Saturday, February 6, 2016

~ Segalanya Tentang Kek Kukus Lapis...

Sheery Dream Cakes | 8:27 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek Kukus Lapis merupakan salah satu kek yang menjadi kegemaran setiap kali tibanya sesuatu perayaan terutamanya perayaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di sini... Kek kukus lapis boleh didapati di dalam pelbagai rasa, warna dan corak.. Memang rambang mata hendak merasa yang mana dahulu pada musim perayaan tu... kalau boleh semua hendak dirasa.. 

Bagi yang membuatnya sendiri pula, memang ingin buat semua resipi kek kukus lapis yang pernah dicuba.. namun untuk membuatnya memang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan kesabaran yang tinggi.. Kadang-kadang masa mengukus 1 biji kek tu ada yang memerlukan 4-5 jam dan ada juga kek yang sampai 6 jam masa mengukus yang diperlukan..  


Kek kukus lapis yang anda dapat saksikan di dalam gambar ini ialah Kek Kukus Lapis Keju Pelangi / Rainbow Colours Cheese Layered Cake... Resipi dari Buku Y3K, Vol.8, Cheese Layered Cakes.. Terdapat 61 resipi disertakan bersama langkah demi langkah pada setiap resipi yang ada di dalam buku ini..  Memang tak rugi mendapatkan buku ini...

Sampai di sini dulu buat kali ini.. Sampai kita bertemu kembali di lain entri.. In Sha Allah..





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 5, 2016

~ Resipi Kek Batik Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 3:28 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan untuk bersiaran di hari Jumaat yang mulia ini.. Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Kek Batik Horlicks versi terbaru SBK.. Jika sudi.. bolehlah semak resipinya di bawah ya..



KEK BATIK HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula kastor
  • 6 biji telur
  • 180 gm tepung gandum
  • 200 gm susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 2/3 cawan Nestle nestum original 
  • Biskut Marie Munchy's secukup kegunaan
  • Choc Rice secukupnya
    ** NOTE ~ Kurangkan sukatan gula dan susu pekat manis sekiranya tidak suka manis.


    Cara-Cara
    1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
    2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
    3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
    4. Tambahkan tepung gandum, horlicks dan nestum. Pukul adunan hingga sebati.
    5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga adunan pekat ( rujuk SINI cara memasaknya ).
    6. Tutupkan api. Kemudian masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
    7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
    8. Taburkan choc rice di atas kek.
    9. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
    10. ** Cara lain untuk melapis kek ~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
    11. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
    12. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. 






    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Saturday, January 9, 2016

    ~ Roasted Chicken & Honey roasted potatoes and carrots...

    Sheery Dream Cakes | 11:36 AM | Be the first to comment!
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

    Hari ini Diana ingin kongsikan resipi menu yang sudah lama terperam.. Hari ini baru ada kesempatan untuk buat entrinya.. Apa kata kita semak resipinya..


    ROASTED CHICKEN
      
    Bahan-Bahan
    • 1 ekor ayam
    • Kitchen string
    • 1/2 biji bawang besar _ dipotong 4 
    • 1/2 biji lemon 
    • 1 tangkai daun rosemary segar
    • Minyak zaitun secukup kegunaan 
    • Kertas minyak 

    Bahan-Bahan A dicampurkan dan gaul rata )
    • 5 ulas bawang putih _ dikisar 
    • 2 tsp daun rosemary segar cincang
    • 2 tsp daun thyme segar cincang
    • 1/2 tsp ground  nutmeg 
    • 2 tsp chicken seasoning 
    • 1 tsp paprika 
    • Garam
    • Lada hitam kisar

    Cara-Cara
    1. Bersihkan ayam dan keringkan.
    2. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun dan lumur keseluruh ayam. 
    3. Kemudian lumurkan bahan-bahan A pada keseluruhan permukaan, bawah kulit dan rongga perut ayam. Taburkan sedikit daun rosemary di atasnya jika suka. 
    4. Masukkan 1/2 biji lemon, 1/2 biji bawang besar yang dipotong 4 dan daun rosemary segar ke dalam rongga perut ayam.
    5. Ikat kaki ayam dengan tali dengan kemas.
    6. Masukkan ayam ke dalam peti ais dan perap beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
    7. Panaskan oven pada suhu 190°C. 
    8. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak dan disapukan dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan ayam ke dalam oven dan panggang ayam selama 1 jam 40 minit atau sehingga ayam masak.
    9. Keluarkan ayam dan makan ayam bersama  Honey Roasted Potatoes and Carrots ( resipinya rujuk di bawah ).



