Sunday, March 2, 2014

~ Resipi Bubur Ubi Badak / Ubi Belalai...

Sheery Dream Cakes | 9:57 AM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana nak kongsikan resipi campak-campak sahaja.. Bulan lepas punya cerita.. Hari ini baru boleh kongsikannya di sini... Ubi Badak atau ianya dipanggil Ubi Belalai di sesetengah tempat.. memang amat sukar untuk didapati di tempat Diana... Kadang-kadang setahun dua tidak nampak dijual di sini.. Mungkin juga ada dijual tetapi Dinana yang tidak nampak kan...


BUBUR UBI BADAK / UBI BELALAI  


Bahan-Bahan
  • Ubi badak / Ubi belalai  _ dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • Santan cair dan santan pekat secukup kegunaan atau boleh guna santan dalam kotak
  • Gula pasir 
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Cuci dan bersihkan ubi badak / ubi belalai dan toskan.
  2. Masukkan ubi ke dalam periuk bersama sedikit air.
  3. Rebus sehingga ianya hampir masak kemudian masukkan santan cair. Gaul dan biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Gaul rata dan didihkan seketika. Sesuaikan rasa. 
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang panas atau sejuk.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 28, 2014

~ Resipi Prata Wraps...

Sheery Dream Cakes | 10:04 AM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak ternampak Prata Wraps yang Che Mat Gebu buat tempoh hari... Asyik terbayang-bayang dan teringin sangat nak makan Prata Wraps... Memang mengoda dan tergoda tau...Kelmarin Diana buat lah... Hehehee... Cuma Diana tiada stock fillet ikan tempura.. Jadi Diana tukar kepada dada ayam panggang... Resipi ini sangat mudah dan sedaaaap!!! Terima kasih Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya...


:: Resipi Asal Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

PRATA WRAPS  


Bahan-Bahan
  • 2 keping prata segera jenama 'KAWAN'
  • 1 keping Fillet ikan tempura 'PACIFIC" _ ( Diana tukar kepada dada ayam panggang.. Rujuk di bawah resipinya )
  • 4 helai daun salad ( che mat guna butterhead salad )
  • 2 biji jeruk gherkins, hiris memanjang
  • 1 biji tomato, hiris
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • Sos thousand island secukupnya

Cara-Cara
  1. Goreng terendam fillet ikan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Biar sejuk. Sementara itu bakar roti prata hingga masak, guna api kecil dan pastikan roti prata tidak terlalu garing. Ketepikan.
  2. Kerat 2 fillet ikan yang telah digoreng tadi ( fillet ikan PACIFIC ni saiznya besar ), kemudian belah 2 setiap keratan. Ambik sekeping prata, susun 2 keping daun salad, diikuti jeruk gherkins, tomato, bawang dan 2 bahagian fillet. Paipkan dengan dengan sos thousand island secukupnya. Lipat prata kanan dan kiri kemudian anda boleh ikat bahagian tengahnya macam che mat buat tu. Hidangkan segera...



DADA AYAM PANGGANG  
:: Oleh ~ SheeryDreamcakes @ skybluemelleymey

Bahan-Bahan
  • 1 keping dada ayam ( sebaiknya guna ayam segar ) _ dihiris kasar
  • Garam 
  • Gula 
  • Sedikit madu jika suka 
  • Serbuk kunyit _ ( * boleh guna kunyit hidup dan kisar bersama bahan-bahan A di bawah )

Bahan-Bahan A ( dihiris dan ditumbuk / kisar )

  • 2 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2-3 biji cili padi ( boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 batang serai 

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dan perap selama 15 minit atau lebih ( lebih lama lebih elok ).
  2. Panggang ayam menggunakan pemanggang ajaib sehingga ayam empuk.
  3. Keluarkan ayam dari pemanggang dan sedia untuk dinikmati.


  ** NOTE ~ Resipi ayam ini boleh juga digunakan untuk memerap sayap ayam, ikan atau sosej. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 25, 2014

~ Sentuhan Tone Effect Pada Gambar....

Sheery Dream Cakes | 12:29 PM | 3 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Bertemu kembali di entri kali ini... Entri ini tiada resipi masakan untuk dikongsikan... Hanya hendak kongsikan resipi bagaimana hendak edit gambar masakan sahaja...  Entri ini Diana buat kerana memenuhi permintaan salah seorang dari pengunjung SBK supaya menerangkan bagaimana hendak mendapatkan tone effect yang diidamkan pada gambar masakan ...

Sebenarnya Diana memang belum layak untuk semua ini sebab masih banyak perkara yang perlu Diana pelajari dalam bidang food photography.. Tetapi jika entri ini boleh membantu orang lain, apa salahnya Diana kongsikan bersama kan walaupun ianya tidak sempurna mana pun ( Diana pun tidak pernah belajar dalam bidang ini sebenarnya.. Huhuu ).. Ya la... bak kata orang.. mencari ilmu pengetahuan memang tiada sempadannya, walau di mana sekali pun.. Sampai bila-bila pun kita masih dituntut untuk menimba ilmu bagi memperbaiki diri... Betul tak? Jika silap tolong betulkan... ;) 

Berbalik kita pada bab bagaimana hendak memberi sentuhan tone effect pada gambar masakan... Sebenarnya ada 1 cara yang sangat mudah... Hanya dapatkan Lightroom Presets untuk LR anda... Anda boleh buat sendiri atau beli di online.. Yang seronoknya anda masih boleh memiliki banyak LR presets secara percuma di online.. Hanya search free Lightroom presets.. 

