Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Amalan bersahur merupakan satu tuntutan bagi yang berpuasa. Rasulullah S.A.W amat menganjurkan umatnya untuk bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur ( makanan ) itu ada keberkatan.” ( riwayat Al Bukhari dan Muslim ).
Memang tidak dinafikan, pada waktu itu selera kita sedikit kurang untuk menjamah makanan. Tetapi perlu diingat bahawa kita dianjurkan bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa, sememangnya perlu mengambil lebih perhatian dengan mempelbagaikan menu bersahur. Kita kena prihatin dengan selera anak kecil kita. Cuba untuk bertanya setiap hari apakah yang ingin dimakannya ketika bersahur. Begitulah cara Diana selama ini. Kiranya seperti mengambil order lah ya. Heheheh...
Jika nasi dan lauk pauk tidak dapat mengundang selera anak-anak untuk bersahur, apa kata kita beritahu mereka yang kita akan masak menu yang bergoreng seperti mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Atau mungkin jika anak kecil kita suka makan makanan barat, cuba beritahu dia kita akan masak menu barat untuk bersahur. Pasti anak kecil kita akan teruja dan lebih bersemangat untuk bangun bersahur. In Shaa Allah.
Suasana bersahur selepas seminggu berpuasa pada setiap tahun, sama sahaja di rumah ni. Bila sudah seminggu berpuasa, nasi dan lauk pauk memang kurang mengundang selera seisi keluarga. Masaklah sedap macam mana sekali pun, pasti hanya sedikit sahaja disentuh. Jadi di sanalah Diana akan tanya menu apa yang mereka inginkan. Nasi goreng ayam & sayur ni salah satu menu yang mereka minta. Diana gabungkan bersama ayam goreng upin & ipin katanya. Hehhehehe... Alhamdulillah.. bersemangat mereka menjamunya. Jom semak resipinya di bawah.
Bahan-Bahan
- 5 1/2 cawan nasi sejuk
- 190 gm udang bersaiz besar ( 7 ekor ) yang sudah dikupas kulitnya
- 200 gm daging ayam kisar
- 5 tangkai kacang panjang _ dipotong kecil
- 1/2 batang lobak merah _ dipotong dadu kecil
- 2 biji telur
- 2 ulas bawang merah _ dicincang
- 3 ulas bawang putih _ dicincang
- 1 biji bawang besar _ dihiris
- Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan tumbuk kasar
- Serbuk cili
- 1 tbsp kicap cair Loon Kee
- Perencah pati ayam Tumix secukup rasa
- Sedikit lada putih kisar
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula ( optional )
- Minyak untuk menumis
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan serbuk cili dan udang kering dan tumis hingga garing.
- Kemudian masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Tumis sehingga terbit minyak.
- Masukkan lobak merah, kacang panjang dan udang. Gaul rata dan masak seketika.
- Setelah udang hampir masak, bolehlah dimasukkan nasi yang telah diperoikan dan gaul rata. Goreng seketika.
- Akhir sekali masukkan perencah pati ayam Tumix dan gaul.
- Ketepikan sedikit nasi ( supaya nasi tidak bercampur dengan telur ) dan pecahkan telur ke dalam mangkuk.
- Jika perlu tambahkan sedikit minyak dan masukkan telur satu persatu. Setelah telur hampir mengeras, gaulkan bersama nasi tadi. Masak seketika.
- Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
- Angkat dan hidang.
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>