Thursday, May 4, 2017

~ Resipi Bihun Goreng Taucu...

Sheery Dream Cakes | 8:53 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersua kembali kita di entri kedua untuk hari ini. Bihun lagi? Hehehe... Entri kedua ni pun masih lagi dengan bihun rupanya ya. Cuma untuk entri ni Diana ingin kongsikan resipi Bihun Goreng Taucu. Diana masak untuk sarapan pagi tadi  sebenarnya ni. Nak resipinya? Anda boleh rujuk di bawah ya.


BIHUN GORENG TAUCU

Bahan-Bahan
  • 400 gm bihun _ direndam hingga lembut dan toskan
  • 160 gm udang _ kupas kulitnya dan bersihkan
  • Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris halus
  • 1 biji cili merah _ buangkan bijinya dan dihiris halus
  • 7 batang daun kucai _ potong 1 inci panjang
  • 3 tbsp taucu manis Yeo's
  • 2 tbsp cili boh
  • 2 tbsp sos tomato
  • Sos cili ( bubuh mengikut citarasa masing-masing )
  • Telur dadar _ dihiris
  • Bawang goreng
  • Garam 
  • Gula


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan separuh hirisan cili merah hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang kering, cili boh, taucu manis, sos cili, sos tomato, sedikit gula dan garam. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan udang dan gaul rata. Masak seketika. 
  4. Masukkan bihun dan daun kucai. Gaul hingga mesra ( tambahkan sedikit air jika perlu ). Goreng bihun hingga garing.
  5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan baki hirisan cili merah dan bawang goreng. Gaul rata.
  6. Tutupkan api dan angkat.
  7. Hidang bersama hirisan telur dadar.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Bihun Tom Yam Makanan Laut...

Sheery Dream Cakes | 12:38 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun, MihunMi hoonMee Hoon, atau Bee Hoon, itulah panggilan yang biasanya kita dengar.. Walau apa juga pun sebutannya, ia merupakan 1 jenis makanan yang sama. Bihun merupakan sejenis mee yang diperbuat dari tepung beras. Ia berbentuk nipis , panjang dan mempunyai texture yang kenyal. Bihun boleh dimasak secara kering ataupun basah. Ada yang suka makan bihun goreng dan tidak kurang juga yang suka ianya dicampur di dalam kuah atau sup. 

Diana sendiri lebih suka makan bihun tom yam berbanding bihun goreng. Anda pula bagaimana? Apa-apa pun, mari kita semak resipi bihun tom yam makanan laut di bawah ya.


BIHUN TOM YAM MAKANAN LAUT

Bahan-Bahan A
  • 4 bungkus ( 40 gm setiap bungkusan ) Perencah Tom Yam Kung Adabi
  • Udang _ kupas kulitnya dan bersihkan ( ambil kepalanya untuk kegunaan nanti )
  • Sotong _ dipotong ikut suka dan bersihkan
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • Cili padi Siam ( bubuh ikut citara masing-masing )
  • 2 batang serai _ dititik
  • 1 inci lengkuas _ diketuk dan cincang
  • 6 helai daun limau purut _ dicarik-carik
  • 2 biji buah tomato _ dipotong 8
  • 4 keping tauhu putih _ dipotong kecil
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin cendawan butang _ toskan dan dihiris nipis
  • Jus limau nipis secukup rasa
  • Daun ketumbar _ dihiris
  • Sos ikan secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Gula
  • 6 cawan air ( boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing )

Bahan-Bahan Sampingan
  • Bihun _ dicelur dan toskan 
  • Limau kasturi
  • Hirisan daun ketumbar
  • Fillet ikan _ dipotong ikut suka dan campurkan dengan lada hitam kisar, lada putih kisar, garam, kuning telur, tepung ubi kayu dan tepung jagung ( nisbah tepung 1:1 ). Perap 10 minit dan kemudian goreng hingga masak kekuningan. Ketepikan.

