Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini kita ke negara Korea pula ya.. Resipi yang ingin dikongsikan ni merupakan salah satu street food yang boleh dikatakan popular juga bagi pelancong di Korea Selatan. Alhamdulillah Diana diberi peluang merasa Gyeran-Bbang ni semasa melancong di Korea Selatanbaru-baru ini. Texture Gyeran-Bbang lembut seakan kek . Ianya sangat sedap dimakan ketika ianya masih panas lagi.
Sebelum Diana merasa sendiri makanan di Korea, Diana memang bukan penggemar makanan Korea. Tetapi setelah menikmati makanan Korea di sana, terus jatuh cinta dengan makanan Korea. Jika diberi peluang kembali bercuti di Korea Selatan lagi, In Shaa Allah.. Tarikan yang membuatkan Diana ingin ke sana lagi semestinya makanannya.
Sebelum kita semak resipi Gyeran-Bbang ni, apa kata kita tengok sedikit gambar yang diambil ketika berada di Korea Selatan.
Ini lah hero kami ketika berada di Korea Selatan. Hehhehe... Ramadhan, Professional Photographer dari weds.byjjhp . Jika anda ingin bercuti ke Korea Selatan pada musim sejuk, ada baiknya membawa seorang kawan yang pandai mengambil gambar atau professional photografer bersama anda. Sebab jika kebetulan salji turun dengan lebatnya, percayalah anda pasti tidak akan dapat mengambil gambar dengan baik. Dalam keadaan yang sejuk di dalam salji yang lebat, pasti amat sukar mengambil gambar dengan baik jika kita tidak biasa mengambil gambar. Jadi, kepada sesiapa yang masih tercari-cari photographer untuk hari bahagia dan honeymoon.. Atau mungkin ingin merakamkan detik-detik istimewa percutian keluarga anda? Apa kata anda hubungi weds.byjjhp. hasil karya photography yang menarik dan anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya..
Terima kasih buat Ramadhan dan isteri kerana membuatkan percutian kami lebih bermakna dan anda berdua memang terbaik.
Ketika kami berada di Korea Selatan, nasib kami sangat baik kerana salji turun dengan lebatnya. Bukan semua orang yang melancong ke negara 4 musim akan dapat merasai pengalaman salji turun. Kawan Diana sebagai contoh, sudah banyak kali dia melancong ke negara 4 musim ketika musim sejuk. Namun sekali pun dia tidak pernah dapat pengalaman ketika salji turun. Yang ada hanya longgokan salji sahaja katanya.
Baiklah.. Berbalik kita kepada resipi Gyeran-Bbang ini ya. Gyeran-Bbang yang Diana makan ketika di Korea Selatan hanyalah plain egg bread. Hanya adunan tepung dan telur sahaja. Sebenarnya ada banyak versi lagi. Kita pun boleh bubuh apa-apa bahan mengikut citarasa kita sendiri.
Terasa rindu hendak makan Gyeran-Bbang.. jadi Diana google resipinya. Buat pagi tadi untuk sarapan kami sekeluarga. Buat 4 kali adunan di bawah.. Hehhehe.. Alhamdulillah.. Sedap di tekak kami dan mudah juga untuk membuatnya. Terima kasih kepada Maangchi di atas resipi yang sedap ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini. Jika anda ingin mencuba nya, boleh rujuk resipinya di bawah ya.
GYERAN-BBANG ( KOREAN EGG BREAD )
Bahan-Bahan Lain

:: Resipi Oleh ~ Maangchi ( TQ )
GYERAN-BBANG ( KOREAN EGG BREAD )
Untuk 3 biji gyeran-ppang ( mini loaf pans 4 x 2 x 1½ inci )
Bahan-Bahan Adunan Tepung
Bahan-Bahan Adunan Tepung
- 1 tablespoon unsalted butter _ cairkan
- 3 tablespoons gula
- secubit garam
- 1 teaspoon baking powder
- 1/2 teaspoon vanilla extract
- 1/2 cawan all purpose flour
- 1/2 cawan susu
- 1 biji telur
Bahan-Bahan Lain
- 3 biji telur
- 1 teaspoon minyak masak _ Diana guna mentega
- 1 batang mozzarella cheese ( optional ), potong kepada 6 bahagian kecil _ Diana guna parutan cheddar cheese
- 1/2 batang sosej keju _ dihiris nipis ( Diana tambah )
- Ayamas lof daging ayam _ di potong kecil
- Daun bawang _ dihiris halus ( Diana tambah )
- Daun sup _ dihiris halus ( Diana tambah )
- Lada hitam kisar ( Diana tambah )
Cara-Cara
- Adunan Tepung : Satukan mentega cair, gula, garam, baking powder, vanilla extract, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
- Panaskan oven kepada 400°F ( 200°C ).
- Sapukan loyang dengan minyak ( Diana guna mentega dan taburkan sedikit tepung ).
- Masukkan adunan ke dalam loyang sehingga 1/2 penuh.
- Bubuh lof daging ayam, sosej, parutan keju cheddar atau keju pilihan. Pecahkan sebiji telur ke dalam adunan tepung dan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan lada hitam kisar di atasnya.
- Bakar di dalam oven selama 15 minit. ( Diana bakar selama 18 minit dan setelah ianya masak , biarkan di dalam oven selama 1 minit sebelum dikeluarkan ).
- Keluarkan dari oven dan nikmati ketika ianya masih panas.
:: NOTE ~ Jika suka, sedap juga bubuh mayonis dan sos cili.