Friday, November 30, 2012

~ Angel Hair Daging...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Bertemu kembali di entri ke dua di hari Jumaat yang mulia ini... Resipi yang ingin dikongsi bersama hari ini merupakan resipi Angel Hair Daging.. Jika nak tukar kepada jenis pasta yang lain boleh juga.. Terpulang kepada citarasa masing² ya... Tak ada cerita untuk dikongsikan untuk petang ini.. Jadi terus sahaja kita tengok resipi Angel Hair Daging yang simple ini.. Masak kelmarin mengikut bahan yang ada di rumah ini.. Kiranya resipi main campak gitu.. Heeheee.. Ok lah.. Mari selongkar resipinya..







Bahan²
250 gm / secukup kegunaan Spaghetti Angel Hair _ Dimasak seperti arahan dalam bungkusan
400 gm daging kisar
1 biji bawang besar _ dicincang
4 ulas bawang putih _ dicincang
3 biji tomato _ dipotong dadu kecil
14 keping cendawan butang _ dihiris nipis
1 tsp daun oregano kering 
1 tsp daun basil kering
1 3/4 cawan air atau secukup kegunaan
1 tin kecil ( 220 gm ) tomato puri
3/4 cawan sos cili Maggi
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak zaitun




Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali / periuk. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumis hingga naik aromanya.
  2. Kemudian masukkan daging kisar dan gaul rata.
  3. Masukkan cendawan butang, sos cili dan tomato puri. Gaul dan masak seketika.
  4. Masukkan tomato, daun basil, daun oregano, serbuk lada hitam, air, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan ianya mendidih dan kecilkan api. 
  6. Dengan api sederhana, renih selama 15 - 20 minit atau kuahnya menjadi pekat.
  7. Angkat dan tuang di atas angel hair spaghetti.
  8. Tabur di atasnya dengan cincangan daun ketumbar atau daun parsley.



Ermmm... Mulanya nak kongsikan resipi ini esok pagi.. Oleh kerana ada sedikit masa terluang ( kalau ikut rancangan asal memang masa dan ketika ini Diana nak buat Kek Batik di atas permintaan Irfan.. Tapi anak lelaki dan perempuan Diana sudi nak buat Kek Batik tu.. Hehhee.. TQ anak² mummy.. Muahsss ).. Tu lah sebabnya dapat update 1 entri petang ini... ;)





Baca Selanjutnya / Read More...

~ Cara SBK Mengambil Gambar 2...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar kita  sudah pun berada di hujung bulan November kan... Tak lama lagi tiba pula tahun baru.. Ada 2 bulan lagi sebelum SBK menyambut ulangtahun ke 2... Blog yang masih baru lagi di alam maya ini... Baru nak menjangkau usia 2 tahun.. Itu pun kalau sempat kan.. Ermmm... InsyaAllah jika diizinkan Allah.. Sempat lah SBK menyambut ulang tahun ke 2 tu kan kan kan.. Heeheee.. Atau mungkin akan berhenti semasa menyambut ulang tahun ke 2 tu? Apa² pun biarlah masa sahaja yang menentukannya nanti kan..



Baik lah.. Untuk kali ini Diana hendak kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk mendapatkan kesan cerah di belakang.. Sama ada hendak mendapatkan kesan putih ataupun warm effect.. Caranya sama sahaja ( itu bagi pendapat Diana ya.. orang lain mungkin ada cara / pendapat yang berbeza ).. Sebab bagi Diana, ianya boleh di edit menggunakan LR dan Adobe Photoshop.. Jadi setting kamera semasa menggambil gambar amat penting dalam soal ini.. Itu sebabnya kenapa dulu pernah Diana beritahu bahawa jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ianya sangat mempengaruhi mood gambar yang hendak kita ambil.. Nak tau bagaimana Diana mengambil gambar yang dimaksudkan? Caranya seperti gambar di bawah ini ya..




Atau anda mungkin boleh menggunakan 1 keping sahaja white foam board seperti gambar di bawah ini... Diana lebih banyak menggunakan 2 keping foam boards sebab cahaya yang kita perolehi lebih terang berbanding hanya menggunakan 1 keping foam board sahaja.. Ianya bergantung juga mood gambar yang hendak anda ambil..






Untuk mendapatkan gambar seperti di atas ini pula... Diana buat cara yang sama dengan menggunakan 2 keping foam boards dan tutup pintu dengan kain putih yang sangat nipis ( yang boleh menembusi cahaya )..

