Monday, January 17, 2011

~ Resipi Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


GOLDEN BUTTER PRAWN

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga udang masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 


::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







0 comments: