Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bersua kembali di entri hari ni. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi kek kukus. Bagi peminat Horlicks memang sesuailah dengan kek ni. Tetapi Diana bukanlah penggemar Horlicks. Diana buat kek ni untuk anak-anak Diana yang suka sangat dengan Horlicks.
Ingin mencubanya? Anda boleh semak resipinya di bawah ya.
KEK KUKUS LAPIS HORLICKS
Bahan-Bahan
- 10 biji telur
- 1 2/3 cawan mentega
- 1 2/3 cawan gula halus
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
- 2 cawan horlicks
- 240 gm jem buah-buahan
- 2 tsp esen vanilla
- Pewarna merah jambu dan kuning
Cara-Cara
- Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.
- Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian ~
- ~ 1 bahagian dicampurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.
- ~ 1 bahagian lagi dicampurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu.
- Ambil sedikit adunan horlicks dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
- Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan jem. Kukus sehingga adunan kek masak.
- Buat begini sehingga adunan kek habis.
- Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya.
- Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa juga jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. Tetapi untuk adunan horlicks ini, ianya agak lambat sedikit masak. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.
- Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman sebelum kek ini dipotong dan dihidangkan.
- Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2jam lamanya menggunakan api sederhana.
- ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih.
:: Telur tu tak perlu dimasukkan satu persatu.. masukkan kesemuanya sekali ::