Sunday, January 16, 2011

~ Resipi Udang Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:23 PM |


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini kita semak pula resipi Udang Sambal Belacan yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga…



UDANG SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 700 gm udang bersaiz besar _ dibelah belakangnya dan buangkan uratnya
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 8 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 tbsp belacan _ digoreng bersama sedikit minyak atau dibakar ( Diana lebih suka belacan yang digoreng bersama dengan sedikit sahaja minyak )
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 tbsp serbuk lada putih
  • Sedikit gula
  • Garam


Cara-Cara
  1. Perap udang bersama garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih selama 10 - 15 minit. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Kemudian masukkan belacan goreng / bakar dan tumbuk lagi hingga sebati. Ketepikan. 
  3. Setelah itu goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik aromanya.
  5. Masukkan cili kering dan belacan yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit gula dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa. Biarkan ianya mendidih.
  7. Setelah itu bolehlah masukkan udang goreng dan sesuaikan rasa.
  8. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata. Masak seketika.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



0 comments: