Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu… Buat masa sekarang ni Diana agak sibuk sedikit.. Blog pun sudah lama tidak berupdate… Hari ni ada sedikit kelapangan.. Alhamdulillah dapat juga bertanyakan khabar anda semua… Rindunya kat semua orang...
Diana percaya masih ramai yang membuat jamuan hari raya di rumah masing-masing kan… Cuma mungkin hanya dibuat ketika cuti hujung minggu sahaja… Begitu juga di sini :).. Masih lagi ada jemputan rumah terbuka di hujung minggu…
Baiklah… Tiada resipi yang hendak Dikongsikan bersama… Cuma jom kita cuci mata dengan salah satu desserts yang disediakan pada 13 Syawal tempoh hari… Mini Red Velvet with Strawberry cream cheese frosting yang dibuat oleh anak perempuan Diana ni… Tahun ini tugasan penyediaan desserts rumah terbuka telah diambil alih oleh dia… Bolehlah mummy dia ni rehat sikit kan… Alhamdulillah… Dah besar dah anak mummy…. TQ sayang… ;)
Jika hendak rujuk resipi Red Velvet Cake boleh klik DI SINI ya.....
Jika hendak rujuk resipi Red Velvet Cake boleh klik DI SINI ya.....
Sampai di sini saja buat kali ini… Jumpa lagi di entri akan datang… InsyaAllah….
3 comments:
Bagusnya anak dan mummy sama2 pandai dan minat masak..
sedapnye nampak kek tu..untungnya Diana coz dah ade assistant boleh tolong..:)
Selamat hari raya kak! Saya pun dah lama x jenguk blog akak.. kekadang rindu nak tengok seni akak.. Untung la ada pembantu! hehe..
Post a Comment