Friday, August 31, 2012

~ Proses Seterusnya _ Adobe Photoshop...

Sheery Dream Cakes | 11:20 AM | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung SBK..

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana walaupun tuan rumahnya sekejap ada.. sekejap tak ada... Maaf sekali lagi sebab buat masa ni Diana masih lagi tidak dapat untuk berblogging sepenuhnya seperti biasa.. Di kesempatan ini juga, masih belum terlambat lagi rasanya untuk Diana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.. Andai kata ada yang tersilap kata dan terlanjur bicara.. Diana mohon ampun dan maaf ya.. :).  

Untuk entri kali ini Diana ingin kongsikan langkah seterusnya Diana edit gambar setelah selesai dalam proses Langkah Pertama Lightroom   & Langkah Ke 2 Lightroom.

Ada sesetengah orang yang lebih suka edit sekaligus melalui Lightroom ( LR ) dan buka Adobe Photoshop dari LR.. Ianya terpulang kepada keserasian masing-masing ya. Lain orang lain caranya.. Sekarang kita lihat cara Diana pula.

Setelah kita selesai buat langkah pertama LR tu terus klik  ~ Photo → Edit In  Edit In Adobe Photoshop. Jadi boleh edit di sana untuk proses akhir. Tapi Diana lebih senang save dulu kat LR dan baru edit semula di Adobe Photoshop. Yang ini terpulang dengan keserasian diri kita... Jom tengok proses seterusnya.. ;)


1. Klik File → Open → Buka file gambar yang anda kehendaki. Contohnya Diana buka gambar di atas nie.

2. ( Sekiranya hendak edit bahagian yang hendak dikaburkan sedikit boleh buat langkah ini. Jika tidak tinggalkan sahaja ). Diana tidak buat langkah ini.
  • Klik simbol Lasso Tool. 
  • Tandakan bahagian gambar yang hendak diedit. 
  • Klik Select → Feather → Feather Selection  → Feather Radius : ( tuliskan berapa pixels yang anda kehendaki ).
  • Klik Ok.
  • Klik Filter  → Blur  → Gaussian Blur  → Radius : ( Pilih berapa Pixels yang anda kehendaki ).
  • Klik Ok.
3. Klik Image → Adjustments → Levels
  • Setting ~ Channel : RGB
  • Input levels : Ubah mengikut setting yang anda kehendaki.
  • Output levels : bahagian ini kadang-kadang sahaja Diana ubah sedikit. Biasanya Diana tidak ubah setting sedia ada.
  • Tandakan ☑ pada Preview.
  • Klik OK.
4. Klik Image Size

:: Contohnya ~ Langkah 1 :
  • Pixel Dimensions : 6.18 M
  • Width : 1200 pixels
  • Height : 1800 pixels
  • Document Size : Width : 4 inches
  • Height : 6 inches
  • Resolution : 300 pixels / inch
  • ☑ Constrain Proportions
  • ☑ Resample Image : Bicubic
  • Klik OK
:: Langkah 2 :
  • Jangan tandakan apa-apa ☐ pada Resample Image.
  • Tukar resolution : Contohnya Diana biasa akan ubah kepada 240 pixels / inch. Yang ini terpulang pada anda sendiri nak ubah kepada berapa pixels / inch.
  • Klik OK.
5. Klik Filter → Sharpen → Unsharp Mask.
  • Tandakan ☑ Preview.
  • Amount : Ubah kepada % yang anda kehendaki.
  • Radius : Biasanya Diana guna 1.0 Pixels.
  • Threshold : Diana guna 10 levels.
  • Klik OK.
6. Klik File → Save for web → Optimized.
  • Settings : Unnamed.
  • JPEG.
  • Maximum.
  • Tandakan ☑ Optimized.
  • Quality : 100.
  • Jangan tandakan apa-apa ☐ pada Progressive.
  • Blur : 0
  • Tandakan ☑ ICC Profile.
  • Matte : Biarkan macam tu sahaja ( Jangan pilih apa-apa ).
  • Klik Save.
  • File Name : Tulis nama yang anda kehendaki. Contohnya ~ Macarons.
  • Save As Type : Image Only ( .jpg ).
  • Settings : Default Settings.
  • Slices : All Slices.
  • Klik Save



Jom tengok contoh gambar yang telah diedit dengan cara di atas...





