Friday, January 11, 2013

~ HONEY PRAWNS...

Sheery Dream Cakes | 9:15 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 
Dalam entri kali ini tiada apa yang hendak diceritakan.. Hanya mahu berkongsikan resipi Honey Prawns.. Udang ini boleh juga dimakan bersama sos cili jika tidak mahu bubuh madu.. Anak-anak Diana suka makan udang ini tanpa madu.. Hanya cicah sos cili sahaja.. Itu terpulanglah pada citarasa masing-masing ya.. Baiklah.. Apa kata kita semak resipi dari Buku Masakan Prawns, 50 fabulous recipes ini yang di dalam Bahasa English.. Tetapi Diana terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan cara penyampaian Diana sendiri ya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini.. TQ..


:: Resipi Dari Buku Masakan ~ Prawns, 50 fabulous recipes  ( TQ )
:: Terjemahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

Bahan-Bahan

  • 16 ekor udang bersaiz besar _ Buang kulit dan urat belakangnya
  • Tepung jagung secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Garam _ ( Diana tambah )
  • Sedikit minyak bijan _ ( Diana tambah )

Bahan-Bahan A
  • 3 biji putih telur 
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp minyak masak 
  • 1/4 cawan ( 90 gm ) madu
  • 2 tbsp biji bijan panggang
  • Sedikit garam


Cara-Cara
  1. Perap udang bersama sedikit minyak bijan dan garam selama 10 minit ( cara ini Diana yang tambah. Tiada dalam buku ). 
  2. Setelah itu, pegang ekor udang dan saluti dengan tepung jagung. Goyangkan udang perlahan bagi membuang lebihan tepung pada udang. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali ( 180°C ) dan sementara itu pukul putih telur hingga kembang.
  4. Masukkan 2 tbsp tepung jagung bersama sedikit garam dan pukul hingga sebati dan licin.
  5. Pegang ekor udang dan celup ke dalam adunan tepung dan putih telur tadi.
  6. Kemudian goreng udang hingga udang masak. Angkat dan toskan.
  7. :: Untuk sosnya ~ Panaskan 2 tbsp minyak di dalam kuali / periuk. Masukkan madu dan masak di atas api sederhana selama 2 - 3 minit atau sehingga mendidih. Tutupkan api dan tuang di atas udang goreng yang telah disusun di atas pinggan.
  8. Taburkan di atasnya dengan biji bijan panggang dan hidang segera bersama nasi putih panas / nasi kukus.
  9. Udang goreng ini juga boleh dimakan tanpa sos madu dan dimakan bersama sos cili.




0 comments: