Hari ni agak sibuk sedikit. Apa kata kita terus sahaj tengok resipi untuk kali ini. Kek ni Diana buat khas untuk keluaran Majalah Aroma Dec 2011 yang lepas.. Jom kita tengok cara penyediaannya..
Pertama sekali putih telur dipukul sehingga kembang.. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kembang.. ketepikan.. Kemudian.. pukul mentega bersama minyak sapi hingga sebati. Masukkan nestle cream dan pukul hingga putih.. Masukkan kuning telur dan pukul hingga kembang.. Bubuh susu pekat dan pukul rata.
Setelah itu campurkan adunan putih telur dengan gula tadi dan pukul sebati.. Masukkan cerelac dan tepung gandum.. pukul lagi hingga rata.. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.. Bahagian pertama ~ Bubuh horlicks, milo dan browning sugar.. Manakala bahagian ke dua ~ Bubuh mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.. Kukus berselang seli sehingga habis.
KEK KUKUS LAPIS AROMA
Setelah itu campurkan adunan putih telur dengan gula tadi dan pukul sebati.. Masukkan cerelac dan tepung gandum.. pukul lagi hingga rata.. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.. Bahagian pertama ~ Bubuh horlicks, milo dan browning sugar.. Manakala bahagian ke dua ~ Bubuh mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.. Kukus berselang seli sehingga habis.
KEK KUKUS LAPIS AROMA
Bahan-Bahan
- 10 biji telur _ asingkan putih dan kuning telur
- 300 gm mentega
- 1 tin kecil minyak sapi ( 150 gm )
- 1 cawan gula halus
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan horlicks
- 100 gm Lady's Choice mentega kacang halus
- 1 cawan milo
- 1 tin sederhana serikaya ( 300 gm )
- 1 tin kecil susu pekat manis
- 1 tin kecil Nestle cream ( 170 gm )
- 1 cawan Nestle cerelac gandum & madu
- 2 sudu makan browning sugar / gula hitam
- Pewarna hijau
Cara-Cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek.
- Pukul putih telur sehingga kembang.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. Ketepikan.
- Kemudian, pukul mentega bersama minyak sapi sehingga sebati.
- Masukkan Nestle cream dan pukul lagi hingga putih.
- Masukkan kuning telur dan pukul hingga kembang.
- Bubuh susu pekat manis dan pukul rata.
- Setelah itu, campurkan adunan putih telur dan gula halus tadi. Pukul sebati.
- Masukkan cerelac dan tepung gandum. Pukul lagi hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- :: 1 bahagian d bubuh horlicks, milo dan browning sugar.
- :: 1 bahagian lagi bubuh mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.
- Ambil 4 senduk adunan horlicks, milo dan browning sugar.. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dialas dengan aluminium foil.. Kukus sehingga kek masak.
- Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi halus pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut.. Lapis lagi dengan 4 senduk adunan mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.. Kukus sehingga adunan kek masak.
- Buat begini sehingga adunan kek habis.
- Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus.. hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi halus dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya.
- Untuk lapisan terakhir, masa mengukusnya hendaklah ditambah selama 30 minit supaya kek masak sekata secara keseluruhannya.
- Sejukkan dan simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum di potong.
- Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2 jam lamanya menggunakan api sederhana.