Wednesday, October 12, 2011

~ Sup Ayam Tomato...

Sheery Dream Cakes | 9:55 AM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Tak nak ler membebel banyak pagi-pagi ni. Terus saja kita tengok resipi yang simple dan sedap ni.. Bagi kami sekeluarga memang sedap la ya. Pada tekak orang lain tak tau pula kan.. InsyaAllah.. Sedap.. Cara memasak dan bahannya pun mudah saja... Memang simple sangat.. Jom semak resipinya..



SUP AYAM TOMATO

Bahan-Bahan
  • 700 gm ayam _ dipotong ketulan kecil
  • 2 biji ubi kentang _ dipotong 8 ( kalau ubi kentang tu kecil potong 4 sahaja )
  • 1 batang lobak merah _ dipotong bulat
  • 3 biji tomato _ dipotong 4
  • 1 biji bawang besar _ dipotong 8
  • 2 inci halia _ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Didihkan air secukupnya d dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kecuali garam.
  2. Masak sehingga mendidih di atas api kuat.
  3. Kemudian renih sehingga ayam masak di atas api sederhana.
  4. Bubuh garam dan sesuaikan rasa.
  5. Angkat dan hidang ketika ianya masih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, October 7, 2011

~ Sosej Berkentang...

Sheery Dream Cakes | 1:09 PM | 13 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni tukang masak masih lagi kurang sihat... jadi menu sarapan hari ni buat yang simple jer... Ni pun kepala masih terasa berat lagi... Kalau diikutkan hati.. memang nak baring jer kan... Tambahan lagi bila dah makan ubat batuk dan selsema tu.. Mata pun malas jer nak buka... Tadi lagi sebenarnya nak update entri ni.. Tapi memang tak larat.. 

Resipi ni diminta oleh sahabat kat fb... maaf sesangat tau.. Lambat sangat untuk letak resipi ni... Sebenarnya memang dah buat dah dulu dan letak resipinya kat fb jer.. Tapi album untuk food corner tu memang dah tak ada dah... sejak ada blog ni kesemua resipi Diana letak kat blog jer.. lebih mudah kan.. Jadi sekarang Diana kongsikannya di sini.. Apa-apa pun.. mari kita tengok resipi Sosej Berkentang yang simple ni.. Namun ianya memang fav anak-anak Diana.. 


SOSEJ BERKENTANG


Bahan-Bahan 
  • 1 bungkus sosej ayam ( 10 batang ) _ dipotong menyerong
  • 3 biji ubi kentang _ dikupas kulitnya dan dihiris kasar ( Nak bubuh 2 biji pun boleh )
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • Daun sup _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam

Bahan-Bahan Perap 
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tsp gula

Bahan-Bahan A
  • 1 tsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tomato Maggi
  • Sedikit air
  • Sedikit gula jika perlu

Cara-Cara
  1. Perap sosej bersama bahan perap selama 15 minit.
  2. Gaul ubi kentang bersama sedikit garam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga masak kekuningan. Angkat dan toskan.
  4. Goreng sosej yang telah diperap tadi ( jangan goreng terlalu lama.. Sekejap jer goreng.. ) Tengok seakan-akan sosej tu mengembang sedikit bolehah diangkat dan toskan. Ketepikan..
  5. Panaskan 1/2 tbsp minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  6. Masukkan bahan-bahan A dan gaul sebati.
  7. Setelah mendidih masukkan sosej dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Sesuaikan rasa. Setelah sos sebati dan pekat bolehlah diangkat.
  9. Taburkan daun sup cincang ketika menghidang.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, September 30, 2011

~ Mee Mat Salleh Goreng Basah...

Sheery Dream Cakes | 12:16 AM | 34 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pernah dengar tak Mee Mat Salleh? Bagi sesiapa yang tinggal di Labuan ni mesti kenal dengan Mee Mat Salleh ni kan... Mee ni dibuat oleh Sedap Mee, Peladang Bukit Kuda, W.P.Labuan.. Diana suka sangat makan mee ni... Nak goreng ker.. Nak rebus ker... Nak buat bubur pun sedap... Hari ni Diana buat Mee Goreng Basah cara Diana... Mari kita tengok resipinya.. 

::  Ni la rupa Mee Mat Salleh tu..  ::

:: Mee ni perlu direbus dan angkat.. Lepas tu masukkan ke dalam air sejuk sebelum ditoskan  ::


Mula² .. tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi. Masukkan udang kering dan goreng seketika.. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing..

