Tuesday, April 25, 2017

~ Resipi Nugget Ayam & Bayam...

Sheery Dream Cakes | 4:19 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali, Diana mohon maaf sebab blog ni agak kelam kabut sedikit dalam beberapa minggu ni. Diana cuba untuk perbaikinya secepat mungkin ya. In Shaa Allah semua entri akan ada seperti biasa..

Seperti mana yang anda telah sedia maklum, Diana sekarang ni sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat. Sekarang ni Diana dalam fasa mengekalkan berat badan yang ada.  In Shaa Allah.. Jadi, Nugget ayam & bayam ni merupakan salah satu menu yang Diana ambil. Ianya amat sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Ingin mencubanya? Boleh semak resipinya di bawah ya.


NUGGET AYAM & BAYAM

Bahan-Bahan
  • 150 gm dada ayam yang dicincang / daging ayam kisar
  • 3 biji telur
  • Segenggam sayur bayam _ cuci, toskan dan dihiris halus
  • Keju cheddar parut
  • Garam
  • Lada hitam kisar
  • Lada putih kisar
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 biji putih telur


Cara-Cara
  1. Masukkan ayam, telur dan garam ke dalam food processor dan kisar hingga hancur dan sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk yang sesuai.
  3. Tambahkan bayam, keju cheddar parut, lada putih kisar dan lada hitam kisar. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak zaitun dan kukus sehingga ianya masak.
  5. Keluarkan dari loyang dan potong ikut suka.
  6. Panaskan minyak dan sementara itu celupkan nugget ayam ke dalam putih telur.
  7. Goreng nugget ayam sehingga kekuningan. Angkat dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 20, 2017

~ Chicken & Spinach Egg Muffins Recipe...

Sheery Dream Cakes | 12:06 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lamanya Diana tidak bersiaran di sini. Apa khabar anda semua? Doa dan harapan Diana, moga semuanya sihat sejahtera hendaknya ya. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini walaupun lama tiada entri baru.

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi low-carb food. Sesuai bagi orang yang sedang mengamalkan diet yang rendah carb. Resipinya mengenyangkan dan sedap dimakan ketika ianya masih panas lagi.

Jom kita semak resipinya.


CHICKEN & SPINACH EGG MUFFINS

Bahan-Bahan
  • Telur 
  • Daging ayam kisar
  • Sayur bayam _ cuci, toskan dan hiris kasar
  • Buah tomato _ buangkan bijinya dan dipotong dadu kecil
  • Cili benggala hijau _ buangkan bijinya dan dipotong dadu kecil
  • Keju cheddar parut
  • Garam
  • Lada hitam kisar
  • Minyak zaitun

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. 
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang sesuai. Tambahkan garam dan dipukul ringan.
  3. Kemudian masukkan daging ayam kisar, cili benggala hijau, tomato, sayur bayam dan keju cheddar parut. Gaul rata.
  4. Spray atau sapukan loyang muffin dengan minyak zaitun dan masukkan adunan telur tadi. Taburkan di atasnya dengan sedikit parutan keju cheddar dan lada hitam kisar.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga ianya masak bergantung kepada ketebalan egg muffin anda.
  6. Keluarkan dari oven dan nikmati ketika ianya masih panas lagi.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, March 30, 2017

~ Resipi Ikan Tempra Nyonya...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Reipi Ikan Tempra Nyonya ni sudah lama Diana kongsikan di blog Diana ( Klik DI SINI untuk entri lepas ). Memang selalu juga Diana memasaknya di rumah ni. Selalu saja ada permintaan ulangan menu ni dari orang-orang yang Diana sayang. Alhamdulillah.. sedap di tekak mereka.

Baiklah.. Diana kongsikan sekali lagi resipinya di entri ni ya. Jika ingin mencubanya, anda boleh semak resipinya di bawah.


IKAN TEMPRA NYONYA

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ dibersihkan dan dikelar sedikit
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam _ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah _ dihiris
  • 12 ulas bawang putih _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 5 - 8 biji cili padi _ ( untuk kali ni Diana guna cili kering yang dipotong-potong )
  • 3 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dipotong menyerong

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bahagian bawang merah goreng dan 1/2 bahagian bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 bahagian lagi bawang merah goreng dan 1/2  bahagian bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
  7. Hidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, March 29, 2017

~ Resipi Ayam Panggang Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Beberapa hari lepas hujan membasahi bumi Labuan. Pagi kelmarin dan hari ni mentari pagi bersinar lagi. Namun awal pagi tadi sesekali awan mendung berarak kembali menyelubungi sinaran mentari. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas menikmati  kurniaan Allah S.W.T. Syukur di atas segala rezekiNya. 

Baiklah.. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Ayam Panggang Lada Hitam kegemaran kami sekeluarga. Untuk resipi ni Diana lebih suka membuang tulang ayam tu sebelum di perap bersama bahan perapan. Hendak memasak bersama tulangnya pun boleh. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. Untuk perapan ayam panggang ni Diana sememangnya suka menggunakan Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix.  Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-Bahan A
  • 4 keping paha ayam _ buangkan tulangnya, dipotong kepada 2 bahagian dan dikelar
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 tbsp Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix
  • 1/4 tsp McCormick ginger ground
  • 1 tsp McCormick chicken seasoning
  • 1 tsp 5 spice
  • 2 tsp sos tiram
  • 1 biji limau nipis _ ambil jusnya
  • Gula

Bahan-Bahan B
  • 2 cawan air
  • Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Limau nipis 

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Masukkan ayam ke dalam peti ais. Perap selama 4 jam.
  2. Keluarkan ayam dari peti ais dan masukkan ayam ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air dan kacau rata. Masak di atas api sederhana sehingga ayam masak dan kuahnya kering.
  3. Tutupkan api dan keluarkan ayam tadi. Susun ayam di atas dulang pembakar.
  4. Taburkan Deli Chef Black Pepper Seasoning Mix pada keseluruhan ayam.
  5. Bakar ayam di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C sehingga ayam garing.
  6. Keluarkan ayam dari oven dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun ketumbar.
  7. Perahkan jus limau nipis di atas ayam semasa menghidang jika suka.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>