Friday, September 30, 2011

~ Mee Mat Salleh Goreng Basah...

Sheery Dream Cakes | 9:27 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pernah dengar tak Mee Mat Salleh? Bagi sesiapa yang tinggal di Labuan, mesti pernah dengar dengan Mee Mat Salleh ni kan... Mee ni dibuat oleh Sedap Mee, Peladang Bukit Kuda, W.P.Labuan.. Diana suka sangat makan mee ni... Nak goreng, nak rebus ker... Nak buat bubur pun sedap... Hari ni Diana buat Mee Goreng Basah cara Diana... Mari kita tengok resipinya.. 

:: Mee nie perlu direbus terlebih dahulu dan angkat.. Lepas tu masukkan ke dalam air sejuk . Toskan.  ::


Mula² .. tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi. Masukkan udang kering dan goreng seketika.. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing..

Setelah itu.. masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.. Ketepikan sedikit bahan yang telah d tumis tadi dan pecahkan sebiji telur.. Setelah telur separuh masak.. boleh ler digaul bersama bahan yang ditumis tadi.. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi yer.. Kemudian masukkan bhn²  A dan gaul rata.. biarkan seketika.

Masukkan mee dan gaul ... tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing² ).. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. masukkan daun bawang dan gaul rata.. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce...




~ Mee Mat Salleh Goreng Basah...

Bahan-Bahan 
  • 1 bungkus Mee Mat Salleh _ d masak seperti arahan pada bungkusan
  • 1 keping dada ayam _ d hiris kecil
  • Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang merah _ d cincang
  • 4 ulas bawang putih _ d cincang
  • 1 biji bawang besar _ d hiris
  • 1 tbsp cili kering kisar
  • Lettuce _ d hiris
  • Daun bawang _ d potong panjang
  • minyak untuk menumis
  • Sedikit air


Bahan-Bahan A
  • 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 2 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tbsp sos manis ABC
  • 1 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tsp sos pedas berkicap Agro Mas
  • 2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula jika perlu
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bawang besar dan tumis lagi hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan goreng seketika. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Ketepikan sedikit bahan yang telah ditumis tadi dan pecahkan sebiji telur. Setelah telur separuh masak, bolehlah digaul bersama bahan yang ditumis tadi. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi lagi.
  6. Masukkan bahan-bahan  A dan gaul rata. Biarkan seketika.
  7. Masukkan mee dan gaul. Tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing-masing ). Setelah mendidih dan sedikit pekat, masukkan daun bawang dan gaul rata.
  8.  Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, September 27, 2011

~ Kek Karamel...

Sheery Dream Cakes | 11:40 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ini merupakan percubaan pertama Diana buat Kek Karamel ni... Hari tu nampak kat dapur Akak ItaAnnaJuwita dan Akak Naz.. Wah sungguh tergoda tengok Kek Karamel nie.. Cuma risau pula tak menjadi bila buatnya... Tapi Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga Diana buat dan menjadi...


Terima kasih kepada Munirah Baharum kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya pula kat sini ya.. Dan terima kasih juga kepada Akak Ita d atas penerangan dan step by step yang akak kongsikan.. ianya banyak membantu Diana semasa membuat kek ni tadi..


:: Resipi oleh ~ Munirah Baharum ( TQ )
:: Cnp dari  ~ Akak Azlita @ Masam Manis 

~ Gula Hangus...

  • 2 sudu besar gula pasir

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8 inc. 
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget² kan loyang kiri dan kanan. 
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak² dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan.

~ Bahan Karemel...
  • 1/2 tin susu cair 
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur

Cara-Cara
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua² bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. ( Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti ).

~ Adunan Kek Bahan 1...
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak

Cara-Cara

  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


~ Adunan Kek Bahan 2...
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-Cara

  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  2. Masukan  sikit² dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.

~ Merinque...
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar-tar

Cara-Cara

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih.
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik.
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
    Letakkan pewarna yang anda sukai.
  8. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang - belangkan adunan.
  9. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  10. Akhir sekali dengan satu sudu.
  11. Lorekkan atas adunan dengan lidi.




Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160°C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 

  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

~ Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
~ Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 24, 2011

~ Kek Kukus Lapis Horlicks Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 4:46 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ni Diana nak kongsikan resipi Kek Kukus Lapis lagi... Sebenarnya kek yang ni bukan la kek pilihan Diana.. Sebab mungkin Diana ni bukan peminat setia horlicks... hiihii... Tapi kalau nak mencuba tu apa salahnya kan.. Jika sudi boleh semak resipinya kat bawah tu ya... ;


Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 1 2/3 cawan mentega
  • 1 2/3 cawan gula halus 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 2 cawan horlicks
  • 240 gm jem buah-buahan
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah jambu dan kuning

Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian :-
  5. ~ 1 bahagian dicampurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.
  6. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu.
  7. Ambil sedikit adunan horlicks. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  8. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan jem. Kukus sehingga adunan kek masak.
  9. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  10. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  11. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis, hendak lah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. Tetapi untuk adunan horlicks nie agak lambat sedikit ianya masak ya. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.
  12. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk ( sebaiknya simpan semalaman sebelum dipotong) .
  13. Masa untuk mengukus kek nie dalam 4 - 5 jam lamanya menggunakan api sederhana. 
  14. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendak lah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih :)





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, September 20, 2011

~ Kek Kukus Lapis Sheery...

