Sunday, December 9, 2012

~ Sampai Kita Bertemu Lagi...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Apa khabar petang ini? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya... Alhamdulillah.. Sejak Diana beritahu hasrat hendak berhenti dari dunia blog hari itu.. Sampailah ke saat Diana menulis entri ini masih lagi tak berhenti² kan... Semua itu di atas sokongan dan harapan anda semua agar SBK tetap muncul dengan entri terbaru...



Mungkin ada yang dah bosan tengok entri tentang nak berhenti atau perlahankan SBK ini... Ya lah.. Entah berapa kali sudah Diana maklumkan tetapi kenyataannya SBK masih tetap dengan entri terbarunya eh... Urmmm... Untuk pengetahuan anda semua.. Entri kali ini memang tiada kata dua atau tiga... Ini lah hakikatnya... Entri ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2012... Bagaimana pula tahun baru nanti? Adakah entri baru akan muncul di SBK? InsyaAllah.. Jika masih diizinkan olehNya... :)




Di sepanjang penglibatan Diana di dalam dunia blog ini.. Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang Diana pelajari.. Juga erti persahabatan di alam maya yang begitu unik sekali.. Walaupun kita tidak pernah bersua muka.. bertentang mata... berbual bicara... Namun Diana rasakan kita semua seperti dah bertemu dan sangat dekat di dalam hati Diana.. Satu pengalaman hidup yang tersangat istimewa bagi Diana.. Terima kasih Diana rakamkan buat semua kerana sentiasa memberi sokongan kepada Diana @ SBK... Walaupun sekiranya SBK terpaksa di tutup nanti... Namun anda semua tetap dekat di hati Diana... Apa alasan Diana berhenti berblogging itu biarlah ianya terpahat di dalam diri Diana sendiri.. Atau mungkin ada yang dah tahu mengenainya kan.. Hehehheee... ;).

Terima kasih juga buat Majalah Aroma dan Majalah Fotografika yang pernah melamar SBK dulu.. Satu penghargaan buat SBK sebagai blog baru ini.. Terima kasih di atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan.. Dan Diana ingin mohon ampun dan maaf kepada beberapa lagi pihak yang telah menawarkan agar beberapa resipi di SBK ini dimuatkan di dalam majalah atau akhbar... termasuk juga sekali lagi dari Majalah Aroma... Diana terpaksa menolak disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.. Harap maaf dan diharap pihak berkenaan tidak berkecil hati ya.. Terima kasih sekali lagi dari Diana..




Baiklah... Untuk resipi terakhir tahun 2012 ini... SBK sekali lagi ingin berkongsikan resipi Kevin Chai.. Resipi yang Diana ambil dari Buku " TARTS My Heart " by Kevin Chai... Di dalam buku ini terdapat pelbagai resipi tarts yang sangat menarik... Kali ini Diana buat ikut resipi Delicious Strawberry Tarts... Tapi untuk filling nya Diana telah tukar mengikut permintaan anak².. Namun Diana salin juga resipi asal di sini ya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya.. TQ.. Jom tengok resipinya... 


:: Resipi Asal ~ Delicious Strawberry Tarts
:: Resipi Oleh ~ Kevin Chai dari Buku " TARTS My Heart "  ( TQ )


Tart Crust
130 gm flour
20 gm digestive biscuits ( crushed ) _ kadang-kadang jika tiada dalam stock, Diana gantikan kepada biskut Marie
40 gm caster sugar
100 gm butter
30 gm beaten egg

Custard Filling
150 gm instant custard powder
350 ml milk
1/2 tsp strawberry emulco

Garnishing
20 strawberries ( Sliced )
Chocolate slices
2 tbsp sun flower seeds ( chopped )

Method
  1. :: To make tart crust ~ Combine flour, digestive biscuits and caster sugar, rub in butter.
  2. Add in beaten egg, knead to forms dough. Refrigerate for a while.
  3. Press dough into tart cases. Trim off edge. Bake in preheated oven at 180°C for 20 - 25 minutes.
  4. :: To make custard filling ~ Stir instant custard powder with milk and strawberry emulco until well blended. Pipe into tart cases.
  5. Decorate tarts with strawberry slices and chocolate slices. Sprinkle with chopped sun flower seeds.

