Entri kali ni entri pendek.. Hehehee... Sebab masa tak cukup untuk Diana bercerita panjang.. Huhuuu.. InsyaAllah malam nanti Diana akan online semula ya. Ada kerja sedang menanti sekarang ni.. Curi sedikit masa untuk update entri ni sekejap.. Terima kasih kepada yang sudi singgah di SBK ni.. Petang esok baru dapat Diana membuat kunjungan balas.. InsyaAllah..
Nasi Ayam SBK ni mungkin berlainan sedikit dengan Nasi Ayam yang lain sebab ayamnya tu perlu digoreng dengan 3 jenis tepung kemudian ditumis dengan bawang, kicap dan cili padi..
Jom tengok resipinya...
Ooo yer... Lupa pula bagitahu.. Kepada sesiapa yang inbox Diana tu tentang lanjutan entri photography.. InsyaAllah akan Diana usahakan secepat mungkin.. Terima kasih kerana sudi membaca.. :)
NASI AYAM
Bahan-Bahan Untuk Nasi
- 300 gm beras basmathi
- 500 ml air rebusan ayam _ ( ambil bahannya sekali kecuali ayam )
- 1 kiub pati ayam Maggi
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
- Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Kemudian toskan.
- Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan tambahkan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
- Masak seperti biasa.
Bahan-Bahan Untuk Ayam
- 2 keping peha ayam _ dikelar sedikit
- 2 inci halia _ dihiris kasar
- 2 tangkai daun sup _ dihiris kasar
- 2 tbsp sos tiram Maggi
- 2 tsp kicap cair Loon kee
- 1 tsp minyak bijan
- 1100 ml air
Bahan_Bahan A ( Digaul rata )
- 2 tbsp tepung jagung
- 2 tbsp tepung kastard
- 2 tbsp tepung ubi kayu
Bahan-Bahan B
- 2 biji kuning telur + sedikit garam _ dipukul ringan
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan-Bahan C
- 8 ulas bawang putih _ dicincang
- 2 ulas bawang merah _ dicincang
- 1 biji bawang besar _ dipotong dadu
- 5 biji cili padi _ dihiris _ ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
- Beberapa batang daun bawang _ dihiris
- 1 tsp kicap pekat _ ( Diana guna Karamel pekat Loon Kee )
- 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
- Gula secukup rasa
- Garam jika perlu
Cara-Cara
- Gaulkan ayam bersama halia, daun sup, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam ( Diana perap selama 4 jam ).
- Masukkan ayam bersama air ke dalam periuk dan masak sehingga ayam separuh masak.
- Keluarkan ayam dan ketepikan.
- Tapis air rebusan ayam dan ambil 500 ml air rebusan untuk dicampurkan bersama beras ( resipi nasi rujuk kat atas ).
- Simpan juga bahan yang lain ( hirisan halia, daun sup ) untuk dicampur ke dalam beras.
- Kemudian hiris ayam menjadi hirisan kecil ( Buangkan tulangnya ). Campurkan dengan kuning telur dan gaul rata.
- Masukkan bahan-bahan A dan gaul sebati.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk. Goreng ayam hingga masak kekuningan ( terpulanglah pada citarasa masing-masing nak garing atau tidak ).
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis hingga sedikit garing.
- Masukkan cili padi, bawang besar, ayam goreng, kicap pekat, perencah pati ayam, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
- Gaul rata dan sesuaikan rasa.
- Masukkan hirisan daun bawang dan gaul.
- Angkat dan hidang bersama nasi di atas.