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, August 6, 2012

~ Cara SBK Mengambil Gambar...

Sheery Dream Cakes | 6:24 AM | 25 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana moga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Baik lah, di atas permintaan sahabat-sahabat maya... Entri kali ni Diana ingin kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk gambar-gambar seperti di bawah ni ya. 


:: Disiarkan dalam Majalah Fotografika  &  Flickr  ::


:: Disiarkan dalam Majalah Fotografika :: 


Untuk mendapatkan kesan cahaya gelap di belakang, sebaiknya kita menggunakan papan yang berwarna gelap di tepi objek yang hendak kita gambar itu.. Diana lebih senang letakkan objek yang hendak di gambar itu dekat dengan pintu.. Semua gambar yang Diana ambil tiada yang menggunakan pencahayaan dari tingkat.. Semuanya cahaya yang datangnya dari arah pintu.. Bahan yang Diana gunakan semuanya bahan yang tak memerlukan modal yang banyak sebenarnya.. hanya memerlukan beberapa keping foam boards, white parchment paper, papan berwarna gelap ( atau lebih baik yang berwarna hitam, coklat gelap dan hijau gelap ) serta props yang ingin digunakan. Sebagai contoh kita tengok cara Diana ambil gambar untuk resipi Ayam Mentega Udang Kering... 


Foam boards tu boleh didapati di kedai yang menjual peralatan buku dan terpulang la kepada keadaan cuaca sama ada hendak menggunakan foam board yang bersaiz kecil atau besar.. Kadang-kadang Diana memerlukan 3 atau 4 keping foam boards untuk menghasilkan sesuatu karya mengikut kesesuaian karya yang kita inginkan..


Diana berharap ianya dapat sedikit membantu kepada sesiapa yang memerlukannya.. Diana bukan la arif sangat dalam bidang ni.. Namun apa yang Diana kongsikan ni hanya lah apa yang biasa Diana buat selama ni ya.. Jika ada kekurangan Diana mohon maaf dan jika sudi kiranya boleh lah berikan tunjuk ajar kepada Diana..






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, August 4, 2012

~ Lightroom - Export Settings...

Sheery Dream Cakes | 8:16 AM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... 

Diana mohon ampun dan maaf kerana membiarkan anda semua tertunggu² setting seterusnya untuk Export Image kat Lightroom. Dah lama Diana berjanji untuk buat entri ni.. Namun malangnya Diana tak mampu nak teruskannya masa tu.. Diana kurang sihat masa tu.. Hari ni Alhamdulillah Diana semakin sihat... :). Terima kasih di atas doa anda semua... Sayang anda semua.. 

Baik lah. terus jer kita tengok bagaimana settings yang Diana gunakan dalam proses seterusnya di dalam LR3.. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca setting sebelum ni.. Boleh klik di → Cara Edit Image Dalam Lightroom.. Setelah itu baru lah guna setting dalam entri nie yer.. Perlu diingat semua setting ni adalah setting yang Diana biasa gunakan untuk edit gambar dalam SBK ni yer.. Sekiranya ada yang terkurang atau ada yang tersilap tu boleh beritahu Diana.. Diana ni pun masih baru dalam bidang ni dan masih memerlukan tunjuk ajar dari anda yang lebih arif dalam photography.. Terima Kasih..

1. Klik pada Export Location.. Settingnya seperti di bawah :
  • Export To : Specific Folder
  • Folder : Pilih folder yang anda kehendaki
  • Tandakan  pada Put in Subfolder dan masukkan nama yang dikehendaki.
  • Jangan tanda  pada Add to this catalog. Biarkan kosong macam tu sahaja.
  • Existing Files : Ask what to do.
2. Klik pada File Naming..
  • Tandakan  pada Rename To : Pilih Custom Settings.
  • Custom Text : Masukkan nama yang dikehendaki ( contohnya Nasi Goreng ).
  • Start Number : 1 ( yang ini setiap kali kita hendak save gambar yang berbeza kena tukar. Setelah 1 tukar kepada 2 dan nombor seterusnya ).
  • Yang ini penting. Pastikan pilih Lowercase pada Extensions.
3. Klik pada File Settings..
  • Format : JPEG
  • Quality : Terpulang pada pilihan anda. Diana sentiasa pilih 100 %.
  • Color : sRGB.
  • Jangan tanda  pada Limit File Size To.
  • Tandakan  pada Include Video Files.
4. Klik pada Image Sizing.
  • Tandakan  pada Resize To Fit : Width & Height.
  • Jangan tanda  pada Don't Enlarge.
  • Tulis saiz gambar yang anda kehendaki. Contohnya ~ W : 2569   H : 3854 
  • Resolution : Tulis berapa yang anda kehendaki. Diana biasanya akan tulis 300 pixels per inch.
5. Klik pada Output Sharpening.