~ Walnut Crumble Tarts... 

Ok untuk gambar² yang anda tengok ini pula.. Diana telah olahnya kepada Walnut Crumble Tarts.. Untuk Tart Crust nya Diana guna resipi dari Kevin Chai di atas.. Dan Diana gabungkan dengan Walnut Crumble olahan Diana.. 


::  Diana buat 2x ganda adunan filling ini  ::

Cara²

  1. Walnuts dicincang sederhana halus.
  2. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan ramas hingga bahan sebati.
  3. Kemudian sudukan ke dalam tart curst yang telah di tekan ke dalam acuan tart. Aturkan beberapa walnuts di atasnya.
  4. Bakar selama 20 - 25 minit ( api atas dan bawah ) bergantung kepada saiz tarts, di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C.
  5. Kemudian turunkan suhu oven kepada 160°C dan bakar selama 5 -7 minit atau hingga tarts masak (api bawah sahaja ) bergantung kepada saiz tart dan suhu oven masing².
  6. Keluarkan dari oven dan sedia untuk dinikmati.


::  Ermmm... Walnut Crumble Tarts yang Diana buat ini tidak secantik orang lain buat pun.. Huhuu... :D  ::







Baca Selanjutnya / Read More...

~ Mee Udang Goreng ( Round Noodle )...



Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua pengunjung SBK... Semalam hujan lebat namun pagi ini amat indah suasana di pagi hari.. Terasa nyaman saja tengok suasana pagi hari ini... Alhamdulillah... Syukur kepadaNya diberi kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam ini kan.. Baiklah pagi ini Diana hanya hendak kongsikan resipi mee cap udang goreng yang senang namun menjadi kegemaran anak² Diana.. Mereka suka makan Mee Cap Udang dari Kilang Mee Ban Soon S/B ini.. Kali ini Diana guna round noodle.. Yang dulu Diana guna medium size kan.. Ada juga yang large size.. Itu terpulanglah pada citarasa masing².. 



Bahan² 
2 bungkus kecil round noodle / Mee Cap Udang dari Kilang Mee Ban Soon S/B _  direndam hingga lembut dan toskan. Jangan guna air panas.
Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih _ dihiris
2 ulas bawang merah _ dihiris
1 biji bawang besar bersaiz kecil _ dibelah dua dan dihiris
1 tsp serbuk cili
3 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis
Sedikit air jika perlu

Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan serbuk cili. Tumis seketika.
  3. Masukkan sos cili dan sedikit gula. Tumis hingga sedikit garing.
  4. Masukkan perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  5. Setelah itu masukkan mee dan gaul rata.
  6. Jika perlu tambahkan sedikit air ( Diana tidak bubuh ). Goreng mee hingga garing.
  7. Angkat dan hidang.






Baca Selanjutnya / Read More...

Saturday, December 8, 2012

~ Bubur Durian Dengan Nasi...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Selamat berhujung minggu kepada anda semua... Pasti ada yang merancang bersiar² bersama keluarga kan.. Pasti seronok ya.. Baiklah entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Bubur Durian Dengan Nasi... Kalau sebelah sini, memang dah menjadi kebiasaan campur bubur durian atau jagung dengan nasi.. Memang sedap.. Tapi lain orang lain citarasanya kan... ;)




Resipinya senang sahaja... Pasti ramai yang sudah tahu memasak bubur durian kan.. Tapi Diana kongsikan juga di SBK untuk rujukan di masa akan datang.. Jom semak resipinya..




