Tuesday, September 9, 2014

~ Resipi Pau Sambal...

Sheery Dream Cakes | 10:50 AM | 1 Comment so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pau Sambal atau dikenali juga sebagai Burger Malaysia merupakan kuih yang sangat digemari ahli keluarga Diana.. Syaratnya... Ha' ada syarat tu.. hehehhee... Sambalnya kenalah bubuh banyak-banyak... Sedaaap...

Untuk merujuk resipi Pau Sambal ini sekali lagi kita singgah di Dapur Tanpa Sempadan ... Buat Che Mat.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya Che Mat... Terima kasih... :)


:: Resipi Oleh ~  Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

PAU SAMBAL  

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar gula halus
  • 2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca besar lemak sayur ( shortening )
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1 1/4 camca teh instant yeast ( mauripan )
  • 120 ml air suam
  • Sambal tumis secukupnya _ ( resipi rujuk di bawah )
  • Hirisan timun secukupnya ( 10 keping )
  • Kepingan keju ( che mat guna cisdale sekeping potong 4 ) _ Diana gantikan dengan burger daging ayam 
  • Sedikit daun salad ( optional )

Cara-Cara
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus ( dari resipi yang sama ). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuahn berbuih2. Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun, sekeping potongan keju dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.  


:: Resipi Oleh ~  1resepi Kuih  ( TQ )
:: Sumber ~  Aku Bukan Masterchef  ( TQ )

SAMBAL IKAN BILIS  

Bahan-Bahan
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan ( bakar )
  • 10 tangkai lada kering ( rebus dan kisar halus )
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 1/2  cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-kuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir, jus asam jawa ( Diana bubuh secukup rasa ) dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sedia untuk dinikmati bersama pau goreng atau makanan kegemaran anda.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, September 7, 2014

~ Beef Burger Pancake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 5:04 PM | | 1 Comment so far



Assalamualaikum dan Salam Sayang....

Anda suka makan burger? Atau pancake? Ermmm... Mungkin juga keduanya sekali? Jika anda suka dengan kedua menu itu.. Apa kata kita gabungkan keduanya sekali.. Menikmati 2 menu dalam satu hidangan.... Menarik bukan? 


Beef Burger Pancake!!! Itulah menu sarapan kami pagi tadi... Sangat mengenyangkan.. Kenyang sampai ke tengahari.. Tak perlu ambil lunch lagi tadi... Hehheee.... 



Untuk menu ini anda hanya perlu sediakan bahan-bahan seperti berikut ya....



BEEF BURGER PANCAKE  
Hidangan untuk seorang.

Bahan-Bahan
  • 2 keping daging burger _ dimasak seperti biasa
  • 2 keping pankek
  • 2 biji telur mata
  • 2 keping daun salad _ (  sekeping dihiris halus )
  • Tomato _ dipotong dadu
  • Pickles ( jeruk timun )
  • Hirisan bawang besar jika suka
  • Mayonis atau boleh juga guna Sos thousand island
  • Sos cili


Cara-Cara
  1. Ambil sekeping pankek dan susun daun salad, jeruk timun, hirisan bawang besar serta sekeping daging burger. Picit kan sos cili dan mayonis / sos thousand island di atasnya. Susun tomato yang dipotong dadu.
  2. Kemudian letakkan sebiji telur mata di atasnya dan picitkan lagi sos pilihan anda.
  3. Ulang lagkah di atas sehingga semua bahan digunakan.
  4. Nikmati ketika ianya masih panas bersama kentang goreng.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 6, 2014

~ Resipi Satay Ayam & Daging Bersama Kuah Kacang...

Sheery Dream Cakes | 9:47 PM | | | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Malam ini Diana hendak kongsikan resipi Satay yang sangat sedap ditekak kami sekeluarga... Resipi oleh Mas @ Duniaku .. Kepada pengemar satay tu bolehlah mencuba resipi ini ya... Memang sedaaap tau.. Rugi tidak mencubanya... 

