hanya dibuat ketika cuti hujung minggu sahaja… Begitu juga di sini :).. Masih lagi ada jemputan rumah terbuka di hujung minggu…

Diana hanya buat rumah terbuka 2 kali sahaja tahun ini… Buat pada 1 Syawal dan pada 13 Syawal hari tu… Di kesempatan ini Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumah Diana tempoh hari… :)

Baiklah… Tiada resipi yang hendak Dikongsikan bersama… Cuma jom kita cuci mata dengan salah satu desserts yang disediakan pada 13 Syawal tempoh hari… Mini Red Velvet with Strawberry cream cheese frosting yang dibuat oleh anak perempuan Diana ni… Tahun ini tugasan penyediaan desserts rumah terbuka telah diambil alih oleh dia… Bolehlah mummy dia ni rehat sikit kan… Alhamdulillah… Dah besar dah anak mummy…. TQ sayang… ;)

Jika hendak rujuk resipi Red Velvet Cake boleh klik DI SINI ya.....


Sampai di sini saja buat kali ini… Jumpa lagi di entri akan datang… InsyaAllah….



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, May 29, 2014

~ Selamat Bercuti Anak-Anak Semua...

Sheery Dream Cakes | 10:55 AM | | 7 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Cuti sekolah sudah bermula.. Selamat bercuti buat anak-anak semua… Jangan dilupa juga buku-buku tu ya… Jangan pula buku pun ikut bercuti sama ok… Hehehehe.. Jadi masa ini masa yang sangat seronok buat ibu-ibu kan… :). Tiap-tiap hari boleh sediakan masakan kegemaran anak-anak utamanya bagi anak-anak yang tinggal di asrama.. Inilah masanya ibu-ibu bertambah bersemangat untuk masuk ke dapur… Sediakan pelbagai menu kegemaan seisi keluarga… Betul tak?

Baiklah… Sampai di sini sahaja coretan Diana buat kali ini… Apa kata kita cuci mata dengan RVCC ini pula… Sebenarnya anak perempuan Diana yang buat…. Rasanya boleh laa mummy dia ni cuti panjang buat semua ni kan kan kan… heheheee…. ;)


Nak resipinya boleh klik di SINI …… Sampai jumpa lagi…





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>