Bahan² 
16 ulas isi durian _ ( Jangan asingkan isi dari bijinya )
500 ml santan pekat _ ( Diana guna santan segera dalam kotak Ayam Brand ) 
2 3/4 cawan air
2 tsp garam
Gula pasir secukup rasa
Daun pandan jika suka _ Dicarik dan disimpul ( Diana tidak bubuh )

Bahan² A
1/2 cawan beras wangi _ ( Cuci dan toskan )
Air secukup kegunaan

Cara²
  1. Masukkan beras ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga beras kembang dan pecah ( seperti memasak bubur nasi ).
  2. Kemudian masukkan 2 3/4 cawan air, daun pandan, isi durian, santan, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul hingga gula larut dan biarkan ianya mendidih.
  4. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  5. Boleh dihidang ketika ianya masih panas atau disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk. 
  6. Boleh juga disimpan di dalam tempat beku. Biarkan ianya separuh beku kemudian barulah dinikmati.







Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, December 7, 2012

~ Menerima Tempahan...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Ermmmmmmm.... Apa eh nak dibicarakan? Hehehee... Nanti lah dulu kan... Kita cuci mata dulu dengan gambar² di bawah ini ya... ;)






Pavlova... Ianya dessert yang agak manis namun ramai yang suka makan Pavlova ini... Pavlova 2 layer bersaiz 6 inci ini memang sedap tau... Pelbagai saiz Pavlova yang dijual.. Dari bersaiz 10 inci - 2.7 inci.. Memang berbaloi menempahnya.. Sedap...:)








::  Mini Pavlova  ::




Tidak mahu Pavlova yang 2 layer? Jangan risau... Pavlova 1 layer pun ada dijual.. Yang itu terpulanglah kepada citarasa masing² ya... Selain itu Oreo Chocolate juga ada dijual tau.. Jom tengok gambar² Oreo Chocolate pula... 







Oreo Chocolate ini pula memang kesukaan kanak².. Tambahan lagi ianya dihiasi dengan gambar kartun.. Hendak letak gambar sendiri pun boleh juga.. Hendak di buat corak bunga ( Oreo Chocolate Flower ) pun boleh.. Ianya sesuai untuk dijadikan door gift untuk majlis perkahwinan mahupun majlis hari lahir... Atau pun apa² majlis yang anda inginkan...







Ok dah tengok kesemua gambar di atas.. Baru kita bercerita pula tentang macam mana hendak membuat tempahan ya.. Hehehee... Sebenarnya bukan Diana @ SBK yang menerima tempahan tau... :). Diana pun tempah semua ini... Hehehee... Diana tempah dari Chocoladenz's Chocs & Dessert .. Terima kasih kepada Chocoladenz's Chocs & Dessert kerana  sudi menerima tempahan dari akak ya.. Thanks Emma... Pavlova dan Oreo Chocolate ini memang sedaaap... :).. 



Nampak tak Oreo Chocolate Flower tu... Terlupa pula ambil gambarnya.. Tapi boleh nampak kan...  Ada pelbagai dessert lagi yang dijual.. Chocoladenz's Chocs & Dessert ini sedia menerima tempahan untuk homemade coklat dan pelbagai dessert seperti Pavlova, Tartlet , Banoffee Pie & Cheesecake untuk warga Labuan khasnya, sekitar Borneo termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.. Selain itu, kenalah tanya sendiri di Chocoladenz's Chocs & Dessert ya... Hehee...  Jika berminat... Anda boleh hubungi di Facebook ~ Chocoladenz's Chocs & Dessert... Blog mereka pun ada.. tapi Diana tidak dapat buka hari ini.. InsyaAllah nanti kalau Diana dapat buka baru Diana link kan blognya ya... 




* * * * * * * * * * *










































                       

Baca Selanjutnya / Read More...