  • Tandakan   pada Sharpen For : Screen.
  • Amount : High.
6. Klik pada Metadata.
  • Terpulang pada anda sama ada nak tandakan atau tidak. Jika nak sembunyikan EXIF INFO boleh tandakan  . Seperti ~ Tandakan  pada Minimize Embedded Metadata.
  • Jika hendak tunjukkan EXIF INFO jangan tandakan . Biarkan kotak itu kosong begitu sahaja.
7. Klik pada Watermarking.
  • Terpulang hendak buat atau tidak. Diana buat pada Adobe Photoshop untuk proses seterusnya.
  • Jika hendak buat Tandakan  pada Watermark : Tulis watermark yang dikehendaki. Contohnya ~ Sky Blue's Kitchen.
8. Akhir sekali klik pada Export.


Untuk proses seterusnya Diana guna Adobe Photoshop. Untuk prosesnya nanti Diana akan buat entri setetusnya yer.. InsyaAllah. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, July 31, 2012

~ Ayam Mentega Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 1:04 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  

Alhamdulillah.. Bersua lagi kita di alam maya pada entri kali ni.. Diana mohon ampun dan maaf kerana masih belum sempat BW serta aktif berblog seperti biasa... InsyaAllah sedikit masa lagi jika diizinkan pasti SBK akan aktif seperti biasa... Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memberi komen kat SBK ni walaupun tuan rumahnya tiada.. Terima kasih.. 

Tanpa membuang masa.. apa kata kita terus jer tengok resipi terbaru dari SBK untuk kali ni.. Ayam Mentega Udang Kering ni Diana masak beberapa hari yang lepas.. Mungkin kepada sesiapa yang inginkan kelainan dalam citasa untuk menu ayam ni, boleh ler mencubanya.. Anda boleh ler mengolah mengikut citarasa keluarga anda ya.. tiada masalah pun.. :). Diana harap menu terbaru dari SBK ni akan memenuhi citarasa kepada pengemar udang kering dan ayam.. InsyaAllah.. :). Selamat mencuba... ;)

AYAM MENTEGA UDANG KERING


Bahan-Bahan 
  • 550 gm isi ayam _ ( Diana guna peha ayam yang dibuang kulit dan tulangnya )
  • 1 biji bawang besar _ 1/2 biji dipotong dadu halus dan 1/2 biji dihiris menyerong
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 3 tangkai daun kari _ dihiris / dicincang
  • 3 biji cili padi _ dihiris / ditumbuk _ ( boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing² )
  • 2 biji telur _ dipukul ringan
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
  • 50 gm mentega
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( Bahan Perap )
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 1/2 tbsp sos lada hitam Maggi
  • 1 tbsp sos cili Maggi
  • 1/2 tsp seasoning maggi
  • 1 tsp gula 
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp ubi kayu
  • 1/2 tbsp tepung beras 
  • 1 tsp daun basil kering
  • 1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/2 biji telur yang dipukul ringan

Bahan-Bahan B
  • 1 1/2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tomato Maggi
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Gaulkan isi ayam bersama bahan² A ( bahan perap ) dan perap selama 1 jam ( Diana perap 1 1/2 jam, lebih lama kita perap lebih elok ). 
  2. Kemudian goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali. Setelah mentega panas masukkan 2 biji telur yang telah dipukul ringan ( buat seperti kita buat untuk udang mentega ). Setelah garing angkat dan toskan. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan udang kering serta cili padi dan tumis lagi hingga garing.
  6. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis seketika.
  7. Masukkan bahan² B dan tumis hingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam goreng tadi dan hirisan bawang besar. 
  9. Gaul dan masak seketika.
  10. Masukkan telur goreng dan gaul rata.
  11. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>