Jadi sampai di sini sahaja untuk kali ini... Diana mohon ampun dan maaf sebab lambat untuk kongsikannya cara ke 2 ini.. Walaupun lambat.. namun Diana dah tepati janji Diana nak buat entri ini kan.. Hehehe.. Moga ianya dapat membantu anda yang memerlukannya.. Dan sekiranya ada yang terkurang atau terlebih dalam tips yang Diana kongsikan.. Diana mohon tolonglah berikan tunjuk ajar ya.. Maklumlah Diana ini masih baru dalam dunia fotografi.. Jika ada salah dan silap tolong maafkan... Salam sayang dari SBK..



Baca Selanjutnya / Read More...

Wednesday, November 28, 2012

~ Pisang Goreng...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Diana mohon ampun dan maaf sebab tak berkesempatan nak BW dan membalas semua komen yang ada... Diana harap tiada yang berkecil hati ya.. InsyaAllah jika diizinkan nanti Diana akan BW dan membalas komen yang ada ya..




Pagi ini Diana tayang Pisang Goreng pula... Heheee... Pisang Goreng ini Diana buat Ahad lepas... Ermm.. Bercerita tentang pisang goreng, pasti ramai yang dah tau cara memasaknya kan? Cuma banyak versi resipi yang ada kan... Sebab ada yang suka pisang goreng rangup... Ada yang suka kurang rangup... Tapi rata² ramai yang suka makan pisang goreng rangup... Diana pula suka makan pisang goreng separuh rangup... Hehheeee... Macam resipi yang Diana kongsikan ini ianya tak lah rangup sangat... Ya lah selera masing² kan... ;). Tapi ini lah citarasa Diana sebenarnya... Lepas tu pisangnya kenalah yang cukup masak... Apa² pun itu terpulang kepada selera masing²... ;)


Dulu resipi adunan tepung ini pernah Diana kongsikan di SBK... Cuma masa itu Diana buat untuk menggoreng labu.. Jika hendak tengok versi Labu Goreng Tepung klik kat  SINI.. Sekarang kita tengok versi pisang pula ..




Bahan²
Pisang kepok _ dikupas kulitnya dan belah dua bahagian atau belah mengikut citarasa masing - masing
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
3 tbsp tepung jagung
3 tbsp minyak ( Diana guna minyak zaitun )
1 tbsp gula
1/2 tsp garam
1 tsp baking powder
1/4 tsp soda bikarbonat
Secubit serbuk kunyit 
Minyak untuk menggoreng

Cara²
  1. Satukan kesemua bahan kering ( tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, serbuk kunyit, garam serta gula ) dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air dan gaul sebati.
  3. Masukkan minyak dan gaul lagi hingga adunan sebati. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang mencukupi di dalam kuali dan celup pisang ke dalam adunan tepung. Goreng pisang hingga masak kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sedia untuk dihidang bersama sambal kicap atau ditabur dengan gula aising.





Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, November 27, 2012

~ Satay Ayam Goreng...


Assalamualaikum dan bertemu kembali di entri kali ini... Untuk entri ini Diana nak kongsikan resipi Satay Ayam Goreng... Tiada celoteh panjang yang hendak dikongsikan.. Kiranya entri ini hanya nak kongsikan resipi sahaja lah nampak gayanya kan.. :). Ok lah.. Terus sahaja kita tengok resipinya ya.. 






Bahan² 
4 keping peha ayam _ dibuang kulit dan tulangnya. Hiris nipis dan besar
3 tangkai daun kari _ dicincang
Lidi secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan² A 
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tbsp rempah kari _ ( Diana guna serbuk kari Ayam Brand )
1/2 tbsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk rempah 5
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tbsp gula atau secukup rasa
1 tsp garam
2 tbsp tepung jagung
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung ubi kayu
1 biji telur

Bahan² B ( Kisar Menggunakan Food Processor ) 
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai _ ambil bahagian yang putih sahaja
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas






Cara² 
  1. Campurkan ayam bersama bahan² A dan B. Gaul rata.
  2. Cucuk sekeping isi ayam dengan lidi. Ketepikan.
  3. Buat langkah No. 2 sehingga isi ayam habis.
  4. Kemudian perap selama 2 - 3 jam atau lebih.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng satay ayam hingga masak.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  7. Nikmati bersama Thai Hot & Sour Sauce atau sos kegemaran anda.


