Thursday, March 13, 2014

~ Sebelum & Selepas LR + Photoshop | Resipi Tuna Sandwich...

Sheery Dream Cakes | 9:22 AM | | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana hendak tunjukkan gambar sebelum dan selepas diedit .. Kadang-kadang melihat perbezaan dari gambar lebih mudah difahami .. Dari sana anda sendiri menilai apakah hasil karya anda itu perlu atau tidak perlu diedit... Sebab seringkali pertanyaan diajukan ~ Perlukah gambar masakan diedit dan apakah dengan mengubah setting di Tone Curve itu akan menghasilkan tone yang dikehendaki? Baiklah.. Cuba anda teliti contoh gambar di bawah..


:: Gambar B ~  ISO 200    50mm    f/5.6   1/15 sec   :: 


Gambar B merupakan gambar sebelum diedit... Gambar di atas pula setelah ianya diedit dengan proses di SINI .. Gambar keduanya memang nampak perbezaannya kan... Jadi, tiada langsung persoalan perlu atau tidakkah sesuatu gambar itu diedit sebab ianya bergantung kepada diri masing-masing... Jika anda lebih suka gambar B anda tidak perlu lah mengeditnya.. Jika suka Vintage Look... Anda boleh editnya di Lightroom dan Photoshop... Secara peribadi, Diana lebih suka jika gambar itu diberi sentuhan sedikit mengikut citarasa masing-masing... 


::  Atau anda lebih suka tone seperti ini?  ::





::  Vintage Look? ::



Jadi, keputusan di tangan anda.... Semua tone hasil karya anda boleh anda hasilkan di Lightroom dan Photoshop... Apa kata kita tengok pula resipinya.. Alaaa.. resipi mudah dan semua orang tahu membuatnya kan kan.. Hehehehe....


TUNA SANDWICH


Bahan-Bahan
  • Roti
  • Tuna dalam tin _ ( Diana guna Ayam Brand ~ boleh guna deli spread with tuna / tuna mayonnaise / pilihan anda ) 
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Hirisan bawang ( jika suka )
  • Daun salad pilihan anda
  • Sedikit kobis ungu cincang
  • Sedikit mentega

Cara-Cara 
  1. Campurkan kobis ungu bersama tuna dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Sapukan mentega pada sekeping roti dan susun daun salad di atasnya.
  3. Kemudian ratakan tuna di atasnya.
  4. Susun hirisan timun, tomato dan bawang ( jika suka ).
  5. Susun daun salad di atasnya.
  6. Sapukan sekeping lagi roti dengan sedikit mentega dan letakkan di atas sandwich tadi.
  7. Hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 7, 2014

~ Resipi Kurma Daging...

Sheery Dream Cakes | 10:00 AM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang ... 

Hari ini hari yang sibuk buat Diana... Pada saat dan ketika ini.. ada sedikit masa terluang..
Jadi bolehlah buat entri sekejap kan.. :). Resipi ulang tayang sebenarnya... Dulu resipi ini Diana buat untuk Ayam... Kelmarin Diana tukar ayam tu kepada daging...



Sibuk dan kelam kabut punya cerita... Tengoklah cili merah tu.. Hehhee.. potongannya pun tak betul...  abaikan sahaja lah ya... ^___^. Jom tengok resipinya...

KURMA DAGING  


Bahan-Bahan
  • 1 kg daging _ dipotong kecil-kecil
  • 70 gm rempah kurma Adabi ( boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • 2 biji cili merah _ dibelah dan buang bijinya
  • 2 biji bawang besar _ dibelah 4 
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 70 gm kerisik
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp susu pekat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air panas
  • 200 ml santan pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai

Cara-Cara
  1. Campurkan gula, rempah kurma dan air panas. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit aromanya. 
  3. Masukkan campuran rempah kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging dan gaul rata. Tutup penutup periuk dan masak sehingga daging masak.
  5. Setelah itu, bolehlah dimasukkan santan pekat dan air secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tambahkan air asam jawa, susu pekat dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan kerisik. Gaul dan masukkan pula bawang besar dan cili merah. Masak seketika.
  8. Angkat dan hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, March 2, 2014

~ Resipi Bubur Ubi Badak / Ubi Belalai...

