Friday, February 17, 2012

~ Resipi Kek Batik Horlicks Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 3:19 PM | 16 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Alhamdulillah hari nie ada kurang sedikit sakit kepala ni.. Cuma hari ni Diana agak sibuk sedikit.. Tu yang belum ok sepenuhnya tu kan.. Tak apa.. InsyaAllah esok ok ler tu :).. Kena banyak rehat tapi dalam keadaan sekarang ni tak boleh rehat sangat.. Banyak urusan yang harus diselesaikan... Ermm Irfan macam biasa ler kan... Pasti ada saja permintaan dia tiap hari...:). Terus terang Irfan memang suka sesangat makan Kek Batik.. Tak kisah ler Kek Batik jenis apa pun dia pasti suka... 


Tu ler sebabnya kenapa stock Biskut marie tak pernah putus kat rumah ni.. Paling tidak pun kena ada 2 bungkus kat rumah.. Memang sentiasa akan ada permintaan Kek Batik dari Irfan.. Cuma kali ni dia nak Kek Batik Horlicks.. Sememangnya Diana tau yang Diana tak ada beli biskut marie perisa coklat.. Nak tak nak guna jer ler biskut marie yang biasa tu... Untuk versi kali ni tak ada ler banyak perbezaan.. Cuma Diana kurangkan nestum dan tak bubuh coklat.. Juga menggunakan biskut marie bukan berperisa coklat.. Tu jer perbezaannya.. Yang lain tu semuanya sama..


Bila ditengok lapisan biskut tu tak ler berapa kemas eh... Tu disebabkan Diana hanya simpan 30 minit jer kat dalam peti ais.. Seeloknya simpan dalam peti ais terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 jam ke atas sebelum dipotong.. Kalau simpan semalaman lagi ok... Kemas jer bila kita potong kek tu kan.. Ok ler jom tengok resipinya..


KEK BATIK HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 6 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan Nestle nestum original 
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • Biskut Marie 
  • Choc Rice secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks... pukul adunan sehingga ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  6. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  7. Kemudian susun biskut marie di atasnya . Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  8. Taburkan choc rice di atasnya. Simpan di dalam peti ais sebelum sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dipotong ( lebih elok disimpan semalaman di dalam peti ais sebelum dipotong ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 11, 2012

~ Biskut Chocolate Chip Famous Amos ( Home Made )...

Sheery Dream Cakes | 8:33 PM | 27 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ni nak cerita ni.. Hehehe.. Cerita pasal cookies yang sedaaap sangat ni... Siang tadi Diana sempat buat 2 adunan Choc Chip cookies ni... 1 adunan Diana nak bawa ke Papar esok... Nak melawat daughter kat Kem Wawasan ( PLKN ) sebelah pagi... Rindu rasanya kat daughter.. Tak sabar pula nak jumpa dia.. :). Moga daughter dan anak-anak yang lain kat sana sihat sejahtera dan sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T... 


Berbalik kita kepada cerita cookies ni... Hari tu nampak kat dapur Akak CT cayaang.. Memang mengoda dan tertarik dengan gambar-gambar masakan kat dapur akak tu... Teringin nak buat juga cookies ni.. Tapi oleh kerana Diana agak sibuk beberapa hari tu.. Terpaksa ditangguhkan dahulu niat nak buat cookies ni.. Hari ni baru bole buat.. Seperti yang akak CT maklumkan.. Cookies ni rasanya sedaaap.. Ternyata memang sangat sedap.. Nasib baik Diana buat 2 adunan... Kalau tidak... pasti tak cukup sebab nak bawa untuk daughter lagi kan... Seperti Akak CT... Diana juga buat besar-besar.. Heehee.. Senang nak habiskan 2 adunan tu.. Kalau tak... Ermmm... Penat juga buat seorang-seorang ni kan... :)


Sebenarnya dah lama Diana teringin nak buat ikut resipi ni... masa tu nampak kat dapur Naz.. Tapi mungkin tak sampai seru lagi kan... Hehehe.. Hingga ler Akak CT tayang kat dapur dia baru-baru ni... Baru teringat semula kat resipi ni.. Dah lama salin cuma tak buat-buat juga kan.. Alahai!! Kalau ler buku tu pandai bercakap.. Pasti dah bagitau bila nak buat resipi ni kan.. Salin jer kerjanya memanjang... Hehehhee... Baik ler.. Terima kasih buat Akak CT dan Naz... Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih.. 


:: Sumber Dari ~ Naz @ CUTE OVEN, SMALL KITCHEN  &  Akak CT @ Dari Dapur CT  ( TQ )


BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS ( HOME MADE )


Bahan-Bahan Diayak
  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-Bahan Lain
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang
  • Kismis _ Optional  ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa ) _ Diana tak bubuh


Cara-Cara
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  3. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. 
  5. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. 
  6. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  8. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, February 6, 2012

~ Kari Udang Dan Terung...

Sheery Dream Cakes | 12:28 PM | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni masih lagi bercuti.. Esok dah mula bekerja dan sekolah semula.. Tapi sekolah Irfan masih lagi mood bercuti sampai esok.. Rabu baru Irfan sekolah... Sebab hari ni merupakan sambutan  Chap Goh Mei 2012 dalam dialect  Hokkien ( 15th night ) yang menandakan tamatnya tempoh perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun ni... Hari ni pasti ramai sanak saudara dan kawan-kawan yang sibuk membuat persiapan Chap Goh Mei untuk malam ni kan.. Seperti yang kita maklum sememangnya perayaan Chap Goh Mei ni akan bermula dari petang hingga ke pagi hari.. Kepada anak-anak saudara semua, pastikan awal balik ya jika tak larat nanti... Happy Chap Goh Mei kepada sanak saudara dan semua yang menyambutnya..


Baiklah, berbalik kita kepada resipi yang Diana nak kongsikan ni. Kari Udang Dan Terung yang dah lama menunggu giliran nak diupdate di SBK ni.. Haih!! Masak bulan Jan lepas sebenarnya... Hehehee... Dah sebulan dah habis.. Baru nak tayang kan.. Jom tengok resipinya.. 



KARI UDANG & TERUNG

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibersihkan, buang kakinya dan belah belakang udang sedikit
  • 650 gm terung _ dibelah dan dipotong panjang
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 keping asam keping
  • Santan secukup kegunaan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan-Bahan A ( Dicampurkan )
  • 3 tbsp serbuk kari ayam dan daging Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1/4 serbuk cili
  • Sedikit air panas


Bahan-Bahan Tumbuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • Sedikit belacan jika suka


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk bersama bawang putih  hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan A dan sedikit gula. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan terung dan gaul rata. Masak seketika.
  4. Setelah terung nampak layu bolehlah dimasukkan udang, santan dan asam keping.
  5. Tambahkan garam secukup rasa.
  6. Setelah udang dan terung masak bolehlah tutupkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, February 5, 2012

~ Sambal Ayam Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 3:52 PM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. 

Hari ni agak lewat bersiaran... Niat di hati nak online pagi tadi.. Tapi hanya sempat online sekejap jer tadi.. Tanpa membuang masa dengan membebel panjang.. Terus saja kita tengok resipi Sambal Ayam Udang Kering yang dah beberapa hari tertangguh nak diupdate ni ya... Jom selongkar resipinya..

Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.

Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.. masukkan gula melaka dan gaul rata.. Tumis sehingga pecah minyak.. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.

Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau.. Gaul rata dan masak seketika lagi.. Angkat dan sedia untuk dihidang.


SAMBAL AYAM UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 biji cili merah _ dihiris menyerong
  • 2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 3/4 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata.Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>