Untuk resipi Thai Hot & Sour Sauce anda boleh klik kat SINI.. Tapi untuk memudahkan lagi Diana C&P lagi resipinya kat entri ini ya...

Thai Hot & Sour Sauce...

:: Resipi Dari Buku ~ Yummy Sauces Made Easy  ( TQ )
:: Olahan dalam tulisan merah oleh Sky Blue's Kitchen

Bahan²
3 ulas bawang putih _ dicincang
5 ulas bawang merah _ dihiris
5 biji cili padi _ dihiris / dicincang
2 tbsp sos ikan
5 tbsp sos plum
3 tbsp sos cili _ ( Diana guna Sos Cili Thai Kimball )
1 tbsp gula _ ( Diana tidak bubuh )
3 tbsp jus limau nipis _ ( Diana guna jus limau kasturi  secukup rasa )
Daun sup / daun ketumbar yang dihiris _ ( Diana tambah )

Cara²
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Sedia untuk digunakan.

**  :: Sos ini sesuai untuk ~ 
  • Cicah semua jenis makanan yang bergoreng dan berkukus.
  • Dibuat salad untuk makanan laut seperti salad sotong mangga muda.





Baca Selanjutnya / Read More...

~ Thai Hot & Sour Sauce...


Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK yang disayangi lagi dikasihi... Apa khabar hari ini? Moga kita semua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik hendaknya.. Ermm... Beberapa hari ini banyak pula entri di SBK kan.. Heeheee... Ada makna tu... Apa maknanya? Urmmm...... Nanti baru beritahu ya... :) Sebelum tu apa kata kita tengok resipi sos yang Diana ambil dari buku Yummy Sauces made Easy... 



:: Resipi Dari Buku ~ Yummy Sauces Made Easy  ( TQ )
:: Olahan dalam tulisan merah oleh Sky Blue's Kitchen

Bahan²
3 ulas bawang putih _ dicincang
5 ulas bawang merah _ dihiris
5 biji cili padi _ dihiris / dicincang
2 tbsp sos ikan
5 tbsp sos plum
3 tbsp sos cili _ ( Diana guna Sos Cili Thai Kimball )
1 tbsp gula _ ( Diana tidak bubuh )
3 tbsp jus limau nipis _ ( Diana guna jus limau kasturi  secukup rasa )
Daun sup / daun ketumbar yang dihiris _ ( Diana tambah )

Cara²
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Sedia untuk digunakan.

**  :: Sos ini sesuai untuk ~ 
  • Cicah semua jenis makanan yang bergoreng dan berkukus.
  • Dibuat salad untuk makanan laut seperti salad sotong mangga muda.



::  Diana gabungkan sos ini dengan Satay Ayam Goreng  ::


Ermmm... Nak tau kenapa rajin pula Diana update SBK beberapa hari ini? Sebenarnya Diana nak habiskan semua entri tertangguh selama ini... Lepas selesai semuanya dikongsikan bersama.. Mungkin SBK akan sunyi semula... Pernah dulu Diana beritahu nak berhenti berblogging kan... Lepas tu tak jadi nak stop terus... Tapi oleh kerana Diana ada sedikit urusan jadi kemungkinan besar aktiviti SBK ini terpaksa diperlahankan atau..... Mungkin Diana kena juga stop terus.. Tak tau lagi.. Tengok lah nanti kan macam mana keadaannya.. Jika SBK sunyi sepi agak lama maknanya Diana berhenti la tu berblogging.. Tapi untuk minggu ini memang belum lagi.. SBK masih lagi ada entri terbaru ya... InsyaAllah.. Sampai jumpa lagi...





Baca Selanjutnya / Read More...

