Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Nak menangis rasanya.... :((.. Haih!! Apalah nasib!! Hari ini dalam sejarah SBK TEEEERRRRR DELETED KOMEN anda yang memberi komen dari entri Mango Sticky Rice hinggalah entri Kek Durian.. Semuanya berlaku dengan pantas sekali... Ini semua di sebabkan Anonymous yang sering meninggalkan komen yang ntah apa-apa.. Banyak dan panjang pula tu... Dengan tidak sengajanya Entah macam mana boleh terdeleted sama komen yang lain tu... Sedangkan Diana buka di bahagian Spam.. Hanya tandakan komen si Anon tu.. Haih!! Tetiba Diana tengok banyak pula komen yang terpadam juga.. Sepatutnya ianya tak berlaku kan sebab komen yang lain dah ada dalam ruangan komen pada entri tu.. Yang Diana tandakan hanya pada bahagian Spam tu.. SEDIIIIHNYAAAAAAAAAAA.... :((. Diana MOHON AMPUN DAN MAAF SEBAB TAK SENGAJA PADAM KOMEN ANDA SEMUA TU... Harap dimaafkan ya.. Huhuuuu..
Baik lah.. Memang hilang terus mood nak buat entri ini... :(. Tak tahu apa nak ditaip dah... Memang sesangaaaatlah sedih dan kecewa... Maaf sekali lagi.. Memang rasa bersalah yang teramat sangat... :((.. Yang pastinya tersenyum lebar lah si Anon tu kan... Entah kenapa selalu komen yang bukan-bukan.. Penat tau nak padam komen yang banyak tu wahai Anon.. Haih!! Apa- apa pun kita tengok sahaja lah resipi kali ini.. Mood nak bercerita dah hilang dah... :(
Kali ini bersiaran dengan bubur kacang hijau bersama jagung… Sedap dimakan panas mahupun sejuk… Tidak lupa juga sekeping atau lebih biskut cream crackers sebagai pelengkap menu ini.. Ada juga yang hanya suka bubur ini dimakan begitu sahaja.. Walau bagaimana pun cara menikmatinya, ianya tetap enak di tekak ini.
BUBUR KACANG HIJAU BERSAMA JAGUNG
Bahan-Bahan
- 1 1/2 cawan kacang hijau _ dicuci dan toskan
- 1 tin jagung manis dalam tin ( Diana guna Ayam Brand )
- 1 kotak ( 1 liter ) santan dalam kotak ( Ayam Brand )
- 1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
- Air secukup kegunaan
Bahan-Bahan A ( Secukup rasa )
- Garam
- Gula pasir
- Gula melaka
- Susu pekat manis
Cara-Cara
- Masak kacang hijau bersama air secukupnya sehingga airnya mendidih.
- Buangkan airnya dan tambahkan dengan air yang baru. Rebus sehingga ianya lembut dan pecah.
- Setelah kacang hijau masak bolehlah dimasukkan jagung manis, daun pandan, santan dan bahan-bahan A. Boleh tambahkan sedikit air jika suka.
- Biarkan ianya mendidih seketika dan sesuaikan rasa.
- Tutupkan api dan hidang.