Thursday, December 6, 2012

~ Ayam Panggang...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Ok lah tiada cerita yang hendak dikongsi hari ini... Hanya hendak kongsikan resipi Ayam Panggang ini sahaja... Apa kata terus sahaja kita bercerita tentang resipi hari ini ya.. :)



Diana panggang ayam ini menggunakan Happy Grill Pan dari Amway.. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang Happy Grill Pan ini boleh klik kat SINI.. Atau kat SINI.. Seperti biasa.. Sekali lagi pastinya Happy Grill Pan ini merupakan pemberian dari Father In Law.. Terima kasih Father In Law.. Kesemua barangan Amway yang ada di rumah Diana semuanya pemberian Father In Law.. Hehhee... Sayang Father In Law..^___^




Bahan²
4 keping peha ayam _ ( dicucuk dengan garfu atau dikelar sedikit )

Bahan² Kisar Halus
10 ulas bawang merah
1 bulb bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
7 biji cili padi _ ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Sedikit gula melaka 

Bahan² A
1 tbsp madu
1 1/2 tbsp serbuk kari ayam dan daging Baba's
1/2 tbsp serbuk cili
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tsp serbuk jintan manis
1 tsp serbuk jintan putih
1 tsp serbuk rempah 5
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Garam secukup rasa
Gula jika perlu
Sedikit minyak zaitun jika suka

Cara²
  1. Ayam digaul bersama bahan yang dikisar halus dan bahan-bahan A. Saluti seluruh ayam dan sumbatkan juga bahan perapan di bawah kulit ayam.
  2. Perap sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih elok diperap semalaman.
  3. Panggang ayam menggunakan Grill Pan hingga masak.
  4. Angkat dan potong kecil-kecil sebelum dihidang.
  5. Sementara itu jangan buang lebihan bahan perapan tadi. Tumis bahan perapan tadi hingga pecah minyak dan sedikit garing. 
  6. Hidang bersama ayam panggang, sos kicap dan nasi putih panas.




~ Sos Kicap...

Bahan² Sos
Sos cili thai kimball
Jus limau kasturi
Kicap pekat manis Cap Ayam
Cili merah _ dicincang
Daun sup _ dicincang

Cara
²
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan sos dan gaul hingga sebati.
  2. Sedia untuk dihidang bersama ayam panggang.




::  Jika tidak ada Grill Pan, boleh juga bakar ayam ini di dalam oven  ::





Baca Selanjutnya / Read More...

Wednesday, December 5, 2012

~ Kek Durian...


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Kelmarin pagi sempat juga buat Kek Durian.. Kek Durian ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga.. Bubuh isi durian banyak².. Hehehhee.. Memang best makan tu.. :)





Untuk isi duriannya pula Diana guna durian yang isinya berwarna putih.. Yang itu terpulanglah kepada selera masing² ya.. Untuk sponge cake Diana ikut resipi dari Bake With Kevin Chai.. Cuma untuk kek durian yang Diana buat ini.. Diana gandakan sukatan resipi asalnya.. Untuk resipi Sponge Cake tengok kat bawah ini ya..

~ Sponge Cake by Kevin Chai  ( TQ )

Ingredients
180 gm sponge mix
45 ml water
3 eggs
1 tsp vanilla essence
45 gm butter ( melted )

Method 
  1. Preheat oven to 180°C, line bottom of a 18 cm ( 7-inch ) cake tin with greaseproof paper.
  2. Beat sponge mix, water and eggs in a mixer with hight speed until light and fluffy ( about 6 - 7 minutes ). 
  3. Turn to low speed, mix in essence and fold in melted butter until well blended.
  4. Spread batter into prepared tin with lined greaseproof paper.
  5. Bake for 30 minutes or until cooked. Remove from oven and cool completely. Ready to use.


~ Kek Durian...

Bahan² Untuk Kek
360 gm sponge mix / tepung optima
90 ml air
6 biji telur
2 tsp esen vanilla
90 gm mentega ( dicairkan )

Cara²
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C dan sediakan 3 atau 4 loyang  bersaiz 7.5 inci. Alas loyang dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul tepung optima bersama air dan telur sehingga ringan dan gebu menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi selama lebih kurang 6 - 7 minit.
  3. Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan esen vanilla dan pukul rata.
  4. Masukkan mentega cair dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
  5. Bahagikan adunan kek kepada 3 atau 4 bahagian. Masukkan setiap satu bahagian ke dalam loyang. ( Jika hanya mempunyai satu sahaja loyang, masukkan adunan secara bergilir-gilir ).
  6. Bakar sehingga kek masak dan keluarkan dari oven.
  7. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihias dengan krim.




