Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

~ Nasi Komok ( Khao Mok Gai )...

Sheery Dream Cakes | 10:49 AM | | | 19 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Nasi Komok ni memang dah ramai yang mencubanya kan. Tertarik dengan resipi ni, Diana masak untuk seisi keluarga tempoh hari. Sedap dan terima kasih kepada tuan empunya resipi dan semua yang telah mengetengahkan resipi yang sedaaap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Ada sedikit bahan yang Diana tambah.. Halal yer.. Terima kasih.. 


:: Resipi Asal ~ Azian @ Azian Collections  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Ayu @ Curlybabe's SatisfactionAlong @ HomeKreationTun @ Life is a constant battleHaSue @ I Love My LifeAnna @ Anna QawinaSiti Aisya @ Aisya Khuzaimah dan semua yang pernah mengetengahkannya  ( TQ )



NASI KOMOK ( KHAO MOK GAI )

Bahan-Bahan Rempah Komok
  • 2 tsp serbuk kari ayam / daging _ ( Diana guna rempah daging Baba's )
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula

Bahan-Bahan
  • 5 cawan beras basmathi
  • 4 sudu minyak sapi _ ( Diana guna 4 tbsp minyak zaitun )
  • 4 - 5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih*
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2 - 3 sudu rempah komok _ ( Rujuk bahan Rempah Komok di atas. Diana bubuh kesemuanya )
  • 200 ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Rempah penumis ~ 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih
  • Bawang goreng

Bahan-Bahan yang Diana Tambah
1 kiub pati ayam Maggi
Biji gajus goreng
Kismis 

( Hiris benda bertanda)


Cara -Cara
  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja )
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Hiris nipis bahan bertanda *
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi / minyak zaitun hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Diana lumur ayam dengan serbuk cili, halia tumbuk, garam, sedikit asam jawa, sos manis ABC dan tepung jagung ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  9. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
  11. ** Cara Diana pula ~ Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan 6 cawan kuah, susu cair, garam secukup rasa serta kuib ayam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Setelah petunjuk masa kat periuk nasi menunjukkan 4 minit lagi nasi hendak masak, masukkan biji gajus goreng dan kismis. Tutup penutup periuk semula dan biarkan nasi masak. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan. Sedia untuk dihidang.

Bahan-Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* _ ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan )
  • 6 biji cili merah*
  • Segenggam cili padi*_ ( Ayu tambah ) 
  • 4 ulas bawang merah_ ( Ayu tambah )
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula, garam ,cuka _ secukup rasa

Cara-Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi komok.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, April 8, 2012

~ Nasi Impit Goreng Udang...

Sheery Dream Cakes | 5:56 PM | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum kita berbicara tentang resipi.. Diana nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua singgah di blog Diana ni walaupun tuan rumahnya tiada beberapa hari ni.. Juga ampun dan maaf dari Diana kerana belum sempat membalas komen dan BW.. Buat masa beberapa hari ni Diana hanya sempat singgah sekejap tanpa meninggalkan komen sebab masa terluang Diana online hanya sebelah malam.. Sebelah siang pula Diana hanya ada masa sedikit sebelah pagi.. selebihnya tu ada kerja yang menanti untuk d isiapkan.. Agak sibuk sedikit masa ni.. Namun bila masa Diana online sebelah malam.. Pasti hujan lebat dan guruh serta kilat sambung menyambung menemani.. Tak berani nak online lelama masa tu.. Sekarang ni pun guruh dah mula berbunyi.. Harap dapat selesaikan entri ni nanti.


Kali ni Diana nak kongsikan resipi ulang tayang... Hari tu masa singgah kat dapur Izah.. Diana terliur tengok Nasi Impit Goreng yang izah masak tu... Memang dah lama Diana tak buat Nasi Impit Goreng walaupun ada permintaan dari ahli keluarga Diana.. Bukannya apa... Sebenarnya tak berapa rajin nak buat nasi impit tu.. Ermm.. Tak buat sendiri nasi impit tu.. Hanya beli ketupat segera tu.. Heheheh.. Namun kerajinan tu tak dapat mengatasi penyakit M tu... :D. Akhirnya bila Izah tayang Nasi Impit Goreng kat dapur dia.. Barulah datang seru nak buatnya.. Cuma Diana buat ikut resipi Diana yang ada bubuh lobak asin tu.. Jom selongkar resipinya...