    HONEY ROASTED POTATOES AND CARROTS
      
    Bahan-Bahan
    • 500 gm baby carrots
    • 1 kg ubi kentang bersaiz kecil ( Diana guna ubi kentang dari Australia ) _ bersihkan, cuci dan potong 2 
    • 3 bulbs bawang putih
    • Beberapa tangkai daun rosemary segar
    • Sedikit minyak zaitun untuk disapu pada kertas minyak

    Bahan-Bahan A 
    • 4 tbsp madu
    • 4 tbsp minyak zaitun 
    • Chicken seasoning 
    • Lada hitam kisar
    • Garam

    Cara-Cara
    1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
    2. Satukan bahan-bahan A di dalam mangkuk yang sesuai dan gaul rata.
    3. Masukkan baby carrots, ubi kentang dan bawang putih. Gaul rata.
    4. Kemudian letakkan ke dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak dan disapukan dengan sedikit minyak zaitun. Letakkan juga beberapa helai daun rosemary segar di atasnya.
    5. Bakar di dalam oven ( kacau sekali-sekala ) sehingga ianya masak keperangan.
    6. Hidang ketika ianya masih panas.




    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Wednesday, January 6, 2016

    ~ Resipi Bok Choy Goreng Belacan...

    Sheery Dream Cakes | 8:12 PM | Be the first to comment!

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Resipi sayur menjadi pilihan untuk dikongsikan bersama untuk entri kali ini.. Bok Choy Goreng Belacan sememangnya kegemaran ahli keluarga Diana.. Cuma kenalah memasaknya lebih lama sedikit.. Jika anda lebih suka ianya dimakan lebih segar dari yang anda nampak di dalam gambar di atas, masaklah sekejap sahaja ya.. Ianya terpulanglah kepada selera masing-masing.. Kita yang memasaknya.. Jadi kita masaklah mengikut selera keluarga kita ya... Jom semak resipinya pula...




    BOK CHOY GORENG BELACAN
      
    Bahan-Bahan
    • 260 gm bok choy _ dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa masing-masing
    • 2 tbsp cili kisar ( boleh dikurangkan )
    • 1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
    • Segenggam  udang kering _ direndam di dalam air panas, cuci, toskan dan tumbuk kasar
    • 1 tangkai cili merah _ dihiris menyerong
    • Air secukup kegunaan
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit gula _ optional
    • Perencah pati ayam Tumix _ optional
    • Minyak masak

    Bahan-Bahan A
    • 1 tangkai cili merah _ buang bijinya dan dihiris
    • 2 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 10 gm belacan 

    Cara-Cara
    1. Masukkan bahan-bahan A ke dalam food processor dan kisar. Ketepikan.
    2. Didihkan air di dalam periuk dan tambahkan sedikit minyak masak. Masukkan bok choy dan celur selama 2 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
    3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tambahkan cili kering dan tumis hingga terbit aromanya.
    4. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga garing.
    5. Masukkan cili hiris, bok choy, kicap cair, garam, perencah pati ayam dan gula secukup rasa.
    6. Gaul rata dan tambahkan sedikit air jika perlu.
    7. Angkat dan hidang.



    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Tuesday, January 5, 2016

    ~ Resipi Sup Ayam Cendawan...

    Sheery Dream Cakes | 8:21 PM | Be the first to comment!

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Hari ini bersiaran dengan resipi ulang tayang... Diana belajar resipi Sup Ayam Cendawan ni dari Mak Mertua Diana.. Apa kata jom kita semak resipinya..


    SUP AYAM CENDAWAN
      
    Bahan-Bahan
    • 1 kg ayam _ dibuang kulitnya dan potong kecil
    • 5 keping cendawan shitake kering _ direndam hingga lembut, potong mengikut citarasa dan bersihkan
    • 5 keping cendawan telinga kera _ direndam hingga lembut, potong  dan bersihkan 
    • 3 inci halia muda _ ditumbuk kasar bersama kulitnya
    • 8 ulas bawang merah _ dicincang halus
    • 12 ulas bawang putih _ dicincang halus
    • 2 tbsp minyak bijan
    • 1000 ml air atau secukup kegunaan
    • Sedikit minyak zaitun 

    Bahan-Bahan A

    • 1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
    • 2 tbsp kicap pekat Yot Brand
    • 1 tbsp minyak bijan
    • Garam secukup rasa

    Cara-Cara
    1. Masukkan sedikit minyak zaitun dan 2tbsp minyak bijan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
    2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
    3. Kemudian masukkan cendawan dan air. Gaul dan renih selama 20 minit di atas api kecil.
    4. Tambahkan bahan-bahan A dan renih lagi sehingga ayam empuk.
    5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
    6. Makan ketika ianya masih panas dengan nasi putih. 




    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>