Monday, November 26, 2012

~ Marbled Caramel Chocolate Slices...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ermm... Bila tengok gambar tu pasti ada yang dah tau ini entri tertangguh kan? Heheeee... Diana buat pada 13 hb Nov tu.. Adeeh.. baru hari ini berkesempatan nak kongsikan resipinya bersama kan.. :)

::  Ini gambar yang Diana kongsikan di FB tempoh hari  ::



Resipi ini dah 2 kali dah Diana buat.. Pertama kali buatnya Diana tebalkan lapisan coklatnya tu.. Kali kedua pula Diana buat seperti dalam resipi tu.. Kalau bagi orang yang amat meminati coklat dan caramel.. Sudah pasti suka kan coklat tebal².. ;)


::  Yang ini pula buat kali kedua.. Buat seperti resipi yang diberi  ::


Ermm... Jika orang seperti Diana yang kurang sedikit dengan coklat dan yang manis² ini... Diana lebih suka caramel nya tu dibuat 1/2 adunan... Tapi budak² memang suka makan mengikut resipinya tu.. Cuma tidak boleh selalu sebab terlalu manis... Apa² pun mari kita selongkar resipinya terlebih dahulu... 




:: Resipi Dari Buku ~  500 Cookies, Biscuits & Bakes ( TQ )

Bahan² Untuk Lapisan bawah ( Base )
250 gm tepung serbaguna
75 gm gula kastor
175 gm mentega

Bahan² Untuk Lapisan Tengah ( Caramel )
90 gm mentega
90 gm gula perang muda ( light brown sugar )
800 gm susu pekat 
1 tbsp golden syrup  _ ( Diana tambah )

Bahan² Untuk Lapisan Atas ( Topping )
90 gm plain ( semisweet ) chocolate / dark chocolate 
90 gm milk chocolate
50 gm white chocolate


::  Gambar A ~ Step by step dari resipi Coffee Streusel Slice sebab caranya sama sahaja ::


Cara²
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C dan oleskan sedikit mentega atau lapiskan loyang / tin swiss roll  berukuran 13 x 9 inci dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. :: Untuk lapisan bawah ~ Masukkan gula kastor bersama tepung serbaguna ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan mentega dan ramas adunan sehingga menjadi serbuk roti dan uli hinga menjadi doh.
  4. Tekan doh ke dalam loyang dengan kemas dan padat. Cucuk permukaannya dengan garfu ( rujuk pada Gambar A ).
  5. Bakar selama 20 minit atau hingga ianya masak. Keluarkan dari oven dan biarkan ianya sejuk. Ketepikan.
  6. :: Untuk lapisan tengah ( karamel ) ~  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga gula larut.
  7. Kemudian teruskan menggaul hingga ianya mendidih. Perlahankan sedikit api dan masak lagi selama 5 - 10 minit atau sehingga ianya menjadi pekat dan bertukar kepada warna karamel.
  8. Tutupkan api dan tuang di atas lapisan bawah tadi. Ratakan dan biarkan ianya sejuk. Ketepikan.
  9. :: Untuk Lapisan atas / topping ~  Cairkan setiap jenis coklat secara berasingan. Setelah itu, sudukan plain/dark, milk dan white chocolate di atas lapisan karamel. Kemudian lorekkan marbled effect di atasnya.
  10. Sejukkan sebelum dipotong.
** Sekiranya ianya diletakkan di dalam peti sejuk, pastikan keluarkan seketika sebelum menikmatinya.
** Marbled Caramel Chocolate Slices ini agak manis jadi boleh buat lapisan karamelnya 1/2 daripada adunan asal ya.









Baca Selanjutnya / Read More...

Saturday, November 24, 2012

~ Musim Buah²an Kembali Lagi...






Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... Entri kali ini pun tiada resipi hendak dikongsikan bersama.. Saja nak buat entri tentang buah rambutan... :). Sekarang ini musim buah-buahan dah tiba kan.. Sana sini boleh tengok pelbagai buah-buahan tempatan dijual.. Antaranya buah durian, mangga, rambutan dan banyak lagi.. Ermm.. Sejak kecil lagi Diana suka makan buah rambutan dan buah duku... Sekarang ini Diana hendak bercerita tentang buah rambutan.. Buah rambutan memang sedap.. Tapi jika isinya sukar hendak tanggal dari bijinya.. memang Diana tak suka makan.. Makan sebiji terus tak nak makan dah.. Hehehee... 




Ada sedikit info tentang buah rambutan ini.. Sumber dari Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak... Minta izin ya Diana C&P kat sini sebagai rujukan di masa akan datang... Terima kasih...

~ Rambutan...
Rambutan ( Nephelium lappaceum L ) adalah tanaman popular dan digemari rakyat di negara ini dan kebanyakan penduduk rantau Asia. Ia sejenis buah-buahan bermusim dan boleh ditanam sekeliling kediaman atau dusun. Di Malaysia, kawasan penanaman utama adalah di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Rambutan adalah buah-buahan yang berdaya maju untuk dieksport ke negara Timur Tengah dan Eropah.

