Untuk entri kali ni Diana nak kongsikan resipi kek kukus hasil selongkar kat dapur HaSue ... Kalau tak silap Diana.. Resipi ni dIminta oleh seorang rakan kat FB... Diana pernah makan Kek Belacan ni.. Cuma tak pernah lagi buatnya sehingga la seorang rakan FB ( Twin Twinellyse ) meminta resipi ni. Resipi ni memang best... Terima kasih buat HaSue kerana berkongsi resipi ni.. Sedaaap! Izinkan akak pula kongsikannya di sini ya HaSue... Terima kasih...
Menurut HaSue... resipi asal memang menggunakan bahan yang agak banyak.. Tapi untuk sukatan adunan di bawah ni telah diubah kepada piawaian loyang 8 1/2" x 8 1/2"... Namun bahan-bahannya masih dikekalkan. Jom kita semak resipi Kek Belacan ni.
KEK BELACAN
Bahan-Bahan
- 16oz mentega
- 10 biji telur
- 1 gelas gula halus
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin kecil serikaya
- 1 tin kecil nestle cream
- 1 peket kecil horlicks
- 2 gelas tepung gandum
- Browning sugar secukupnya
- 1 sudu kecil nescafe ( dibancuh sedikit air panas )
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
- Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti.
- Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata ( masukkan sebiji telur, pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya ).
- Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati.
- Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan.
- Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar-benar kehitaman.
- Gaul adunan sehingga benar-benar sekata dan sebati.
- Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung.
- Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil ( jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus ) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam.
- Sejukkan sebelum dipotong.. Selamat mencuba!