Assalamualaikum dan Salam Rindu dari Diana...
Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Sebenarnya hari ni Diana masih lagi dalam bercuti berblog tapi... disebabkan sayang Diana kepada anda semua Diana update ler 1 entri pada hari ni.. Lagi pun ada permintaan dari seorang kawan kat BBM ( Blackberry Messenger ) yang nak resipi nie secepat mungkin.. Nak buat kek ni hari ni katanya.. :). Ada juga permintaan dari kekawan kat fb kalau tak silap Diana kan..
Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Bersiaran bersama resipi Salt Cheese Crackers Ceam Cake.. Kek ni lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cheese Persona.. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahannya ya... Resipi kali ni Diana ikut dari blog Emiza's Life... Cuma kuantiti menteganya tu Diana kurangkan sedikit.. Ampun ya Emiza... Halal ya.. Terima kasih buat Emiza kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini Emiza... Terima Kasih..

:: Sumber Dari ~ Emiza's Life ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ skybluemelleymey ( Dalam tulisan merah )
SALT CHEESE CRACKERS CREAM CAKE
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega _ ( Diana hanya bubuh 125 gm mentega )
- 250 gm cream cheese
- 1 cawan gula aising
- 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
- 2 bungkus Khong Guan salt cheese crackers _ ( Diana guna salt cheese crackers + biskut marie perisa coklat Jenama Lee secukup kegunaan )
- 1 cawan susu segar atau susu jenis lain _ ( Diana guna susu segar )
Cara-Cara
- Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
- Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas... ( *** Yang Diana buat seperti versi Ryo ~ Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping salt cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun d dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
- Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
- Ulangi proses No.4 dan No.5.. ( *** Untuk lapisan biskut yang terakhir, Diana pula guna biskut marie berperisa coklat yang dicelup di dalam susu segar suam ).
- Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah kepada citarasa masing-masing.
- Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
- *** Akhir sekali Diana buat seperti versi Ryo juga ~ taburkan dengan serbuk biskut marie berperisa coklat yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis ).
- Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.
*** Biskut yang Diana gunakan tu seperti di bawah ini ya...