Friday, June 1, 2012

~ Dunia Fotografi SBK...

Sheery Dream Cakes | 11:01 PM | 19 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK yang dikasihi... 

Buat pertama kalinya dalam sejarah SBK sendiri... Hari ni Diana nak tanya sama ada suka ker tak suka sekiranya Diana ingin kongsikan bagaimana dunia fotografi SBK ( Food Photography ) selama ni bersama anda semua.. Apakah bahan utama yang menjadi tulang belakang untuk Diana mendapatkan gambar seperti di atas ni.. 

Diana sedar betapa diri ini begitu kecil sangat dalam bidang fotografi ni... Banyak lagi ilmu fotografi yang perlu Diana selongkar perlahan².. Diana ni mak budak baru belajar.. Kalau sudi tolong berikan tunjuk ajar yer... ;). Oleh kerana ada sebahagian pengunjung SBK yang ingin Diana kongsikan cara Diana mendapatkan gambar² yang ada kat SBK ni dengan membuat entri khas untuk tips fotografi.. Dengan ilmu yang amat sedikit dalam bidang fotografi ni.. Diana dengan rela hati dan ikhlas akan berkongsinya dengan anda semua dan Diana harap apa yang bakal Diana kongsikan nanti akan dapat membantu anda semua walaupun Diana teramat ler segannya nak kongsikan ilmu yang hanya Diana perolehi dengan mencari rujukan sendiri kat internet dan majalah² yang berkaitan dengan fotografi.. Heheheee...

Jadi... Sekiranya ramai yang setuju... Diana akan buat entri tu esok... ;). Kalau tak ramai... Maka Diana tak akan buat entri tu yer..  ^__<






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, May 31, 2012

~ Chocolate Covered Brownie Ice Cream Sandwiches Recipe...

Sheery Dream Cakes | 6:59 PM | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK.. 

Sekarang ni cuaca kat Labuan agak panas.. Tapi sebelah petang cuaca bertukar mendung.. Namun masih terasa bahangnya.. Kat tempat anda macam mana pula? Walau apa pun keadaan cuaca kat tempat masing-masing..Diana berharap moga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera...  

Cuaca sekarang yang tak menentu.. Kekadang tu cuaca terlalu panas.. Bahang dapat dirasai walaupun hujan turun.. Jika dihidangkan ice cream di depan mata... Alangkah bahagianya kan .. . Ermmm... Diana sedang hidangkan ice cream ni... Nak tak? Heeeheeeheee... Siapa nak jemput join sekali eh.. :D.. Jangan malu-malu.. Buat macam rumah sendiri tau.. Layan diri ya.. Hiihiii.. 



Resipi ni Diana ambil dari blog Katie Goodman.. Hari tu masa Diana google resipi brownies.. Terjumpa la blog tu.. Kebetulan Irfan sedang memerhati juga tanpa Diana sedari.. Setelah beberapa hari selepas Diana tengok resipi ni.. Ada pula permintaan Irfan nak ice cream yang ada coklat.. Katanya hari tu mummy tengok tu.. Hahaaa... Dah kena daah... ^_^. Kebetulan pula Diana dah berjanji dengan abang dia nak buatkan Tiramisu hari tu.. Jadi sibuk la suasana kat dapur Diana hari tu.. ;). Buat Katie dan Jamie.. Izinkan Diana kongsikan resipi ni di sini pula ya.. Terima kasih.. 


:: Resipi Oleh ~ Jamie @ Sophistimom  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Katie @ GOODLIFE eats  ( TQ )

CHOCOLATE COVERED BROWNIE ICE CREAM SANDWICHES


Ingredients

For the Brownies
  • 1 stick ( 8 tablespoons ) unsalted butter, at room temperature
  • 1 cup granulated sugar
  • 2 tablespoons cocoa, plus more for pan
  • 2 eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 3/4 cup flour
  • Pinch of kosher salt

For the Ice Cream Sandwiches
  • 1 quart vanilla ice cream, slightly softened
  • 2 pounds chocolate chips
  • 1 teaspoon oil


