Wednesday, February 23, 2011

~ Resipi Kurma Ayam...

Sheery Dream Cakes | 9:34 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila sebut saja nak makan  Kurma Ayam... Pasti akan teringat kat masakan arwah nenek.. Bagi kami adik beradik juga hubby dan anak Diana... masakan arwah nenek  la yang paling sedaaaap..  Sampai sekarang pun belum lagi kami jumpa kurma ayam sesedap masakan arwah nenek... Tapiii alangkah sayangnya… Kami tak pernah belajar nak masak kurma ayam cara arwah nenek... ( Masa tu tak ingat langsung nak minta resipi ker.. nak tengok nenek masak ker... sebab yang kami ingat masa tu cuma nak makan masakan arwah nenek.. tu ja... Tapi memang sedap!! Sayang nenek... Sentiasa akan merindui dan menyayangi nenek.. Moga arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.



KURMA AYAM


Bahan-Bahan
  • 1 kg ayam _ dipotong kecil-kecil
  • 70 gm rempah kurma Adabi ( boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • 2 biji cili merah _ dibelah dan buang bijinya
  • 2 biji bawang besar _ dibelah 4 
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 70 gm kerisik
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp susu pekat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air panas
  • 200 ml santan pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai


Cara-Cara
  1. Campurkan gula, rempah kurma dan air panas. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit aromanya. 
  3. Masukkan campuran rempah kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup penutup periuk dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Setelah itu, bolehlah dimasukkan santan pekat dan air secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tambahkan air asam jawa, susu pekat dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan kerisik. Gaul dan masukkan pula bawang besar dan cili merah. Masak seketika.
  8. Angkat dan hidang.




1 comments:

kaseh suci said... Reply

assalam akak mohon copy resepi ye.. nmpk sedap je..nyum2.. :D