Monday, January 14, 2013

~ Snow Cheesecake...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pagi ini kurang sihat sedikit... Kepala sakit dan berdenyut-denyut rasanya sekarang ini.. Tapi tidak apa.. Diana buat 1 entri juga pagi ini ya..  Ok lah.. tidak mahu banyak membebel di kala kepala sakit ini.. Terus sahaja kita tengok resipi Snow Cheesecake yang sedap ini.. Terima kasih buat tuan punya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini dan terima kasih juga kepada yang mengetengahkan resipi ini ya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula.. Terima kasih.. Muahsss  



:: Resipi Oleh ~ Sheery mz @ MyR  ( TQ )
:: Sumber & cnp Dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

Bahan²

6 biji telur ayam _ ( buang 2 putihnya )
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour ( Diana pun guna self raising flour )
60 gram tepung jagung _ ( maizena )
50 gram air sejuk _ ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder _ tak letak
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega _ ( dicairkan )
izah tambah esen vanilla _ Diana pun tambah esen vanilla

Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis _ izah letak sekadar manis pada selera ( Diana buah seperti izah )

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )

Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.




Cara²
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  5. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
  6. ** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
  7. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
  8. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  9. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  10. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  11. Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.







14 comments:

sury@25february said... Reply

Salam diana...x sihatnrest dulu lh ye..jgn lupe kmn ubt...kite pun dh buat kek ni...tapi x sempat nk tyang lagi...mmmg sedap...mkin sedap kalu dh bemlm......:-)

Ida Firdausi said... Reply

nyum..nyum... dappnyer. aritu kite ade buat gak, tapi guna tepung Optima. pastu tengah tu kita layer ngan blueberry filling. ubahsuai ikut citarasa tekak kite.. next time nak buat ikut resepi ni pulak. thanks for sharing!

mori said said... Reply

Hi Diana... Pepagi dah nampak kek... sedappnya...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

dah masuk dlm list kek ni.. harap2 sempat buat bawa ke asrama anak nnt...

umi's cup cake said... Reply

Rajinnya diana ni..bila la umi nak jd mcm diana?

❤Kamsiah❤ said... Reply

walaupun akak bkn pengemar kek..tp suka sgt tgk kek yg menjadi dan gebu mcm ni...

Kak Nita said... Reply

nampak gebusssss sangatttt.....teringin gitu!

Juju said... Reply

Assalam,
Saya suka melihat resepi pada blog diana. Resepi senang diikuti dan gambar makanan yang sangat cantik.

faa.rosli said... Reply

wow..gebuss gebuss..

MamaFaMi said... Reply

Salaam Diana...
Sampaiiii hati goda goda mama dengan snow cheese yang mabeles ni. Sekarang ni semangat ke dapur merundum. Semangat membaca yang menyerang. Maka, akan mama bayang-bayangkan ajelah kesedapan kek ini ye....

Nooriah Abdullah said... Reply

salam Diana,aduh tinggi nya cheese cake ni bekenan sesangat boleh buat kek busday ni kan mesti nak try jugak ni..

Mamasya said... Reply

Aslmkum Diana
mmg sedap kek salji ni....kombinasa cheeddar cheeese dg cheese tu yg buat sedapkan.
moga Diana cepat sihat.

Deanna Aris said... Reply

nyummy!
nice blog. Follow me back if u dont mind :)

Mas said... Reply

antara kek yg awesome...
cantikkk sangat kek akak tu...