Assalamualaikum dan Salam Sayang...
Ni nak cerita tentang Congo Bars yang Diana buat untuk hantaran pertunangan anak saudara Diana pada 01hb Jan 2012 lepas... Dah banyak kali Diana buat Congo Bars ni.. Ianya memang sedap... Tu yang tak jemu buatnya.. Memang dah ramai dah yang mencuba resipi ni kan... Dah la sedap... Senang pula nak buatnya tu...
Terima kasih kat tuan empunya resipi dan terima kasih juga kepada Akak Nor... Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya.. Untuk kali ni Diana ada juga tukar sedikit bahannya... Halal ya.. Apa kata kita tengok resipinya...
:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011
CONGO BARS
Bahan-Bahan
- 220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
- 150 gm mentega
- 3 biji telur
- 1 camca teh esen vanila
- 315 gm tepung serba guna
- 2 1/2 camca teh serbuk penaik
- 1/2 camca teh garam
- 300 gm serpihan coklat
- Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
- Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )
Cara-Cara
- Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
- Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
- Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
- Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Congo Bars ni Diana simpan di dalam bekas plastik macam ni sahaja.. Sebenarnya nak beli bekas yang lain.. Tapi sekembalinya Diana dari Sarawak hari tu.. Diana tengok kedai yang menjual bekas tu dah tutup... hanya buka selepas 01hb Jan... Huhuuu... Sedangkan pertunangan tu pada 01hb Jan... Nak tak nak beli saja bekas ni..