Thursday, April 27, 2017

~ Resipi Mee Telur Sup...

Sheery Dream Cakes | 1:13 PM | | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak Diana mengamalkan diet rendah karbohidrat ni.. Diana memang tiada masalah langsung jika tidak mengambil sumber karbohidrat utama iaitu nasi. Tetapi Diana akan kalah dengan godaan roti dan mee. Sememangnya Diana penggemar cinnamon bread dan mee. 

Namun, Diana tidak jadikannya sebagai satu alasan untuk mengalah dalam perjalanan diet Diana ni. Bermula Sept 2016 hingga Jan 2017, berat badan Diana telah turun sebanyak 19 kg dengan mengamalkan diet atkins. Selama 4 bulan tu Diana amalkan clean diet. Kena fahami dulu apa itu diet atkins ya jika anda ingin berdiet atkins. Diet atkins ni mempunyai 4 fasa. Kena fahami setiap fasa tersebut sebelum anda memulakan diet tu ya.

Diana tidak akan sentuh apa itu diet atkins di sini. Anda sendiri boleh merujuknya atau google apakah itu diet atkins. Banyak informasi tentang diet atkins telah dikongsikan di alam maya ini. Jadi luangkan sedikit masa untuk membaca apa itu diet atkins.

Baiklah.. Sekarang ni Diana dalam fasa mengekalkan berat badan yang ada. Nak kurus tu memang mudah tetapi nak mengekalkannya tu agak sukar sedikit bagi Diana. Jadi, Sekiranya kita sudah mendapat berat badan yang kita ingini.. Jangan pula lupa diri dengan godaan pelbagai makanan yang sedap-sedap ya.. Hehehe.. In Shaa Allah.. pasti boleh kawal nafsu makan.. Jadi Mee Telur Sup ni merupakan salah satu menu yang Diana ambil sekarang. Anda boleh rujuk resipinya di bawah ya.

MEE TELUR SUP

Bahan-Bahan Untuk Mee Telur
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 tbsp air
  • Garam
  • Serbuk lada putih

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk yang sesuai. Pukul sebati.
  2. Dadar nipis adunan seperti mendadar telur. Angkat dan gulung dengan kemas. Potong dengan pisau. Caranya anda boleh rujuk di entri lepas KLIK DI SINI.
  3. Susun sedikit mee telur di dalam mangkuk.
  4. Ketepikan.

Bahan-Bahan Untuk Bebola Udang
  • 120 gm udang yang telah dibuangkan kulit, kepala ( simpan kepala udang untuk kegunaan nanti ) dan dibersihkan ( dalam 5 ekor udang bersaiz besar )
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • Sedikit daun kucai _ hiris halus
  • Sedikit daun sup _ dihiris halus
  • Sedikit daun bawang _ dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Lada putih kisar

Cara-Cara
  1. Cincang udang hingga halus. Masukkan udang ke dalam mangkuk bersama kesemua bahan. Gaul rata.
  2. Ketepikan.


Bahan-Bahan Untuk Sup
  • Sayur bayam atau sayur sawi _ dipotong ikut suka
  • 5 kepala udang 
  • 1 hirisan nipis halia _ dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih _ dihiris
  • Air secukup kegunaan
  • Lada putih kisar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam periuk. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air dan biarkan ianya mendidih.
  3. Masukkan kepala udang, basahkan tangan dengan air dan ambil sedikit adunan bebola udang di atas. Masukkan ke dalam sup dan tambahkan garam dan lada putih kisar secukup rasa.
  4. Masukkan sayur bayam atau sayur sawi dan biarkan ianya masak.
  5. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  6. Tuangkan sup ke dalam mangkuk yang berisi mee telur tadi.
  7. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan nikmati ketika ianya masih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, April 25, 2017

~ Resipi Nugget Ayam & Bayam...

Sheery Dream Cakes | 4:19 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali, Diana mohon maaf sebab blog ni agak kelam kabut sedikit dalam beberapa minggu ni. Diana cuba untuk perbaikinya secepat mungkin ya. In Shaa Allah semua entri akan ada seperti biasa..

