Friday, June 24, 2011

~ Resipi Roti Bakar Telur & Sosej...

Sheery Dream Cakes | 12:00 PM | 14 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pagi ni hanya buat sarapan ringkas saja... Ermmm.. Dah lama dah tak masukkan entri sarapan macam ni kan... Bukannya tak buat cuma tak sempat nak update.. Hmmm.. Sebenarnya ambil gambar pun tak sempat.. :D. Macam mana la nak update kan.. Sarapan macam ni memang kegemaran anak-anak sejak dulu hingga la sekarang.. Ianya amat mudah disediakan namun sedap dimakan... Bukan saja anak-anak yang suka makan.. Diana sendiri pun suka.. ;). Apa kata kita tengok cara Diana buat sarapan kali ni



ROTI BAKAR TELUR & SOSEJ

Untuk 4 keping Roti Bakar Telur dan Sosej 


Bahan-Bahan
  • 4 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
  • 4 biji telur mata lembu
  • 1 batang sosej
  • 1 biji tomato _ dihiris nipis
  • Mayonis secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Keju cheddar parut secukupnya

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula

Cara-Cara
  1. Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ( goreng sekejap sahaja ).  Angkat dan hiris sosej kepada 16 bahagian. Ketepikan. 
  2. Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atas roti dan susun 2 hirisan tomato di tengahnya.
  3. Kemudian susun sosej di setiap penjuru roti.
  4. Taburkan keju cheddar parut di atasnya dan lapiskan dengan sebiji telur mata lembu dan taburkan lagi dengan keju cheddar parut.
  5. Setelah itu, picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
  6. Bakar di dalam oven sekejap.
  7. Hidang.

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, June 19, 2011

~ Cowboy Cookies...

Sheery Dream Cakes | 4:27 PM | | | 12 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa walau di mana jua pun berada.. Hari ni acara mengecat bilik anak lelaki Diana .. Mereka memang sibuk seharian ni... Jadi mummy dia sibuk pula kat dapur membuat cookies.. hehehe..  Nak tolong cat bilik memang tak kena bagi... Masuk dapur la jawabnya...  

Cowboy Cookies ni memang sedap di tekak kami sekeluarga. Tak tau la bagi orang lain kan.. Lain orang lain juga citarasanya.. Betul tak? ;).  

Hendak mencubanya? Anda boleh dapatkan resipinya dalam Buku Masakan :: Buku Dim Sum. Cakes. Cookies  







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, June 15, 2011

~ Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry...

Sheery Dream Cakes | 12:51 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bersua kembali... Ni pula salah satu menu makan malam kami semalam.. Resipi niDiana ambil dari dapur Love2Cook... Udang ni sangat mudah disediakan dan yang penting sekali ianya sangatlah sedapnya... Terima kasih buat Love kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya di sini ya .. TQ..


:: Resipi oleh ~ Love2Cook  ( TQ )


HOT & SPICY MAYONNAISE PRAWN FRY

Ingredients 

(A)
  • 1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
  • 1 egg ~ beaten
  • 1 tbsp oyster sauce
  • 2 tbsp cornstarch
  • 1 tsp salt
(B)
  • 2 cm ginger ~ chopped
  • 5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
  • 10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
  • 3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce ( Diana bubuh 2 tbsp sos cili & 2 tbsp sos cili thai.. Keduanya Diana bubuh.. hhehehee )
  • 1 tsp sweet soy sauce
  • 1/2 cup water
  • salt
  • 1 1/2 tbsp mayonnaise
  • cooking oil


Method 
  1. In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
  2. Fry the marinated prawn in oil until golden. Strain on a separate plate.
  3. Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
  4. Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil. 
  5. Mix in the fried prawns. 
  6. Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 31, 2011

~ Double Chocolate Fudge Brownies Lagi...

Sheery Dream Cakes | 12:16 PM | | | 15 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Semalam... langsung tak dapat jenguk dapur ni... Maknanya.. ada ler entri tertangguh lagi.. Huhuuuu... Sebenarnyaaa... Boss kecil tahan tak bagi mummy dia ni online semalam... Heeheee.. 



Petang ni nak pergi kenduri kat rumah jiran.. Jadi awal pagi tadi i sempat ler buat Double Chocolate Fudge Brownies untuk dibawa ke kenduri tu petang nanti.. DCFB ni memang mudah disediakan sebab menggunakan whisk jer.

Resipinya Diana ikut resipi dari buku masakan Chef Agnes Chang . Bagi yang belum memiliki buku tersebut, bolehlah dapatkannya serkarang ya.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>