Friday, May 6, 2011

~ Resipi Kek Sarang Semut...

Sheery Dream Cakes | 8:50 AM | 18 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita semak pula resipi Kek Sarang Semut.. Kek ini juga dikenali sebagai Kek Gula Hangus.. Kek yang sentiasa mendapat tempat di rumah ni.. Memang tak muak makan kek ni.. Cuma kekadang ada masanya kek ni tidak menjadi sarangnya tu.. Tak banyak lubangnya.. Bila ianya terjadi memang kecewa sesangat la kan.. Tapi tak apa.. Mungkin ada teknik yang kita tersilap.. Cuba lagi dengan teknik yang betul.. Dengan izinNya pasti menjadi.. Yang penting jangan putus asa ya..



:: Sumber ~ Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku  &  Widad @ MyR  ( TQ )


KEK SARANG SEMUT | KEK GULA HANGUS

Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega

Cara-Cara
  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan masak lagi hingga gula cair ( berhati-hati ketika menuangkan air tu.. sebab merecik yer ).
  3. Kemudian masukkan mentega dan tutupkan api. Ketepikan. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.
  4. Sementara itu, pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi dan kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung gandum dan soda yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
  7. Akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan sepenuhnya tadi.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3 - 4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana pada suhu 160°C - 180°C selama 1 jam.
  10. **  Diana pun ikut akak Yatie... bakar guna api bawah sahaja selama 40 minit dan api atas bawah selama 15 minit. 
  11. Sekiranya kek masih belum masak, bakar lagi 5 minit atau sehingga kek masak.



Gambar di atas merupakan Kek yang hanya adunannya diperap selama 2 jam. Gambar yang di bawah pula kek yang adunannya diperap selama 4 jam.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, May 4, 2011

~ Resipi Kek Batik Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 12:36 AM | 13 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Sebenarnya resipinya sama saja dengan Kek Batik tu.. Cuma tukarkan milo dengan horlicks ja.. Lepas tu tukar biskut tu kepada yang berperisa coklat dan Diana tambahkan juga dark choc semasa melapisnya... Mudah kan.. Hehehe.. Tapi Kek Batik Horlicks ni bukan la kegemaran Diana dan daughter.. Kalau hubby dan anak-anak lelaki Diana memang suka makan kek ni.. Selera masing-masing kan… :) 



KEK BATIK HORLICKS


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 2 cawan Nestle nestum original ( boleh dikurangkan atau tak bubuh pun boleh )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm) _ susu krimer manis cap junjung
  • Biskut Marie berperisa coklat ( Diana guna Lee brand )
  • Choc Rice secukupnya
  • Dark choc secukupnya

Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks. Pukul adunan sehingga ianya betul-betul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak adunan di atas api sederhana sehingga pekat. ( Tips memasaknya ada di SINI )
  6. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  7. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  8. Kemudian susun biskut marie dan dark choc di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  9. Taburkan choc rice di atasnya. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.
:: Gambar A ~ Yang nie lapisan kedua.. untuk lapisan pertama.. biskut tu tak perlu d patahkan. susun 3 baris. Lapisan kedua baru buat macam nie yer.. Lupa pula ambil gambarnya tadi.. huhuu  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 28, 2011

~ Ayam Masak Sos Cili Thai...

Sheery Dream Cakes | 11:31 AM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua... 


Wah!! Pepagi lagi dah tayang lauk ayam ni.. Hehehe.. Sebenarnya ni menu semalam.. Baru berkesempatan nak update... Ni pun resipi ulang tayang juga... Dulu pernah Diana kongsikan di sini dah resipinya.. Klik → SINI. versi campak² jer tu... Tapi kali ni Diana letak resipi mengikut sukatannya.. Ok ler.. mari tengok resipi ni yer..