NASI IMPIT GORENG UDANG

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi ( 2 bungkus kecil )
  • 8 ekor udang bersaiz besar _ dikupas dan tinggalkan ekornya
  • 150 gm lobak asin ( preserved salted radish )
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
  • Sedikit taugeh
  • 2 biji cili merah _ dihiris
  • 5 biji telur
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya untuk merebus

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tsp sos ikan
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  4. Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
  5. Setelah itu masukkan bahan-bahan A dan gaul rata.
  6. Pecahkan telur satu persatu dan gaul rata.
  7. Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil-kecil dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
  9. Angkat dan hidang.

::  Kalau nak tengok versi lepas boleh klik kat    SINI  ::




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, December 5, 2011

~ Resipi Ayam Pulut Kukus...

Sheery Dream Cakes | 6:48 PM | | 12 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali  d entri kali ni bersama menu ayam lagi.. Hehehhe... Asyik² tayang menu ayam kan.. Ish Ish Isshhh!!... Sabar jer ler kan :D.. Tapi tak apa ler yer.. Walaupun masih dengan menu ayam.. Namun resipinya lain²  ;). Kali ni Diana nak kongsikan resipi Ayam Pulut Kukus .. Ada cerita d sebalik terciptanya resipi ni dulu... 

Semasa d awal usia kandungan anak Diana yang ke dua.. Diana mengidam nak makan pulut kukus ala² Chang Ayam ( Rice Dumpling )... Nak buat memang tak larat masa tu sebab masa mengandung memang Diana sering loya.. Memang banyak kerja kena d buat kalau nak buat Chang tu.. nak cari daun lagi.. bersihkan daun lagi... Sepanjang mengandungkan tu siang malam memang tak senang duduk d buatnya sampaikan usia kandungan dah 9 bulan pun masih lagi muntah².. Tapi masa usia kandungan 6 bulan memang Diana buat Chang Ayam tu sekali.. Diana teringin nak makan sangat... Setiap kali Diana mengandung.. Tiada istilah malas atau tak suka memasak... Bertambah rajin pula ke dapur.. Hehhehee... Maka tercipta ler Ayam Pulut Kukus ni... Apa kata terus jer kita selongkar rersipinya..


::  Ni antara bahan yang d perlukan  ::


::  Pertama sekali halia dan bawang putih d tumis hingga garing bersama minyak bijan.. Kemudian masukkan cendawan dan goreng seketika.. Masukkan ayam dan gaul rata.. Masak 1 - 2 minit..  ::



::  Setelah itu masukkan bhn² A dan biar sehingga ayam suku masak.. Masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata. ::



::  Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana guna pengukus elektrik ).. Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.  ::





AYAM PULUT KUKUS

Bahan-Bahan
  • 1 keping peha ayam _ dipotong kecil
  • 1 cawan beras pulut _ dicuci dan toskan
  • 2 keping cendawan shitake kering _ direndam dalam air panas dan dihiris nipis
  • 1 keping black fungus kering / cendawan telinga kera _ direndam dalam air panas dan dihiris halus
  • 2 inci halia _ dibersihkan dan ditumbuk kasar bersama kulitnya.
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit Garam


Bahan-bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • 3 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/3 cawan air


Cara-Cara
  1. Gaul ayam bersama secubit garam dan serbuk lada putih. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan di dalam kuali dan tumis bawang putih bersama halia hingga garing.
  3. Masukkan kedua-dua jenis cendawan dan goreng seketika.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Goreng 1-2 minit.
  5. Tambahkan bahan-bahan A dan biar sehingga ayam suku masak.
  6. Kecilkan api dan masukkan beras pulut dan goreng 1 minit.. Tambahkan air dan gaul rata.
  7. Pindahkan  ke dalam mangkuk tembikar atau bekas yang sesuai ( Diana kukus selama 45 minit menggunakan pengukus elektrik ).
  8. Boleh kukus menggunakan dapur biasa ( lamanya mengukus bergantung kepada kekuatan api tersebut )..  Kukus sehingga masak.. Hidang ketika ianya masih panas.









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, September 7, 2011

~ Resipi Nasi Halia...

Sheery Dream Cakes | 5:26 PM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Nasi Halia... Pernah makan kan? Cara penyediaannya amat mudah sekali... Diana sebenarnya mengejar masa ni.. Tapi sebelum Diana keluar .. Diana nak sajikan dengan Nasi Halia ni dulu ya... Malam nanti baru Diana BW dan membalas komen yang ada... Insyaallah.. :). Jom tengok cara Diana menyediakan Nasi Halia yang sangat mudah ini.. 
::  Halia, bawang putih, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga d tumis sehingga garing bersama mentega.. Lepas tu masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api..  ::

::  Kemudian tuang bahan tumis tadi ke dalam rice cooker yang telah d isikan dengan beras dan air secukup kegunaan.. Bubuh kiub pati ayam dan garam secukup rasa.. Masak seperti biasa  ::


NASI HALIA

Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 2 inci halia _ ditumbuk bersama kulitnya
  • 1/2 tsp halba
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 150 gm mentega
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega. Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi. Tutupkan api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan memasak nasi biasa.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang dItumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker. Gaul rata.
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digembur-gemburkan.
  7. Sedia dihidang dengan lauk kegemaran masing-masing.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, May 16, 2011

~ Resipi Nasi Lobak Merah...