Seperti mana yang anda telah sedia maklum, Diana sekarang ni sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat. Sekarang ni Diana dalam fasa mengekalkan berat badan yang ada.  In Shaa Allah.. Jadi, Nugget ayam & bayam ni merupakan salah satu menu yang Diana ambil. Ianya amat sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Ingin mencubanya? Boleh semak resipinya di bawah ya.


NUGGET AYAM & BAYAM

Bahan-Bahan
  • 150 gm dada ayam yang dicincang / daging ayam kisar
  • 3 biji telur
  • Segenggam sayur bayam _ cuci, toskan dan dihiris halus
  • Keju cheddar parut
  • Garam
  • Lada hitam kisar
  • Lada putih kisar
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 biji putih telur


Cara-Cara
  1. Masukkan ayam, telur dan garam ke dalam food processor dan kisar hingga hancur dan sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk yang sesuai.
  3. Tambahkan bayam, keju cheddar parut, lada putih kisar dan lada hitam kisar. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak zaitun dan kukus sehingga ianya masak.
  5. Keluarkan dari loyang dan potong ikut suka.
  6. Panaskan minyak dan sementara itu celupkan nugget ayam ke dalam putih telur.
  7. Goreng nugget ayam sehingga kekuningan. Angkat dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 20, 2017

~ Chicken & Spinach Egg Muffins Recipe...

Sheery Dream Cakes | 12:06 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lamanya Diana tidak bersiaran di sini. Apa khabar anda semua? Doa dan harapan Diana, moga semuanya sihat sejahtera hendaknya ya. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini walaupun lama tiada entri baru.

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi low-carb food. Sesuai bagi orang yang sedang mengamalkan diet yang rendah carb. Resipinya mengenyangkan dan sedap dimakan ketika ianya masih panas lagi.

Jom kita semak resipinya.


CHICKEN & SPINACH EGG MUFFINS

Bahan-Bahan
  • Telur 
  • Daging ayam kisar
  • Sayur bayam _ cuci, toskan dan hiris kasar
  • Buah tomato _ buangkan bijinya dan dipotong dadu kecil
  • Cili benggala hijau _ buangkan bijinya dan dipotong dadu kecil
  • Keju cheddar parut
  • Garam
  • Lada hitam kisar
  • Minyak zaitun

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C. 
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang sesuai. Tambahkan garam dan dipukul ringan.
  3. Kemudian masukkan daging ayam kisar, cili benggala hijau, tomato, sayur bayam dan keju cheddar parut. Gaul rata.
  4. Spray atau sapukan loyang muffin dengan minyak zaitun dan masukkan adunan telur tadi. Taburkan di atasnya dengan sedikit parutan keju cheddar dan lada hitam kisar.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga ianya masak bergantung kepada ketebalan egg muffin anda.
  6. Keluarkan dari oven dan nikmati ketika ianya masih panas lagi.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, March 30, 2017

~ Resipi Ikan Tempra Nyonya...

Sheery Dream Cakes | 8:06 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Reipi Ikan Tempra Nyonya ni sudah lama Diana kongsikan di blog Diana ( Klik DI SINI untuk entri lepas ). Memang selalu juga Diana memasaknya di rumah ni. Selalu saja ada permintaan ulangan menu ni dari orang-orang yang Diana sayang. Alhamdulillah.. sedap di tekak mereka.

Baiklah.. Diana kongsikan sekali lagi resipinya di entri ni ya. Jika ingin mencubanya, anda boleh semak resipinya di bawah.


IKAN TEMPRA NYONYA

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ dibersihkan dan dikelar sedikit
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam _ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah _ dihiris
  • 12 ulas bawang putih _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 5 - 8 biji cili padi _ ( untuk kali ni Diana guna cili kering yang dipotong-potong )
  • 3 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dipotong menyerong

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bahagian bawang merah goreng dan 1/2 bahagian bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 bahagian lagi bawang merah goreng dan 1/2  bahagian bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
  7. Hidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>