Setelah itu.. masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.. Ketepikan sedikit bahan yang telah ditumis tadi dan pecahkan sebiji telur.. Setelah telur separuh masak.. boleh la digaul bersama bahan yang d tumis tadi.. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi.. Kemudian masukkan bhn²  A dan gaul rata.. biarkan seketika.

Masukkan mee dan gaul ... tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing² ).. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. masukkan daun bawang dan gaul rata.. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce...



MEE MAT SALLEH GORENG BASAH

Bahan-Bahan 
  • 1 bungkus Mee Mat Salleh _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • 1 keping dada ayam _ dihiris kecil
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 tbsp cili kering kisar
  • Lettuce _ dihiris
  • Daun bawang _ dipotong panjang
  • minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Bahan-Bahan A
  • 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 2 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tbsp sos manis ABC
  • 1 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tsp sos pedas berkicap Agro Mas
  • 2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula jika perlu
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bawang besar dan tumis lagi hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan goreng seketika. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing.
  4. Setelah itu masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Ketepikan sedikit bahan yang telah ditumis tadi dan pecahkan sebiji telur. Setelah telur separuh masak, bolehlah digaul bersama bahan yang ditumis tadi. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi.
  6. Masukkan bahan-bahan A dan gaul rata. Biarkan seketika.
  7. Masukkan mee dan gaul. Tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing-masing ). Setelah mendidih dan sedikit pekat, masukkan daun bawang dan gaul rata.
  8.  Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, September 27, 2011

~ Kek Karamel...

Sheery Dream Cakes | 11:40 PM | 43 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Hari ni masih lagi sibuk sedikit... Banyak hal yang kena diuruskan... Tapi pagi tadi sempat juga Diana buat Kek Karemel ni... Mencuri masa sedikit untuk memenuhi permintaan anak-anak  yang nak makan kek katanya... Jadi.. Diana terus terfikir kat kek ni.. Hurmmm.. Kek ni pula yang terlintas dalam fikiran masa tu kan.. Macam tu banyak resipi kek... Kek Karemel ni juga yang hendak dicuba semasa tengah terkejar-kejar dengan masa... Heeheee... Bila difikirkan balik... kisah sumpahan kek ni... Heeheee... Risau juga... Takut tak menjadi kan... Tapi kuatkan semangat juga buatnya... 

Ni merupakan percubaan pertama Diana buat Kek Karemel ni... Hari tu nampak kat dapur Akak ItaAnna dan Juwita.. Wah sungguh tergoda tengok Kek Karemel ni.. Cuma risau pula tak menjadi bila buatnya... Tapi Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga Diana buat dan menjadi... Ingat nak buat lagi esok pagi... Nak bawa pergi rumah akak angkat Diana.. Dia adakan kenduri sebelum dia berangkat ke Mekah nanti... InsyaAllah.. Kalau semangat kuat.. esok pasti akan buat lagi kek yang sedap ni... 

Terima kasih kepada Munirah Baharum kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih juga kepada Akak Ita di atas penerangan dan step by step yang akak kongsikan di dapur akak tu.. Ianya banyak membantu Diana semasa membuat kek ni tadi... Kalau nak tengok step by step membuat Kek Karemel ni, singgahlah ke dapur Akak Ita @ Masam Manis ya... 


:: Resipi oleh ~ Munirah Baharum ( TQ )
:: Cnp dari  ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )


KEK KARAMEL

~ Gula Hangus

Bahan-Bahan


  • 2 sudu besar gula pasir

Cara-Cara

  1. Sediakan loyang 8 inc. 
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dengan menyenget-nyenget kan loyang kiri dan kanan. 
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak-retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan.


~ Bahan Karemel

Bahan-Bahan

  • 1/2 tin susu cair 
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur

Cara-Cara
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. ( Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti ).


~ Adunan Kek Bahan 1

Bahan-Bahan

  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak

Cara-Cara

  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


~ Adunan Kek Bahan 2

Bahan-Bahan

  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-Cara

  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
  2. Masukan  sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.


~ Merinque

Bahan-Bahan

  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar-tar

Cara-Cara

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih.
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik.
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
    Letakkan pewarna yang anda sukai.
  8. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang - belangkan adunan.
  9. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  10. Akhir sekali dengan satu sudu.
  11. Lorekkan atas adunan dengan lidi.




Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160°C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 

  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

~ Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
~ Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>