Wednesday, January 19, 2011

~ Mini Chang | Alkaline dumpling | Kee Chang

Sheery Dream Cakes | 10:56 AM | | Be the first to comment!




Bahan-Bahan
  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
  • Abu Chang / air alkali
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan untuk Chang ).
  • Tali pengikat Chang yang dibuat dari kulit batang pisang atau sejenis lalang / rumput kering _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara-Cara
  1. Campurkan beras pulut bersama abu chang / air abu chang / air alkali. Gaul sehingga beras pulut kelihatan kekuningan. Jangan bubuh terlalu banyak sebab nanti akan jadi pahit. 
  2. Bungkus chang seperti dengan daun buluh.
  3. Rebus selama 2 jam atau sehingga kee chang masak.
  4. Makan dengan susu pekat / gula / serikaya dan lain-lain.
** Boleh juga diisi inti dengan kacang hitam atau inti kegemaran.


::  Abu chang


:: Tali pengikat Chang ::



::  Yang sudah siap dibungkus  ::


::  Rebus sehingga chang masak  :: 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 17, 2011

~ Ayam Masak Lemon...

Sheery Dream Cakes | 8:32 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bertemu kembali dengan resipi Ayam Masak Lemon.. Jom selongkar resipinya..



AYAM MASAK LEMON

Bhn² A
  • Dada ayam _ belah 2
  • Gula
  • Sos plum
  • Lada hitam
  • Garam


Bhn² B ( Sos )

  • Sos plum
  • Sos tiram
  • Gula
  • GaramBawang putih _ d cincang
  • Bawang merah_ d cincang
  • Halia _ d cincang
  • Lemon _ ambil airnya sahaja



Bhn² C
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung 
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • ( ** Satukan kedua² tepung d atas.. Gaul hingga sebati )
  • Kuning telur


Cara²

  1. Campurkan kesemua Bhn² A. Perap selama 1 jam.
  2. Setelah itu, celupkan ayam yang d perap tadi ke dalam kuning telur.
  3. Salut kan ayam dengan campuran tepung gandum dan jagung.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak kekuningan... Angkat dan  toskan.
  5. Potong dan susun d atas piring.
  6. Susun hirisan lemon di atas ayam tadi.
  7. Tuangkan sosnya...


Cara²  menyediakan sos

  1. Tumis bhn² cincang hingga terbit wanginya.
  2. Campurkan sos plum dan sos tiram. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan gula dan garam jika perlu.. biarkan ianya mendidih seketika.
  4. Setelah itu tuangkan d atas ayam yang telah d goreng tadi.
  5. Hidang..



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


GOLDEN BUTTER PRAWN

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga udang masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 


::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 16, 2011

~ Resipi Udang Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:23 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini kita semak pula resipi Udang Sambal Belacan yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga…



UDANG SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 700 gm udang bersaiz besar _ dibelah belakangnya dan buangkan uratnya
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 8 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 tbsp belacan _ digoreng bersama sedikit minyak atau dibakar ( Diana lebih suka belacan yang digoreng bersama dengan sedikit sahaja minyak )
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 tbsp serbuk lada putih
  • Sedikit gula
  • Garam


Cara-Cara
  1. Perap udang bersama garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih selama 10 - 15 minit. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Kemudian masukkan belacan goreng / bakar dan tumbuk lagi hingga sebati. Ketepikan. 
  3. Setelah itu goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik aromanya.
  5. Masukkan cili kering dan belacan yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit gula dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa. Biarkan ianya mendidih.
  7. Setelah itu bolehlah masukkan udang goreng dan sesuaikan rasa.
  8. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata. Masak seketika.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>