Directions
  1. Preheat the oven to 350 degrees. Butter a quarter sheet pan ( a small jelly roll pan ), or a 13 x 9 inch pan. Place a sheet of parchment paper in the bottom, spread with butter, and dust with cocoa powder. Set aside.
  2. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter, sugar, and 2 tablespoons of cocoa powder. When the mixture is creamy, and all lumps are gone, add in eggs, one at a time, incorporating well after each addition. Add in vanilla.
  3. With the mixer on low, add in flour and salt. Mix until just combined. 
  4. Spread into prepared pan and bake until shiny on the top, 10 - 15 minutes. 
  5. Remove from oven, and allow to cool completely.
  6. Remove brownie from the pan, and cut in half. 
  7. Spread ice cream on one half, and top with the other half. 
  8. Freeze for 2 - 4 hours, until firm.
  9. Cut the large ice cream sandwich into smaller sandwiches. Insert wooden popsicle sticks, and freeze for another hour.
  10. Melt the chocolate chips with the oil in the microwave in 30 second intervals, until chocolate is smooth. 
  11. Dip each ice cream sandwich in the chocolate, and let set on a sheet of parchment paper. 
  12. Wrap in parchment paper and freeze until ready to serve.


Semasa cuaca panas kat Malaysia ni.. Memang agak sukar nak ambil gambar Chocolate Covered Brownie Ice Cream Sandwiches ni... Ianya mudah cair walaupun sedang duduk di dalam bilik yang airconnya sedang dipasangkan.. Ini sahaja la hasil gambar yang dapat diambil.. Kalau nak tengok versi cantik tu.. boleh tengok kat  SINI ya.. Selamat mencuba... :)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, May 28, 2012

~ Billie’s Italian Cream Cake...

Sheery Dream Cakes | 3:26 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua... 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera.. Moga segala urusan hari ni dan hari-hari yang mendatang akan dipermudahkan olehNya.. Syukur di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan olehNya.. 


Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Billie's Italian Cream Cake yang Diana buat kemarin petang. Baru pagi tadi dapat ambil gambarnya.. Itu pun semasa cahaya tak berapa sesuai untuk ambil gambar nie.. Seawal pukul 6:30 am Diana dah cuba ambil gambar kek ni.. 6:30 am memang bukan masa yang sesuai.. Bila dapati gambar yang kurang elok.. Maka Diana cuba lagi ambil pada pukul 7:00 am.. Barulah dapat gambar yang macam ni.. 



Resipi kek kali ni Diana ikut dari blog The Pioneer Women Cooks.. Kek ni boleh tahan juga rasa.. Keknya tu memang sedap.. Frostingnya sedikit manis pada tekak Diana. Terima kasih kepada Ree @ The Pioneer Women Cooks kerana sudi berkongsi resipi ni... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya.. Terima kasih..





:: Resipi Oleh ~ Billie ( TQ ) 
:: Sumber Dari ~ Ree @ The Pioneer Women Cooks  ( TQ )


BILLIE'S ITALIAN CREAM CAKE

Ingredients
FOR THE CAKE
  • 1 stick Butter _ ( Diana bubuh 1/2 cawan. Diana rujuk kat   SINI )
  • 1 cup Vegetable Oil
  • 1 cup Sugar
  • 5 whole Eggs, Separated
  • 3 teaspoons Vanilla
  • 1 cup Coconut _ ( from PW: If You Think You Hate Coconut, Trust Me: I Do Too, And I Love It In This Recipe )
  • 2 cups All-purpose Flour
  • 1 teaspoon Baking Soda
  • 1 teaspoon Baking Powder
  • 1 cup Buttermilk _ ( homemade : 1 cawan susu + 1 tbsp cuka putih / jus lemon. Rehatkan selama 20 minit )

Preparation Instructions
  1. Preheat oven to 350 degrees. Grease and flour three 9-inch round cake pans.
  2. Beat egg whites until stiff. Set aside.
  3. :: Cake ~ In a large bowl, cream together butter, oil, and sugar until light and fluffy.
  4. Mix in the egg yolks, vanilla, and coconut.
  5. In a separate bowl, mix flour, baking soda, and baking powder.
  6. Alternate adding buttermilk and dry ingredients to wet ingredients. Mix until just combined, then fold in egg whites.
  7. Pour evenly into the three prepared pans, then sprinkle the top of each pan with 1 ( at least ) tablespoon sugar.
  8. Bake in preheated oven for 20 to 25 minutes, or until toothpick comes out clean. Remove from oven and allow to cool for 15 minutes, then turn the cakes out onto cooling racks and allow to cool completely.