Sheery Dream Cakes | 11:35 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .... 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik.. Sihat sejahtera hendaknya... Amin... Hari ni cuaca kat sini pun begitu baik sekali... Terbit saja matahari... Terus tengok pemandangan kat luar rumah... Terasa damai bila terpandang bebunga kat mini taman depan rumah Diana tu mekar ditemani sang serangga sambil dibasahi embun pagi.... Begitu indah sekali ciptaan Allah S.W.T.... 

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi kek kukus pula untuk entri kali ini...

::  Suka tengok bebunga tu mekar... :)  ::


Bahan-Bahan


  • 10 biji telur
  • 400 gm mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 375 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • 2 cawan biskut marie kisar 
  • 225 gm seri kaya
  • 100 gm haw flakes kisar
  • 100 gm kismis kisar
  • 3/4 cawan Nestle nestum cerelac _ gandum & madu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah dan perang



Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis, seri kaya dan esen vanilla. Pukul lagi sebati.
  4. Setelah itu masukkan biskut marie kisar dan nestum. Pukul sehingga adunan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. ~ 1 bahagian dicampurkan haw flakes kisar dan pewarna merah.
  7. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan kismis kisar dan pewarna perang.
  8. Ambik sedikit adunan haw flakes dan pewarna perang. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan kismis dan pewarna perang. Kukus sehingga adunan kek masak.
  10. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. 
  13. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman barulah dipotong.
  14. Masa untuk mengukus kek nie dalam 2 1/2 jam lamanya menggunakan api sederhana.. 
  15. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala.


Bagi sesiapa yang dah biasa makan kek kukus lapis kat Labuan.. Pasti mereka akan tau yang kek kukus lapis tu agak kelihatan berminyak sedikit kan.. Tapi jika tak suka.. Boleh jer d kurangkan kuantiti menteganya sedikit yer.. :) 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, September 7, 2011

~ Nasi Halia...

Sheery Dream Cakes | 5:26 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Nasi Halia... Pernah makan kan? Cara penyediaannya amat mudah sekali... Jom tengok cara Diana menyediakan Nasi Halia yang sangat mudah ini..

::  Halia, bawang putih, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga d tumis sehingga garing bersama mentega.. Lepas tu masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api..  ::

::  Kemudian tuang bahan tumis tadi ke dalam rice cooker yang telah d isikan dengan beras dan air secukup kegunaan.. Bubuh kiub pati ayam dan garam secukup rasa.. Masak seperti biasa  ::



Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 2 inci halia _ ditumbuk bersama kulitnya
  • 1/2 tsp halba
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 150 gm mentega
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega. Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi. Tutupkan api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan memasak nasi biasa.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang dItumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker. Gaul rata.
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digembur-gemburkan.
  7. Sedia dihidang dengan lauk kegemaran masing-masing.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, September 4, 2011

~ Ayam Ros Pandan...

Sheery Dream Cakes | 12:22 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini dah Raya ke 6 dah ... Masih lagi ramai yang buat rumah terbuka kan... Jemputan pun masih banyak lagi dalam senarai... Semalam kami ada tertinggal 1 jemputan... Huhuuu... Ampun sesangat... Ingatkan hari ni.. Huhuu.. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur kami akan pergi ya... Ampun sekali lagi … 



Macam mana dengan suasana hari raya kat tempat anda semua? Pasti sungguh meriahkan.. Rasanya hari ni dah ramai yang dah balik dari kampung.. Jadi berhati-hati di jalan raya tau... Yang dah sampai kat rumah tu... Pasti penatkan... :). Banyakkan berehat tau… 

Semalam Diana buat sarapan agak berat sedikit... Diana masak nasi Lobak Merah, Nasi Ayam, Ayam Ros Pandan, Sayur dan juga Telur Mata Lembu

Baik la... Jom kita semak resipi Ayam Ros Pandan dari dapur Che Mat Gebu yang sangat sedaaaaap ni... Memang dah ramai yang mencuba resipi ni kan... Ingat nak masak sekali lagi semasa buat rumah terbuka kali kedua nanti... Insyaallah...  Buat Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikan resipi nie kat sini pula ya.. Terima kasih Che Mat Gebu..



:: Resipi oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan-Bahan Kisar Halus

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato

Cara-Cara

  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal-embal ( lembap-lembab jangan garing sangat ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  4. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>