Sheery Dream Cakes | 9:57 AM | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana nak kongsikan resipi campak-campak sahaja.. Bulan lepas punya cerita.. Hari ini baru boleh kongsikannya di sini... Ubi Badak atau ianya dipanggil Ubi Belalai di sesetengah tempat.. memang amat sukar untuk didapati di tempat Diana... Kadang-kadang setahun dua tidak nampak dijual di sini.. Mungkin juga ada dijual tetapi Dinana yang tidak nampak kan...


BUBUR UBI BADAK / UBI BELALAI  


Bahan-Bahan
  • Ubi badak / Ubi belalai  _ dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • Santan cair dan santan pekat secukup kegunaan atau boleh guna santan dalam kotak
  • Gula pasir 
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Cuci dan bersihkan ubi badak / ubi belalai dan toskan.
  2. Masukkan ubi ke dalam periuk bersama sedikit air.
  3. Rebus sehingga ianya hampir masak kemudian masukkan santan cair. Gaul dan biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Gaul rata dan didihkan seketika. Sesuaikan rasa. 
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang panas atau sejuk.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 28, 2014

~ Resipi Prata Wraps...

Sheery Dream Cakes | 10:04 AM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak ternampak Prata Wraps yang Che Mat Gebu buat tempoh hari... Asyik terbayang-bayang dan teringin sangat nak makan Prata Wraps... Memang mengoda dan tergoda tau...Kelmarin Diana buat lah... Hehehee... Cuma Diana tiada stock fillet ikan tempura.. Jadi Diana tukar kepada dada ayam panggang... Resipi ini sangat mudah dan sedaaaap!!! Terima kasih Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya...


:: Resipi Asal Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

PRATA WRAPS  


Bahan-Bahan
  • 2 keping prata segera jenama 'KAWAN'
  • 1 keping Fillet ikan tempura 'PACIFIC" _ ( Diana tukar kepada dada ayam panggang.. Rujuk di bawah resipinya )
  • 4 helai daun salad ( che mat guna butterhead salad )
  • 2 biji jeruk gherkins, hiris memanjang
  • 1 biji tomato, hiris
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • Sos thousand island secukupnya

Cara-Cara
  1. Goreng terendam fillet ikan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Biar sejuk. Sementara itu bakar roti prata hingga masak, guna api kecil dan pastikan roti prata tidak terlalu garing. Ketepikan.
  2. Kerat 2 fillet ikan yang telah digoreng tadi ( fillet ikan PACIFIC ni saiznya besar ), kemudian belah 2 setiap keratan. Ambik sekeping prata, susun 2 keping daun salad, diikuti jeruk gherkins, tomato, bawang dan 2 bahagian fillet. Paipkan dengan dengan sos thousand island secukupnya. Lipat prata kanan dan kiri kemudian anda boleh ikat bahagian tengahnya macam che mat buat tu. Hidangkan segera...



DADA AYAM PANGGANG  
:: Oleh ~ SheeryDreamcakes @ skybluemelleymey

Bahan-Bahan
  • 1 keping dada ayam ( sebaiknya guna ayam segar ) _ dihiris kasar
  • Garam 
  • Gula 
  • Sedikit madu jika suka 
  • Serbuk kunyit _ ( * boleh guna kunyit hidup dan kisar bersama bahan-bahan A di bawah )

Bahan-Bahan A ( dihiris dan ditumbuk / kisar )

  • 2 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2-3 biji cili padi ( boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 batang serai 

Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dan perap selama 15 minit atau lebih ( lebih lama lebih elok ).
  2. Panggang ayam menggunakan pemanggang ajaib sehingga ayam empuk.
  3. Keluarkan ayam dari pemanggang dan sedia untuk dinikmati.


  ** NOTE ~ Resipi ayam ini boleh juga digunakan untuk memerap sayap ayam, ikan atau sosej. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>