AYAM MASAK SOS CILI THAI

Bhn A
  • 6 ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang merah _ d hiris
  • 4 ulas bawang putih _ d hiris
  • 2 inci halia _ d hiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula


Bhn² Lain
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis


Bhn² A
  • 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 2 tbsp ABC sweet sauce
  • 1 tbsp gula ( pilihan.. tak bubuh pun tak per )


Bhn
² B
  • 1 inci halia _ d cincang
  • 6 ulas bawang merah _ d cincang
  • 4 ulas bawangh putih _ d cincang


Bhn² C
  • 1 1/2 tbsp sos tiram maggi
  • 1/2 cawan Kimball sos cili thai
  • 1 1/2 cawan air rebusan ayam


Bhn
² Untuk Hiasan
  • Daun sup _ d cincang
  • Cili merah _ d cincang

Cara
²

  1. Gaulkan kesemua bhn² dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air melebihi paras ayam.. Rebus ayam sehingga masak.
  3. Toskan ayam n ketepikan air rebusan tadi untuk kegunaan sosnya nanti.
  4. Gaulkan ayam bersama bhn² A dan goreng ayam d dalam minyak yang banyak sehingga sedikit garing.
  5. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum d potong.
  6. Potong ayam menjadi ketulan kecil dan susun d atas pinggan.
  7. Ketepikan.

Cara Untuk Sos

  1. Tumiskan bhn² B bersama sedikit minyak sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bhn² C dan biarkan ianya mendidih. Sesuaikan rasa.
  3. Tutupkan api dan tuangkan d atas ayam yang telah d susun d atas pinggan. Taburkan daun sup dan cili merah.
  4. Hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 27, 2011

~ Hot & Crispy Chicken Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:40 PM | 11 Comments so far

Assalamualaikum dan salam Sejahtera... 


Ni resipi ulang tayang sebenarnya... Kalau nak tengok entri lepas boleh klik kat → SINI yer. Baik ler.. jom tengok resipi ulang tayang ni.. 



HOT & CRISPY CHICKEN

Bahan
  • 3 ketul peha ayam  _ cuci dan bersihkan

Bahan-Bahan Perap

  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula
  • 1 tangkai daun bawang _ d potong 3cm pjg
  • 1 inci halia muda _ d hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah _ d hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih _ d hiris nipis

Bahan-bahan A

  • 2 biji kuning telur
  • Tepung jagung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan B

  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 inci halia _ d cincang
  • 4 ulas bawang merah _ d cincang
  • 5 ulas bawang putih _ d cincang
  • 1 biji cili merah _ d cincang

Bahan-Bahan C

  • 1 1/2 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
  • 2 tsp minyak bijan
  • 1 1/2 tbsp cuka
  • 1 1/2 tbsp gulaula
  • Garam secukup rasa


Bahan-Bahan untuk hiasan
  • Cili merah _ d cincang
  • Daun bawang  


Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 1 1/2 jam.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk bersama air melebihi paras ayam. Rebus sehingga ayam empuk. Angkat dan toskan.
  3. Simpan air rebusan ayam untuk kegunaan nanti.
  4. Setelah itu celup ayam ke dalam kuning telur dan saluti dengan tepung jagung.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan ayam sejuk sebelum dipotong.
  6. Kemudian potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan. Ketepikan.
  7. Tuangkan kuahnya di atas ayam tadi dan rengiskan sedikit minyak bijan.
  8. Taburkan bahan-bahan hiasan dan bahan yang telah ditumis di atas ayam.
  9. Hidang bersama sos ( Resipinya rujuk di bawah )

Cara Untuk Menyediakan Kuahnya
  1. Tumis bahan-bahan cincang ( Bahan-bahan B ) bersama sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing.
  2. Angkat dan ketepikan untuk hiasan ( tinggalkan 1 tbsp bahan yang ditumis tadi di dalam kuali / periuk ).
  3. Campurkan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi 1 tbsp bahan yang telah ditumis tadi dan biarkan ianya mendidih.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan C dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan tuangkan di atas ayam yang telah disusun di atas pinggan tadi.


Bahan-bahan Sos 
  • Kimball Thai Chilli sauce
  • Kicap pekat manis Cap Ayam
  • Air limau kasturi
  • Sedikit kuah dari bahan B
Cara-Cara

  1. ** Campurkan kesemuanya.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>