Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kek coklat jika digabungkan bersama cream cheese dan chocolate ganache, sememangnya satu gabungan yang sesuai. Kali ini Diana ingin kongsikan resipi kek coklat yang digabungkan bersama biskut cream cracker dan dilapis pula dengan cream cheese frosting berserta curahan chocolate ganache. Alhamdulillah seisi keluarga suka makan kek ini.
Baiklah, apa kata kita semak bahan-bahan dan cara menyediakan kek ini.
:: Olahan : skybluemelleymey
CREAM CRACKER CHOCOLATE LAYERED CHEESECAKE
Bahan-Bahan
- Kek coklat _ Resipi Kek Coklat klik DI SINI
- Cream cheese frosting secukup kegunaan _ Resipinya boleh rujuk di bawah
- Chocolate ganache _ Resipinya rujuk DI SINI ( untuk kali ni Diana bubuh sedikit garam di dalam resipi ni )
- Cream crackers Hup Seng secukup kegunaan
- Susu segar suam secukupnya
Cara Melapis
- Sediakan bekas / loyang yang dialaskan dengan plastik / baking paper.
- Letakkan kek coklat di dalamnya.
- Kemudian sapukan atau paipkan adunan cream cheese di atas kek coklat tadi.
- Celup cream crackers ke dalam susu segar suam ( celup sekejap sahaja, jangan sampai lembik ) dan susun di atas kek coklat.
- Sapukan atau paipkan adunan cream cheese sekali lagi di atasnya.
- Curahkan chocolate ganache di atasnya.
- Kemudian sapukan atau paipkan adunan cream cheese di atasnya.
- Setelah itu celup cream crackers ke dalam susu segar suam ( celup sekejap sahaja,jangan sampai lembik ) dan susun di atasnya.
- Ulang langkah ini sehingga habis.
- Akhiri dengan lapisan chocolate ganache.
- Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum di potong.
** NOTE :~
Jika anda ingin membuat Tiramisu Cheesekut, anda boleh gantikan susu segar suam dengan air nescafe suam ya.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-Bahan
Resipi asal Diana ikut dari blog Nina Mirza sebenarnya. Nama dessert ni Tiramisu Cheesekut. Untuk resipi asal Diana salin resipinya di bawah ya. Terima kasih buat Nina dan izinkan akak kongsikannya di sini ya.
CHEESEKUT TIRAMISU style NINA
Resipi Oleh Nina Mirza
Bahan-Bahan
- 1 bungkus atau lebih biskut lemak. Apa jenama pun tak kisah
- 250gm cheese cream ( Philadelpia/Tartura )
- ½ tin susu pekat manis
- ½ paket oreo hancur – beli kat bakery
- Chocolate cream atau nutella secukupnya
- Choc moist cake untuk base – kalau tak der just abaikan aje
- Serbuk coklat untuk hiasan
Cara Penyediannya
- Mula-mula sediakan cream cheese. Masukkan cream cheese dalam mixer bowl dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan sikit susu pekat manis dan pukul lagi hingga kembang dan sebati rata. Ketepikan.
- Ok sekarang dah siap cream cheese. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik – nanti senang nak keluarkan.
- Sediakan air nescafe suam.
- Ok dah siap, Kita mulakan proses melapis. Choc moist cake dipotong dan susun dalam bekas plastik tadi sebagai base. Kalau tak der, abaikan saje step ini.
- Lepas tu, ambil sekeping biskut dan celup dalam air nescafe tadi terus kat atas choc moist cake tadi...( Celup 1 saat saja )
- Selepas dah susun, sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan.
- Kemudian taburkan rata-rata oreo hancur kat atas lapisan cheese tadi. Letak banyak-banyak lagi sedap!
- Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
- Kali ni Nina sapukan lapisan dengan cream chocolate pula. Kalau tak der boleh digantikan dengan nutella pun ok. Dan kalau tak der nutella, abaikan aje. Ulang proses melapis hingga habis dan biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
- Last sekali Nina taburkan rata serbuk coklat sebagai penutup. Nak senang dan cantik guna penapis. Ayak serbuk coklat kat atas tu.
- Tekan-tekan sikit permukaan tu. Simpan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.
:: Letak dalam bekas macam ni lebih senang nak makan :: |