Buat Mas.. Terima kasih kerana sudi kongsikan bersama kami resipi Satay yang sedap ini ya .. Izinkan akak pula kongsikannya di blog akak ya..

:: Resipi Oleh ~ Mas @ Duniaku  ( TQ )

SATAY AYAM & DAGING BERSAMA KUAH KACANG

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam _diambil bahagian isi - dipotong kecil-kecil
  • 15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 cm halia
  • 10 - 15 tangkai cili kering _ ikut kepedasan sendiri
  • 10 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan teh gula pasir _ resepi ni memang menggunakan banyak gula
  • 5 sudu besar madu
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

Cara-Cara
  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. 
  2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
  3. Tuang madu dan sebatikan lagi. 
  4. Perap 24 jam .
  5. Boleh dicucuk-cucuk pada lidi dan dibakar hingga masak.


Satay yang sudah siap dicucuk Diana masak/ bakar di dalam oven 3/4 masak.. Kemudian Diana pindahkannya ke dalam Grill Pan dan bakar sehingga satay masak di atas api sederhana.. Apabila satay sudah masak.. Bolehlah kita nikmatinya bersama ketupat dan kuah kacang atau biasa juga dipanggil dengan nama kuah satay... Kali ini Diana gantikan kacang tanah kepada kacang gajus... Rasanya sedap berlemak dan pekat dari kuah kacang tanah... Apa-apa pun ianya mengikut selera masing-masing kan... Jom semak resipi kuah kacang pula....

:: Resipi Oleh ~  Kak Fida @ MyResipi.com  ( TQ )
:: Sumber ~  Mas @ Duniaku  ( TQ )

KUAH KACANG / KUAH SATAY 

Bahan-Bahan
  • 300 gm kacang tanah _ sangar dan kisar  ( Diana gantikannya dengan kacang gajus )
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • 40 gm asam jawa
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 cawan minyak masak _ untuk menumis

Bahan kisar
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu besar ketumbar biji _ sangar
  • 1 sudu kecil jintan kasar _ sangar
  • 1 sudu kecil jintan halus _ sangar
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia muda
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 batang serai _ hiris
  • 20 gm udang kering _ ( Diana tidak bubuh )

Cara-Cara
  1. Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.
  3. Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa mengacau.
  4. Selamat mencuba.

** NOTE ~
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit-sedikit air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu... Kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Kari Ayam Berkerisik...

Sheery Dream Cakes | 11:05 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Moga hari ini lebih baik dari semalam.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau anugerahkan ini... Masih berpeluang hidup sehari lagi dan moga diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang... Amin...


Baiklah.. hari ini Diana ingin kongsikan satu resipi yang sedap dari Dapur Tanpa Sempadan .. Memang sedap dimakan bersama nasi panas... Ya Allah, Syukur di atas nikmatMu... Jutaan terima kasih kepada tuan empunya blog DTS.. Siapa lagi kalau bukan Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu kan.... Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi begitu banyak resipi yang sedap-sedap.. Pelbagai resipi menarik dapat dirujuk di DTS... Terima kasih sekali lagi Che Mat... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya Che Mat...


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

KARI AYAM BERKERISIK 

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam kampung ( berat kurang lebih 1 kg ) _ Diana tidak guna ayam kampung
  • 4 - 5 biji kentang saiz sederhana
  • 1 1/2 camca besar kerisik
  • 5 camca besar rempah kari daging ( Baba's )
  • 2 camca besar cili kisar ( kalau suka pedas, boleh tambah )
  • 1.2 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air panas secukupnya

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan-Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga


Cara-Cara
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibersihkan. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis, perap 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata2 hingga menjadi pes ( tambah sedikit air jika perlu ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang santan cair, kacau dan masak denga api sederhana hingga mendidih dan ayam empuk ( kalau kuah kering, tapi ayam belom empuk, tambah air panas secukupnya ). Masukkan kentang ( toskan ) dan asam gelugor. Terus memasak hingga kentang empuk.
  4. Tuang pati santan, masukkan kerisik dan kacau rata2. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api perlahan dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat, pulut kuning, roti atau lempeng.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>