~ Krim Durian...

Bahan²
250 gm fresh cream _ ( dipukul hingga kembang dan gebu )
600 gm isi durian yang telah diasingkan dari bijinya_ ( dikisar menggunakan food processor )

Cara²
  1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata menggunakan spatula.
  2. Sedia untuk digunakan.




:: Cara Melapis Kek

  1. Ambil sekeping kek span dan sapu di atasnya dengan krim durian dan ratakan.
  2. Kemudian lapis lagi di atasnya dengan sekeping kek span.
  3. Buat langkah No. 1 hingga kesemua kek habis digunakan.
  4. Setelah itu sapukan nipis krim durian di sekeliling kek.
  5. Akhir sekali sapukan di sekeliling kek dengan fresh cream. Hias mengikut citarasa masing-masing.



:: Note ~ Untuk sesiapa yang tinggal di W.P.Labuan... Sebab ada pertanyaan mengenai di mana hendak mendapatkan fresh cream  Non-Dairy Whipping Cream / Krim Putar Bukan Tenusu ) di sini.. Biasanya Diana beli di Bataras dan Labuan Supermarket.. Cuba cari di bahagian tempat beku / freezer ( berhampiran dengan penyimpanan ais krim ), bukan di bahagian peti ais penyimpanan minuman kotak atau berhampiran dengan buah²an tu ya.. Kalau yang dekat sana itu bukan fresah cream.. Itu Dairy Whipping Cream / Thick Cream / Double Cream...Ianya tidak sesuai untuk topping kek.. Kelmarin masih ada stock di Labuan Supermarket.. Tapi hari ini tidak pasti lah kan.. Cuba tengok di Milimewah dan Utama jaya juga.. Diana harap anda dapat jumpa ya.. Sebab kekadang tu memang susah juga hendak mencarinya di Labuan kan.. 






Baca Selanjutnya / Read More...

Monday, December 3, 2012

~ Apam Balik Rangup...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Malam ini Diana nak kongsikan resipi Apam Balik Rangup yang Diana buat petang tadi... Alhamdulillah menjadi walaupun tak secantik mana pun Apam Balik yang Diana buat ini... Hehehee.. Mulanya risau juga sebab inilah pertama kalinya Diana buat Apam Balik.. Biasanya kalau nak makan pergi beli sahaja... Nasib baik menjadikan... ;). Cuma terlebih tebal pula Apam Balik yang Diana buat tu.. Tapi tidak apa lah kan.. Lain kali cuba lagi buat nipis²...




Resipinya Diana ambil dari dapur Mamasya.. Terima kasih buat Mamasya dan tuan punya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih... Muahsss ❤ 

:: Sumber Dari ~ Mamasya @ Dapur Mamasya  ( TQ )

Ingredients
170 gm all purpose flour 
100 gm rice flour 
30 gm cornstarch 
2 tsp double action baking powder
1/2 tsp baking soda 
1/2 tsp salt 
2 large eggs 
1 tsp vanilla essence 
6 - 7 ozs water 
150 gm fine granulated sugar 

Filling
120 g melted butter- letak sikit setiap keping, tak letak pun tak apa 
150 gm fine granulated sugar - letak sikit je sebab adunan dah manis 
1 cup chopped roasted peanuts 

Diana pula bubuh mentega, gula, biji gajus panggang cincang, kacang pistachio cincang dan  sweet corn cream style.

Method
  1. Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours (  I left it overnight ).
  2. Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly ( just hot enough for batter to stick to pan ).
  3. Pour in a 4 oz ladle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake. 
  4. Cook till the bottom of pancake is golden brown. 
  5. Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts. 
  6. Fold the pancake into a half and leave to cool ( it will be crispy as soon as it gets cold ). 


Baca Selanjutnya / Read More...