Ciri-Ciri Pokok
Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20\m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek.  Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil.  Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu.  Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan.  Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm.  Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari. Isinya manis dan berjus, berukuran lebih kurang 2.5 cm panjang dan 1.5 cm lebar.

VARIETI-VARIETI RAMBUTAN
·         R134
Klon ini berasal dari Singapura dan didaftar pada bulan Mac 1946.  Buah besar dan berbentuk bujur.  Kulit berwarna merah tua, rambutnya sederhana panjang dan jarang.  Isinya tebal dan sederhana pejal, rasanya manis, lekang dan berjus.
 
·         R 156
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor.  Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek.  Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus.  
·         R 160
Rambutan ini digelar ' Khaw Tow Bak ' berasal dari Pulau Pinang dan didaftar pada 7 Jun 1970.  Saiz buah berbeza-beza daripada sederhana besar hingga besar.  Buah berbentuk bulat bujur.  Kulit berwarna merah.  Rambutnya kasar dan pendek.  Isinya tebal, lembut, manis dan berjus.  Lapisan selaput biji terikut sedikit pada isi.
 
·         R 162
Klon ini dipanggil ' Oh Heok ' berasal dari Pulau Pinang dan didaftarkan pada 17 Jun 1970.  Kulit buah berwarna kuning kemerahan.  Saiz buah besar, berbentuk bujur, berambut halus dan sederhana panjang.  Isinya tebal, lekang, pejal dan sederhana manis.  Lapisan biji terikut pada isi.
 
·         R 167
Dikenali dengan nama ' Chai Taw Cheng ' dan telah didaftarkan pada 17 Jun 1970.  Saiz buah sederhana besar, berkulit nipis dan berwarna merah kekuningan, rambutnya panjang dan berwarna hijau.  Isinya lekang, pejal dan rasanya manis.
 
·         R 168
Klon 'Che Embong' berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada 23 Julai 1970.  Saiz buah adalah sederhana panjang.  Kulit berwarna mrah kekuningan dan sederhana kasar.  Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.
 
·         R 170
Dikenali dengan nama ' Deli Cheng ' berasal dari Pulau Pinang dan telah didaftar pada 17 Jun 1970.  Mempunyai buah berwarna merah yang besar dan berbentuk bulat bujur.  Rambutnya sederhana panjang dan kasar.  Isinya lekang, tebal, pejal dan sederhana manis.  Lapisan selaput biji terikut sama dengan isi.
 
·         R 185
Terkenal dengan nama ' Lekang Nyior ' berasal dri Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 14 Februari 1980. Buahnya besar, berwarna merah dan berbentuk bulat bujur.  Isinya lekang, rasanya manis dan didapati kering sedikit.  Kulit biji tertanggal dan terikut bersama isi.
 
·         R 191
Terkenal dengan nama ' Rong Rien ' atau ' Anak Sekolah '.  Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981.  Saiz buah sederhana besar ( 40 gm/buah ), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah.  Isinya manis, lekang dan pejal.

Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 ( Muar Gading ), R162 ( Ong Heok ), R170 ( Deli Cheng ), R191 ( Anak Sekolah ) dan R193 ( Deli Baling ).  Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.

:: Nak tau lebih lanjut tentang buah rambutan? Klik kat sini ya  Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak ...



Baca Selanjutnya / Read More...

~ Percutian Ke Bangkok & Pattaya, Thailand 2...

::  Penjaja di bandar Bangkok  ::


Asalamualaikum dan bertemu kembali di entri tentang percutian kami di Thailand.. Cuma di entri kali ini hanya gambar sahaja yang hendak Diana kongsikan bersama ya.. Jom tengok sedikit gambar yang di ambil ketika kami berada di Thailand.. :)


::  Entah berapa kali kami terserempak dengan penjaja ni.. Hehehe.. Dia memang peramah  ::











::  Comel..... Hehehhee..  ::


::  Hotel tempat kami menginap di Bangkok  ::


::  Di kawasan ladang anggur  ::


::  Safari World  ::




















Itu sahaja gambar percutian di Thailand yang dapat di kongsi bersama dengan semua pengunjung SBK.. Sampai jumpa lagi di entri akan datang... Salam sayang dari SBK... 



Baca Selanjutnya / Read More...