FOR FROSTING
  • 2 packages ( 8 Oz ) Cream Cheese
  • 1 stick Butter 
  • 2 teaspoons Vanilla
  • 1 package 2 Lb Powdered Sugar _ Diana kurangkan sedikit
  • 1 cup Chopped Walnuts
  • 1 cup Sweetened, Flaked Coconut


Preparation Instructions
  1. In a medium bowl, combine cream cheese, butter, vanilla, and powdered sugar. 
  2. Beat until light and fluffy. Stir in chopped walnuts and sugared coconut. 
  3. Spread between layers and serve.

:: Note ~ Cream cheese frosting will soften at room temperature, so refrigerate if you won’t use it right away.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, May 26, 2012

~ Bihun Goreng Ayam Dan Kerang...

Sheery Dream Cakes | 8:37 PM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Untuk entri kali ni Diana nak kongsikan resipi yang simple saja... Resipi Mihun Goreng Ayam Dan Kerang ... Sebenarnya ni menu sarapan kami pagi tadi.. Baru sempat kongsikannya.. Mihun Goreng ni permintaan anak kecil Diana... Jadi tu ler sebabnya kenapa anda semua tidak nampak sayur kat mihun tu kan kan.. Cuma ada hirisan daun bawang sahaja.. Heehee... 

Mihun goreng ni memang sesuai untuk bebudak yang tak nak sayuran dalam mihun goreng mereka.. Tak perlu ler kita asingkannya kan.. Kalau ikutkan selera budak-budak.. Kerang tu pun dia tak nak... Jadi terpaksa la diasingkan juga kerangnya tu semasa hidang untuk dia.. :D. Jadi.. Jika anda nak bubuh sayur atau bahan yang lain pun boleh.. Dan mihun goreng ni memang tak pedas pun.. Kalau nak pedas boleh bubuh cili padi banyak sikit ya.. Ok la.. Tak nak buang masa lagi.. Jom selongkar resipinya...


BIHUN GORENG AYAM DAN KERANG


Bahan-Bahan 
  • 400 gm / 1 bungkus  mihun _ ( Diana guna Thailand Bihun Star Lion ) 
  • 1 tin REX kerang panggang
  • 4 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 biji bawang besar _ dibelah dan hiris
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan A ( Kisar menggunakan Food Processor )
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 1/2 genggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • 1 biji cili merah _ buang bijinya
  • 2 biji cili padi

Bahan-Bahan B ( Perap 10 minit )
  • 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp kicap cair
  • Serbuk lada hitam

Bahan-Bahan C

Bahan-Bahan D ( Telur Sos Cili )
  • 5 biji telur 
  • 6 tbsp sos cili Maggi


Cara-Cara
  1. Rendam mihun hingga lembut ( Diana tidak rendam guna air panas ). Tos dan ketepikan.
  2. :: Sediakan dahulu telur sos cili ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian pecahkan kesemua telur dan bubuh sos cili di atasnya. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis selama 1 minit.
  5. Tambahkan sedikit gula dan tumis lagi hingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga ayam empuk.
  7. Masukkan kerang panggang serta hirisan bawang besar dan gaul rata.
  8. Setelah itu masukkan bahan-bahan C dan gaul.
  9. Masukkan mihun dan sedikit air. Gaul dan goreng mihun hingga garing.
  10. Masukkan telur sos cili dan gaul rata.
  11. Sesuaikan rasa dan angkat.
  12. Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>