Bagi mereka yang hendak mencipta presets sendiri dan memberi sentuhan tone effect pada gambar masakan mereka... Anda boleh ikuti tutorial Diana ini ya... 



Sebagai contoh gambar Tiramisu di atas ini... Gambar ini Diana edit menggunakan Lightroom.. Jika hendak tahu lebih lanjut proses mengedit gambar dari mula hingga akhir... Boleh klik di SINI ( cara pertama ) .. Entri kali ini Diana akan terangkan cara lain selain cara yang sudah Diana terangkan dahulu itu.. Ya.. Memang ada cara lain lagi selain yang telah diterangkan dulu tu ya.. 

Seperti biasa.. Setting yang Diana berikan ini akan lebih elok untuk gambar dalam format RAW.. 

  • Buat seperti yang Diana terangkan di SINI . Buat sehingga langkah No.6.
  • Lepas tu, pergi ke Tone Curve. Klik pada curve icon sperti yang bertanda oren di dalam gambar A di bawah.

::  Gambar A  ::



  • Kemudian adjust bahagian seperti yang bertanda ungu di dalam gambar B sehingga mendapat tone yang anda kehendaki. Tone Curve di bawah ini merupakan setting untuk gambar Tiramisu di bawah gambar B.


  • ::  Gambar B  ::

    ::  Sebelum di edit  ::


    ::  Selepas proses mengedit tone curve dan split toning ::

    • Setelah itu, pergi ke bahagian Split Toning adjustments. Di sini anda boleh adjust Highlights dan Shadows sehingga anda berpuas hati dengan hasil yang anda inginkan.
    • ( Buat sekiranya perlu sahaja ) boleh pergi ke bahagian Color di Adjustment panel dan adjust color seperti yang anda kehendaki.
    • Langkah seterusnya boleh ikut Langkah No.8 dan seterusnya di SINI
    • Selesai semuanya anda boleh save preset ini bagi kegunaan akan datang.

    ::  Tone 1  ::

    ::  Tone 2  ::

    ::  Tone 1  ::


    ::  Tone 2 ::



    Baiklah.. Hanya itu sahaja yang dapat Diana kongsikan bersama... Jika ada yang terkurang harap dimaafkan.. Al-maklumlah Diana ini mak budak baru belajar.. Jika salah tolong tunjuk ajar... Dan cara di atas yang Diana kongsikan itu merupakan cara kebiasaan Diana mengedit gambar di SBK.. Lain orang lain caranya kan? Buatlah mana yang boleh membuatkan diri anda berpuas hati dengan hasil karya anda.. Sampai ketemu lagi di entri yang lain.. 

    Salam Sayang dari SBK....




    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Monday, February 24, 2014

    ~ No-Bake Oreo Cheesecake Recipe...

    Sheery Dream Cakes | 10:13 AM | | 7 Comments so far

    Assalamualaikum dan Salam Sayang....

    Dikesempatan ini Diana mewakili keluarga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis pertunangan adik bongsu Diana kelmarin... Tahniah sekali lagi buat adik Diana, Maddy dan Fatin... :)


    Ok lah... Kita terus sahaja semak resipi untuk kali ini... No Bake Oreo Cheesecake.. Jom tengok resipinya..


    NO-BAKE OREO CHEESECAKE  


    Bahan-Bahan
    • 500 gm cream cheese _ pada suhu bilik
    • 1 cawan Non-dairy whipping cream
    • 1/4 cawan susu pekat atau secukup rasa mengikut citarasa masing-masing
    • 1 tsp esen vanilla
    • Biskut oreo secukup kegunaan ( perisa ~ oreo with vanilla cream ) _ asingkan cream dari biskutnya & asingkan 28 keping cream untuk kegunaan nanti
    • Biskut oreo double delight ( peanut butter n choc cream ) secukup kegunaan _ dicincang kasar


    Cara-Cara
    1. Kisar biskut oreo yang telah diasingkan dari creamnya dengan menggunakan food processor. Ketepikan.
    2. Pukul cream cheese hingga lembut. 
    3. Kemudian masukkan 28 keping cream oreo perisa vanilla dan pukul hingga sebati.
    4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga lembut berkrim.
    5. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
    6. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
    7. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
    8. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ke dalam bekas yang digunakan.
    9. Kemudian picitkan adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan sedikit biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang ( peanut butter n choc cream ).
    10. Picitkan lagi adunan krim keju di atasnya.
    11. Lapis lagi dengan biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang di atasnya.
    12. Letakkan sebiji biskut oreo ( peanut butter n choc cream ) di atasnya.
    13. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

    ::  Sekadar idea untuk hantaran pertunangan  ::



    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>