Sheery Dream Cakes | 7:52 AM | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Hari ini kembali bersiaran bersama Nasi Lobak merah yang sedap ini.. Memang tidak rugi mencuba resipi ni tau... Resipi ni Diana c&p dari dapur Akak Ayu S'pore...  Terima kasih ya akak kerana berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Pernah juga tengok Nasi Lobak Merah ni kat dapur Akak Nor dan Akak Ummi... Terima kasih bebanyak... Izinkan Diana kongsi kat sini pula ya akak... Terima kasih.. :)







:: Sumber ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction


NASI LOBAK MERAH


Ingredients:-
  • 1kg beras beriani - ( 1kg basmathi rice )
  • 6 biji lada hijau dipecah2 ( 6 green chillies bruised )_ saya campurkan cili merah juga
  • 1 sudu teh jintan halus -ditumbuk kasar-kasar - ( saya gunakan serbuk aje )-( 1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones )
  • 1 cawan minyak kacang - ( 1 cup cooking oil )
  • 1 sudu besar minyak sapi - ( 1 tbsp ghee oil )
  • 3 batang lobak diparut - ( 3 carrots shredded )
  • 300g buah tomato dipotong halus - ( 300g tomatoes sliced thinly )
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus - ( 6 garlics minced )
  • *2cm halia ditumbuk halus - ( 2cm ginger minced )
  • 2 biji bawang besar dihirs - ( 2 large onions sliced )
  • 4cm kayu manis - ( 4cm cinammon bark )
  • 3 biji buah pelaga - ( 3 cloves )
  • 3 biji bunga cengkeh - ( 3 cardamons )
  • Garam - ( salt ) 

Diana Tambah
  • 150 gm buah kundur kering
  • Kismis
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 ketul kiub ayam

Method:-
  1. Sukat air 1100 ml lalu ketepikan dulu. 
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak merah parut. 
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan-bahan tumbuk*, lada hijau dan jintan. 
  4. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. 
  5. Bila mendidih, masukkan beras, ( bahan-bahan yang Diana tambah tu kecuali kismis.. Kismis bubuh nanti bila nasi dah nak masak yer ) dan garam, masaklah hingga tanak-( saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa ).


- Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked - ( this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 19, 2011

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...

Sheery Dream Cakes | 11:40 AM | | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Diana ingin kongsikan  resipi Chang Ayam ( Rice Dumpling ).... Mak mertua yg ajar resipi ni... kerja nya  memang agak rumit taaaapiii... kpd yg amat suka makan Chang Ayam ni jika kita buat sendiri memang berbaloi. Jom semak resipinya.

CHINESE RICE DUMPLING ( CHANG AYAM )

Bahan-Bahan

  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( nak rendam pun bole tp Diana kurang suka rendam beras tu sebab ia akan nmpk hancur bila dah siap direbus nanti ).
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh didapati di kedai-kedai ).
  • Pengikat Chang _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.


Bahan-Bahan Inti

  • Dada ayam _ bersihkan dan potong kecil
  • Dried mushrooms _ rendam dan potong kecil 
  • Dried chestnuts _ rebus dan buang sisa kulit yg masih ada
  • Rebung dlm tin _ hiris kecil
  • Preserved Vegetable
  • Bawang merah _ cincang halus
  • Bawang putih _ cincang halus
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Kicap pekat


**Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan  spt daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.




Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, mushrooms dan preserved vegetable... Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
  4. Masak hingga bhn² empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika _ ketepikan.

Cara-Cara Menyediakan  Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dgn sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat

Bungkuskan beras berintikan bhn ² yg telah dimasak tadi dan chestnuts dgn daun pandan. Rebus sehingga Chang Ayam masak.. Biasanya dalam 2 jam mengikut saiz chang tersebut.


::  Dried Chestnuts  ::


::  Inti Chang  ::
:: Isikan beras sedikit terlebih dahulu.. Lepas tu bubuh intinya ::
::  Setelah itu.. masukkan beras menutupi intinya tadi  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>