Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...
Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar kita sudah pun berada di hujung bulan November kan... Tak lama lagi tiba pula tahun baru.. Ada 2 bulan lagi sebelum SBK menyambut ulangtahun ke 2... Blog yang masih baru lagi di alam maya ini... Baru nak menjangkau usia 2 tahun.. Itu pun kalau sempat kan.. Ermmm... InsyaAllah jika diizinkan Allah.. Sempat lah SBK menyambut ulang tahun ke 2 tu ..
Baik lah.. Untuk kali ini Diana hendak kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk mendapatkan kesan cerah di belakang.. Sama ada hendak mendapatkan kesan putih ataupun warm effect.. Caranya sama sahaja ( itu bagi pendapat Diana ya.. orang lain mungkin ada cara / pendapat yang berbeza ).. Sebab bagi Diana, ianya boleh di edit menggunakan LR dan Adobe Photoshop.. Jadi setting kamera semasa menggambil gambar amat penting dalam soal ini.. Itu sebabnya kenapa dulu pernah Diana beritahu bahawa jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ianya sangat mempengaruhi mood gambar yang hendak kita ambil.. Nak tau bagaimana Diana mengambil gambar yang dimaksudkan? Caranya seperti gambar di bawah ini ya..
:: Ini hasilnya ::
Anda boleh menggunakan 1 keping sahaja white foam board seperti gambar di bawah ini... Diana lebih banyak menggunakan 2 keping foam boards sebab cahaya yang kita perolehi lebih terang berbanding hanya menggunakan 1 keping foam board sahaja.. Ianya bergantung juga mood gambar yang hendak anda ambil..
:: Ini Hasilnya ::
Untuk mendapatkan gambar seperti di atas ini pula... Diana buat cara yang sama dengan menggunakan 2 keping foam boards dan tutup pintu dengan kain putih yang sangat nipis ( yang boleh menembusi cahaya )..
Sekarang, kita tengok pula hasil karya yang diambil tanpa white foam board dan diambil ketika cahaya terang ( cuaca sangat cerah ).
:: Inilah hasilnya ::
Contoh lain boleh tengok gambar di bawah ya..