Cara-Cara
  1. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang besar,daun limau purut, perencah tom yam, jus limau nipis, cili padi siam dan hirisan daun ketumbar ke dalam periuk yang sesuai. Masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, garam, cendawan butang, sotong, kepala udang dan udang. Gaul rata dan biar sehingga ianya masak.
  3. Masukkan buah tomato dan tauhu putih. Gaul secara lembut agar tauhu tidak hancur.
  4. Tambahkan susu cair dan sesuaikan rasa. Didihkan seketika.
  5. Tutupkan api dan angkat.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk yang telah disusun bihun celur dan fillet ikan goreng.
  7. Taburkan hirisan daun ketumbar dan perahkan jus limau kasturi ketika menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, April 30, 2017

~ Resipi Ikan Tenggiri Panggang...

Sheery Dream Cakes | 2:11 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran kembali bersama resipi Ikan Tenggiri Panggang. Ikan tenggiri kalau dimasak panggang macam ni sememangnya kegemaran Diana. Makan bersama sambal cili. Aduuuh!! Sedapnyaaa. Nak masaknya pun mudah. Diana pasti ramai yang sudah tahu cara nak panggang ikan tenggiri kan. Tapi Diana kongsi jugalah resipi campak-campak ni buat rujukan dikemudian nanti ya.


IKAN TENGGIRI PANGGANG

Bahan-Bahan
  • Ikan tenggiri _ dibersihkan dan dikelar
  • Bawang putih _ diparut
  • Halia _ diparut
  • Jus lemon
  • Lada hitam kisar
  • Minyak zaitun
  • Garam 

Cara-Cara
  1. Campurkan garam, parutan bawang putih, parutan halia dan minyak zaitun ke dalam manggkuk yang sesuai. Gaul rata.
  2. Sapukan pada bahagian perut dan pada keseluruh ikan hingga rata.
  3. Taburkan lada hitam kisar pada keseluruhan ikan. Perap ikan selama 30 minit.
  4. Panggang ikan sehingga ianya masak.
  5. Hidang bersama sambal cili kegemaran anda.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, April 29, 2017

~ Resipi Nasi Goreng...

Sheery Dream Cakes | 2:32 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Tadi pun ada jemputan dan esok sekali lagi jemputan ke majlis perkahwinan. Selamat Pengantin Baru buat yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni dan esok ya.

Baiklah.. Kelmarin pagi Diana hanya masak nasi goreng untuk sarapan di rumah ni. Nasi goreng yang simple sahaja. Diana cukup yakin, ramai yang suka makan nasi goreng kan. Pelbagai resipi Nasi Goreng yang ada sekarang ni. Nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan banyak lagi menu-menu baru nasi goreng yang ada. Kali ni resipi nasi goreng apa pula yang Diana ingin kongsikan? Jika nak tau, jom semak resipinya di bawah..


NASI GORENG

Bahan-Bahan A
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana _ dibuangkan kulit dan kepalanya, bersihkan
  • 4 batang sosej _ dikelar 
  • 3 keping lof daging ayam
  • Sos tiram
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Campurkan sosej dan lof daging ayam dengan sos tiram dan gula. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Buat begitu juga untuk udang. Perap selama 5 minit.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng pula sosej dan lof daging ayam hingga masak. Angkat dan hiris kecil-kecil. Ketepikan.

Bahan-Bahan B
  • 5 cawan nasi sejuk
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 bungkus Perencah nasi Goreng Adabi
  • Segenggam udang kering _ direndam di dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan tumbuk kasar
  • Daun bawang _ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula ( optional )
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Sampingan
  • Telur mata
  • Hirisan timun
  • Hirisan buah tomato

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan udang kering dan tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan perencah nasi goreng Adabi, sedikit gula dan garam secukup rasa. Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Lepas itu bolehlah dimasukkan nasi yang telah diperoikan dan gaul rata. Goreng seketika.
  5. Akhir sekali masukkan udang goreng, lof daging ayam goreng dan hirisan daun bawang. Gaul dan tutupkan api.
  6. Angkat dan hidang bersama sosej goreng dan bahan-bahan sampingan.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>